Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 218 || Korea : Day 5 Part II - Jeju Island || ~ olahbersama® Blogger Widgets

January 14, 2016

Chapter 218 || Korea : Day 5 Part II - Jeju Island ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Selepas ke Oedolgae [KLIK] kami ke sini pulak.




Gunung Sanbangsan. Terbentuk dari letusan gunung berapi aktif 700,000 - 800,000 tahun dahulu. Gila lama. Sanbang maksudnya gua sebab dalam gunung ni ada gua; 150 kaki dari aras laut. Bolehla nak cuci-cuci mata. Tapi kami takmasuklah gua tu. 

Eh korang paham ke apa yang aku cuba nak smpaikan ni? Maknanya gunung ni bukan dari aktiviti geseran bumi ke hapa. Tapi kiranya macam seketul batu besar dari serpihan gunung berapi. 

kami tak naik. Sebab nampak temple. Malas. Jadi kami turun ke bawah. Yongmeori Tuff Ring. 



Parking. Free je. Jalan-jalan. Kat sini banyak jual air oren, buah oren halabong dan sotong. Sotong ni nampak biasa-biasa je. Masa lalu serious tak teringin nak makan. Pastu Ipah ngan Zita beli. season dengan garam sikit. Bakar atas batu gunung berapi ni. Rasa sikit..ALAMAK... sedapnya lahai. Terus ajak share. Muahahaha.. Share duit jugak tau. Bukan share sotong je.
1 bekas tu dalam 3,000 won. Beli 2. Settle on the spot. 


Yongmeori Cost- laluan tebing laut. Terbentuk dari hakisan angin beratus tahun dahulu. Lebih kurang Sanbangsan la kot. Hakisan ni menyebabkan batu tu jadi unik dan cantik. Tempat wajib pegi tau kat Jeju nih. 

Fee masuk - 2,000 won. Kalau ikut laluan tu memang jauh. Tak la jauh tapi sebab berbatu-batu laluan dia. Aku dengan Ipah sampai dalam 70% je kot. nenot ngan Zita 50% je. Penat kata deme. 

Cuaca pun cantik. So jom kita jalan-jalan. 


Cantik tak batu belakang tu.. Alur dia unik kan..


Ada je Ahjumma & Ahjussi jual hasil laut kat sini. Mostly 2 benda kat bawah ni lah. Oh tak lupa juga fresh fish yang terus slice untuk sashimi. Cicah sos. Kitorang tak makanlah. Tapi tengok yang datang makan tu berselera je. 







Ni semua semulajadi hokay. Bukan buatan manusia. Subhanallah. 

Dari jauh nampak Hallasan. Gunung paling tinggi kat Jeju. Juga paling famous. 




Balik tu singgah beli limau. 1 bekas 4,000 won. Share ngan Nenot. Limau Hallabong ni takde biji uolls. Mana tak heaven mengunyah limau. Dari sini aku dah start mengantuk. Dalam kete memang bantai tido tak sedar diri. Macam dah makan dadah je rasanya. 

Sedar-sedar dah sampai GONSARI. Kecik je pekan ni. Pekan koboi yang tenang. Takde orang masa kami lalu tu. 


Gon-sari. Checked !!


Depan ni ada post office. Ipah nak singgah sebab nak post ke Malaysia. Sekali takde international postage service. Pendam je lah.

Pastu tiba-tiba ahjumma ni berhenti kat kitorang. Terus sapa dan sembang-sembang. Nenot duk memanjang je senyum. Zita dah kalut cari apps nak cakap Korea. Aku tukang gelak dan pandang Zita. Masa ni pulaklah si Ipah pegi kat kete amik barang. Kalut gila. 

Pastu dia bagi kitorang keledek. Ingatkan makcik ni jual. Si Zita boleh plak tanya "jual?" . ahjumma ni jawab "haaa.. jual jual". Haa bongok gila. Memang ayam dengan itik. Tapi tak lama pastu Ipah datang menyelamatkan kitorang. Dia sembang ngan Ipah ingatkan kitorang semua dari Bangladesh. T__________T. 



Dari sini kami jalan-jalanlagi cari air turbine. Memang lalu jalan dalam masuk perkampungan. Banyak kebun sayur. Gambar lupa nak capture sebab sibuk tengok keliling. 

It's AIR TURBINE!!! Masa ni memang berpusing ya. Kalau berdiri dekat memang bleh dengar bunyi blade berpusing tu. 

Checked. Aku yang beria sangat nak kesini. Sebab dorang bertiga dah smpai 2014. Gambar selfie berempat takde. Sebab masa ni bergilir-gilir solat. 


Gazebo tempat berteduh. Cuaca terik masa ni. But tak panas. Sejuk. 
Kat gazebo ni jugaklah kami baca doa hujung tahun & awal tahun. Sambut Maal Hijrah di Jeju. 



Di spot lain pulak. Kami drive ke depan lagi. Dah nak sunset. So amik gambar laju-laju sebab nak cari port tengok sunset. Masa ni Zita ngan Nenot dah malas nak keluar kete. Aku ngan Ipah je lah yang semangat. 




Geumneung Beach.  Perhatikan sunset disini. 



Masa ni dah start sejuk. Maklumlah nak gelap dah. Ipah sorang je tahan lasak lagi. Zita sampai dah berselubung.

Siang tu memang takde singgah lunch kat mana-mana. 
Lepas ni kami ke 1 tempat lagi nak cari Big Bang. Hahaha.
Stay tune!!

ok bai. 







Reactions:

2 comments:

  1. akak saya ada video masa baca doa awal tahun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. nanti last entry kita gabung semua video... senang...

      Delete

back to top