Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 219 || Korea : Day 5 Part III - Jeju Island || ~ olahbersama® Blogger Widgets

January 18, 2016

Chapter 219 || Korea : Day 5 Part III - Jeju Island ||

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

OK. Ni part last kat Jeju.

sapa tak kenal BIG BANG?? Haa... Aku kenal naa tapi tak kenal siapa. Yang aku tau famous sangatlah. kalo kome tak kenal kome google lah. 

lepas tengok sunset kami cari MONSANT CAFE. Monsant Cafe ni owned by G-Dragon. 1 of BIG BANG members. Kat sana jugaklah baru aku kenal GD ni sapa. Hahahaha.. Sian dorang bawak partner blur macam aku. 




Ni semua gambar aku google. 

Nak mencari pun hazabedah la jugak. Lalu jalan kecik.. Jalan mati kena Uturn balik. Dah la lorong kecik. Nasib baik bukan aku yang drive. Malam pulak tu lagilah hazabedah. aku, Zita & Nenot memang give up dah. Serious. Cari koordinate pun tak jumpa. Google blog pun tak jumpa exact location. Tapi Ipah memang gigih. Ajak jugak. 

Last-last parking. Pastu jalan kaki. Merayap lah ke lokasi yang disyaki.

Dah sampai. Tapi kami datang dari belakang. Lepas tu gelabah. Sebab nampak macam tak buka lagi je. Dah la gelap. Aku da naik. Tapi takut nak ke depan. Bukan takut gelap. Tapi takut kang datang anjing kejar aku cemana.. Hahaha... dorang dah stress tengok aku takmo jalan ke depan. 

Sekali ada lorong kecik. Lalu ikut jalan tu dan sampailah kami ke Monsant Cafe. Dah operate rupanya. Penat aku takut-takut kat tepi tu tadi dalam 10 minit.

So alang-alang dah sampai marilah kita mengopi sekali. Penat tau datang dari Malaysia.








Lighting memang macam tu. Nak bagi cozy & calm kot. Kalau ko tanya aku memang aku nak lagi terang. Barulah boleh flatlay & selfie bagai. Hahaha..

Aku tak berapa nak minum. So share dengan Zita je lah. Bayolah sorang 2,500 won. Kopi apa dah tak ingat. 

Cafe dia memang simple. Konsep minimalis. Cuma toilet masa tu tak berapa OK sebab sampah dalam bakul banyak. Tak taulah ramai orang ke atau pekerja tak kutip. Yang bagusnya toilet ada bidet system. Takyah la mengangkut air dalam botol mineral.

Tapi aku dengar dah banyak improvement kat sini. Sebab masa kami pergi tu tak officially announce by GD pun yang cafe dah beroperasi. Kiranya kami antara yang terawal lah ke sana. Sapa yang nak kesana, silakan lah. View memang best sebab tepi laut. 

To Those Big Bang Die Hard Fan.. Sorry. iolls dah sampai dulu...Muahahaha...

Dari sini, kami pun balik. Penat. Sampai kat Guesthouse lapar. Cari kedai makan. 

Side dish. Ikan bilis tu sedap. Dah habis boleh minta topup.

Haemul-paejon/ Korean pancake. . Ni kiranya macam cucur udang versi Lempeng. Cumanya isi tu banyak seafood & daun bawang. Simple je. cicah dengan sos kicap. Yang hijau tu bulan cili padi tapi daun bawang. Sedap !

Sup Seaweed. Ni pun consider side dish. 

Main menu. Haemultang. Haemul maksudnya seafood. Tang tu sup. So sup seafood lah.
Kitorang minta spicy. Very spicy. Memang dia buat pedas. Sedap lah aku hirup.

Sashimi. Sedap jugak. Ko apa yang tak sedap. Semua bedal.

Total makan malam tu 66,000 won. Sharelah 4 orang. Balik tu packing barang. Esoknya dah nak fly ke Seoul. Seoul, tunggu kami datang.

OK bai. 











Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top