Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 214 || Korea Getaway Autumn: Day 4 Part II - Jeju Island || ~ olahbersama® Blogger Widgets

January 06, 2016

Chapter 214 || Korea Getaway Autumn: Day 4 Part II - Jeju Island ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Korea: Day 1 Part I
Korea: Day 1 Part II
Korea: Day 2 Part I
Korea: Day 2 Part II
Korea: Day 3 Part I
Korea: Day 3 Part II
Korea: Day 3 Part III
Korea: Day 4 Part I

Kasut aku dah nazak dah masa ni. Tapak tanggal. Jadi singgah je kedai tepi jalan sambar je kasut yang ada. Beli kasut baru 18,000 won.

Kami terus jalan ke depan. Tak ikut GPS pun. Jalan tepi pantai. Best wei. Tiba-tiba nampak Hamdeok Beach. dari jauh nampak cantik. ok jom.

Bila sampai dekat.. MasyaAllah.. memang cantik. Cantik sangatttttt... Tak tau nak gambarkan macammana... Dengan cuaca terang. Dengan angin menderu-deru sampai kena pegang shawl. Dengan ombak yang kuat. memang best.

Kalau korang gi Jeju silalah singgah ke pantai ni. Best gila. Ok jom layan gambar.






Ada cafe jugak tapi kami tak masuk pun. Sebab dah melantak burger dan mengopi di airport. 














Gambar poskad. Zita yang capture. Pastu dia feeling-feeling professional lepas tengok gambar ni. Bajett sangat.











Lepas tu teruskan perjalanan. Kami nak ke Bijarim Forest.

Fee masuk 2,500 won. 

Ok meh aku cerita sket apa yang dia tulis. 

Designated as a natural monument, Bijarim Forest has a group of about 2,800 nutmeg trees between 500 -800 years old in size 448,165m2. This ia rare & valuable nutmeg trees you can't find  anywhere else. Strolling through Bijarim Forest filled with fresh air is said to have many health effect on body by helping to relax blood vessels, relieve mental & physical fatigue & restore natural body rhythm. 
Scented forest katanya.

Bijarim = nutmeg = buah pala.
Ni khasiat yang ada. Boleh baca. Lepas ni boleh makan buah pala banyak-banyak. 

Map untuk laluan. Ada beberapa route yang boleh pilih. Nak dekat ke jauh ke...

Ok jom masuk.

Ada pokok yang rosak dan treatment dibuat. Memang jaga habisla pokok nutmeg depa ni.

 Nutmeg. Masa kami pegi tu tak banyak buah. Tapi bau memang ada. Tenang je uolls. 

Setiap pokok nutmeg ada numbering. Dari 1-2800 la kot. 



 Ni satu lagi peel orang Korea. Haha.
Ada laluan ke pokok besar ke.... ada je lah binaan ni. Buang bala kot. Kalau tolak batu-batu tu roboh je. tapi takut plak setan ikut balik. 

Muka tourist sangattt... Masing-masing bz tengok scenery. 

Wefie !! Zita flawless as always. hahahaha Puiii...

Konsepnya kalau wefie guna handphone Zita, sapa pegang phone dialah yang paling flawless. Selalunya Zitalah. Sebab dia owner phone. Aku no 2 selalu hijack phone dia. Yelah aku pun nak flawless jugak. 





Cantik kan.. Macam fairytale. 








Find Ipah. 



Ada paip air. Kitorang minum air ni. sangat refreshing. takde bau tanah. Hahaha.. Sedap dan sejuk. Nyaman terasa. Siap refill dalam botol lagi.

Sebab fairytale sangat, kat depan tu siap ada couple photoshoot lagi. Pre-wed lah kot.

Us !!

Dah berjalan... Jomlah kita makan tengahari. Day 4 baru nak g makan kat kedai. Last year pun dorang bertiga ni dah makan kat kedai tu. Masing-masing dah kelaparan. Tapi kita cerita next entry lah. Panjang sangatlah pulok.

ok bai. 




Reactions:

2 comments:

  1. wahh, seronoknya jalan2...

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyaaa.. ain belom sampai lagi ke korea .hehehe.
    btw , ain datang singgah sini & follow awak #173 .
    selamat tahun baru !
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete

back to top