Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 220 || Korea : Day 6 - Seoul aku datang!!! || ~ olahbersama® Blogger Widgets

January 20, 2016

Chapter 220 || Korea : Day 6 - Seoul aku datang!!! ||

| Posting by: jie || Photo by : jie & the gang|

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi tu flight ke Seoul jam 9.20am dengan Jeju Air. Awal juga kami sampai. So boleh jalan-jalan kat airport sementara menunggu. Beli coklat Jeju dulu.. Lepak cafe. Oh kedai yang kitorang lepak tu aiskrim semua fancy-fancy. Serious tempting. Tapi sebab awal pagi dan aku pun tak berapa 'IN' dengan benda-benda manis.. So hanya pandang je lah. Nenot & Ipah makan aiskrim macaroon. Besar & tebal. 




Close up sikt. Aiskrim!!!

Sampai Seoul startlah dengan train & subway. Beli T-money. T-Money ni macam Touch & Go lah kat Malaysia. Senang & convenience. Aku start dengan 10,000 won kot. Haha.. Lupa la..Beli pun guna machine je. Tekan-tekan dapat kad. 

Jauh jugak lah bertukar-tukar subway dengan jalan jauh. Dengan bawak beg berat lagi. Mujur belum shopping apa-apa lagi. Balik dari Seoul ni nanti lagi hazabedah merentas Seoul Station tu nanti. Hahaha...

Kami stay di Jguesthouse, Sinchon. Masa sampai bilik tak ready lagi so lepak-lepak kat pantry sambil makan bubur instant dari Malaysia. Letak air panas.. Tambah cili flakes. Heavennya. Dalam sejam jugakla melepak kat situ... Then dapat masuk bilik.




Bilik kecik je. Ada 2 katil double decker. Ada washing machine. Ada dapur. Ada bilik air. Ada banyak hanger tinggalan orang yang menyewa. Senang lah kerja nak mendobi. 


Pintu yang nampak tu pintu bilik air. So comel & yet complete.

Kos hotel Nenot dah bayar guna kredit. So kitorang bayar RM jelah. Kos 3 malam dalam RM219.65/ person. So kos bilik tu untuk 1 malam adalah RM 292.87 (including tax). 


So far kami OK je dengan bilik tu. Walaupun ada dapur tapi tak pernah masak. Sebab asik keluar dan makan di luar je. Balik pun malam dan hanya untuk tidur je. Tapi washing machine memang fully utilised. 

sampai bilik masing-masing penat. So lepas solat masing-masing tido. Punyalah malas. Hahaha...
Petang baru bangun. Masing-masing bising apsal tak kejut. Padahal semuanya niat nak tido. Korang kalau datang Korea jangan jadi macam kitorang. Rugilah masa tido tu boleh jalan-jalan.

Lepas solat baru kami keluar. Nak cari makan. Laparlah. Google ada tempat ikan bakar sedap. 

Naik subway lepas tu jalan kaki ikut lah arah satu blog ni.. Kalau korang nak silalah terjah blog beliau DI SINI [KLIK]. Ada waktu tu macam lost jugak. Jalan-jalan jumpa lelaki tegah berdiri nampak tulisan "I" . Tak ingatlah tulisan tu kat topi ke kat banner yang dia pegang ke.. Tapi dari jauh tengok kita dah tau lah dia ni "I". I tu maksudnya Information. So kalau rasa lost boleh tanya dia. Ada yang boleh cakap English sikit-sikit. But again.. kami ada Ipah yang boleh cakap Korea. So senanglah. 

p/s: Pada siapa yang rasanya nak ke Korea tapi tak berapa yakin.. perlukan tour guide dari Malaysia.. bolehlah ajak Ipah join. She will prepare itinery dan jalan-jalan dengan uolls termasuk bawak kemana saja korang nak pegi. And with very reasonable price. Ni bukan aku nak buat bisnes ke hapa. Aku tak join pun kalau korang pegi nanti. 

Ipah suka Korea dan suka ke Korea. FYI, kami pergi bulan 10.. Bulan 11 dan 12 pun dia ada ke Korea lagi. Pendek kata every month ada je lah Ipah kat Korea tu. Cumanya jadual dia untuk 2016 dah full. Sapa nak boleh try untuk 2017. 

