Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 197 || PIZZA - Menu aidiladha 2015 || ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 29, 2015

Chapter 197 || PIZZA - Menu aidiladha 2015 ||

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Rabu malam kami gerak ke Felda Soeharto. Esoknya lepas sembahyang raya korbankan 2 ekor lembu. Aku tak berapa sihat pagi tu so memang tak tengok the whole process. Basically 95% kerja dibuat oleh ahli keluarga En Edi. Tengahari jugaklah siap semuanya.

Petang tu makan sup tulang and asam pedas tetel. Kira masing masing telan lemak je kekdahnya. Lemak sedaplah.

Jumaat tu dalam pukul 11.30 pagi gerak balik. Ramai nak pergi berkelah di Kalumpang. So pergilah. Aku just datang hantar anak anak kat mak nek & wan pastu balik. Perangai sangat.

Eh jangan kata bukan bukan. Aku memang malas nak mandi mandi macam tu. Not in the mood. So balik rumah kemas apa yang patut. Basuh baju then uli tepung buat pizza. Uli 2 adunan. 1kg tepung.

Dah siap bakar call mak ayah suruh semua datang sini lepas berkelah. Tak semua yabg datang. Tapi Alhamdulillah, 2 tray besar pizza licin. Aku buat pizza ayam & sosej. Buat pun based on barang yang ada di rumah je. Takde beli beli sebab malam tu nak bertolak balik Sg. Siput pulak.

Dah buat pizza post gambar dekat famili. Dah depa pun nak pizza juga. Jadi petang Sabtu tu ulilah pizza. Buat 1 adunan 0.5kg tepung .. dapat 2 tray kecil pizza + 1 roti loaf.
Ni pizza mula mula. Sebelah letak ayam, capsicum, cendawan butang, mozarella. Sebelah lagi letak daging. Sekali hadap, 5 orang, settle. Mak pun suka. Yeay!!

Aku guna daging kisar RAMLY. Basuh, letak pepper sket dan masak sampai ayam dan daging masak & air kering. Pastu boleh buat topping. Lebih boleh simpan nak masak apa apa lain kali.

Yang ni untuk Intan & Joi bawa balik. Sebelah ayam sebelah sosej.
Makanlah hangpa puas-puas.

Lebih kita buat roti loaf. Atas tabur Chia Seed. 

Pastu buat sikit untuk order. Tak banyak pun, buat roti butterscotch je. Sampai rumah malam tu uli lagi setengah kilo untuk roti sosej.

So basically, balik Sungai Siput tu memang meroti je lah kekdahnya. Tapi best, sedap je bau bila roti  tengah bakar. Nak rasa?? Mehla order kat iolls. Hahahaha...

ok bai.

0 comments:

Post a Comment

back to top