Based on blog dia, kami ambil kedai pertama. Ada menu. Gap masa antara blogger ni dengan kami tak jauh sangat. Cumanya dia amik kedai yang sebelah tu kot. Kami pun tak tahu mana yang lebih sedap tapi sebab lapar dan malas nak jalan ke depan lagi. Wakakaka...


Ahjumma ni nampak je kami terus sebut 'Malaysia'. Wah very the glamer Malaysia ko. Nampak sangat ramai Malaysian ke sana. 



Misou sup Korean style + nasi + segala side dish. Kalau lapar kita kunyah semua ni dulu...


Side dish jugak. 

Sotong masak sambal. Exact nama tak ingat. Tapi sedap !!

Side dish jugak. Daun tu rasa pahit-pahit sikit. Tapi aku boleh je makan. Yelah aku apa pun telan...
Black bean tu macam tak menarik sangat. Dah habis makan nasi semua baru try makan. Eh sedap jugak. Settle aku ngan Ipah kerjakan. 


This is what we eat malam tu. Pilih 2 jenis ikan tapi dia bagi free satu. Sup tauhu tu pun sedap !! Eh semua sedaplah.

Ikan tu dorang letak garam je pastu bakar. Healthy sangat. Malam tu Nenot makan sikit je sebab tak sihat. Kami kesian tapi kalau tak habis lagi kesian. Jadi kesimpulannya malam tu lauk semua habislah. Muahahaha.... Zita pun tak sihat. Tapi time makan dia sihat. Lepas tu dia tak sihat balik... 

Oh total makan malam tu untuk 4 orang - 28,000 won. So sorang dalam RM27. 

Ni kedai yang kami makan tu. 

Kalau tanya halal ke? Well takde tanda halal tapi dia serve only sayur dan seafood saja. Somemore Malaysian pun ramai dah datang sini. Jadi kami yakin. 

Lepas tu kami jalan-jalan. Layan stream &  mural dekat laluan nak datang tadi. Kali ni kami turun ke sungai. Tepi tu ada laluan. 




Gambar tak berapa cantik malam tu sebab tak clear. So layan je lah apa yang ada.

Lepas tu kami terus ke shopping complex cari baju. Masa kitorang pegi ni musim autumn in my heart so baju banyak yang jual untuk musim sejuk. so banyaklah baju long sleeve. baju dewasa mostly 10,000 won. Macam Zita beli baju kerja untuk Isnin sampai Jumaat terus. wakakaka...

Aku banyak beli baju budak-budak. Korang.., baju budak-budak mahal OK. Jadi kalau takmo membazir jangan turun section budak-budak. I know mahal. Dah diingatkan awal-awal. tapi Zita yang ajak aku turun sini. So dia lah yang salah atas segala damage ke atas pembelian aku. 

So next time kalau korang nak ke Korea musim autumn dan turun di Seoul dulu, tak payah bawak baju banyak-banyak. Beli je kat sini. 10,000 won kalau nak dibandingkan dengan Malaysia masih murah. The same baju kalau kat Malaysia around RM 59-99. Tu anggaran aku je. Maybe lagi mahal.





Gambar ni masa dah smpai station Sinchon. Nak naik tangga masa tu dah tak ramai orang so marilah bergambar. Nenot je takmo sebab emosi tak stabil. Yelah orang tak berapa sihat.

Bila balik bilik, keluarkan baju bajan dan kira total burst, menung kejap. Apahal gila sangat aku ni? Well tak la banyak sangat kot kalau nak dibandingkan dengan orang lain tapi kalau kat Malaysia, confirm aku takkan spent banyak ni je. hahaha....

But, the damage has been done. Redho dan bertaubat je lah. Moga-moga esok tak gila dah. 
Berapa damage malam aku taknak bagitau. Biarlah aku sorang je yang tau. Sebab lagipun tak termasuk dalam costing wajib pun. Tu costing menggatal namanya. 

Malam tu baru beli baju. Survenir tak beli lagi. Nanti esok-esok kita cari kat market. 

Ok nanti kita sambung Day 7 ya. Day 6 aku dah compile semua dalam ni. Yelah dah berapa jam lost sebab tido je kejenya. 

ok bai. 

















Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top