Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 196 || Kelas Roti ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 11, 2015

Chapter 196 || Kelas Roti

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat nak berguru.
Sabtu lepas join kelas roti di Shah Alam.

Cikgu ni tengok IG aku. Pastu dia kata dah boleh buat roti dah. Kenapa nak g kelas??
Aku kata aku nak berguru. Sebab yang lepas-lepas aku buat ikut youtube dan google saja.

Kalau ikut itinery 9.00 - 5.00 petang. Termasuk la waktu makan minum semua.
Tapi haritu 6.45 petang baru aku keluar rumah cikgu tu.
Sebab aku pegi dengan mak aku so bawak balik 4 kotak roti. Sorang 2 kotak  dapat.

Sapa yang nak join kursus tu boleh contact akak ni di SINI dan SINI . Akak ni pun blogger jugak. Blogger hebat !!

Hmmm... Nak letak gambar je. Boleh jamu mata. Nak jamu roti tak boleh.. haha..

Mula-mula cikgu ajar buat pizza. Semua masa ni tengah semangat.

See? Kan aku cakap semua semangat.
Kalau dah kelas tu pompuan semua memang tak payah risau. Tala je kamera.
Cikgu je yang takmo masuk dalam gambar sangat.
Padahal cun gila kot cikgu kami.

Peserta pada hari kejadian. Bersama roti yang telah siap. Ni baru sikit.

Tengok gambar ni terus sentap. Boleh cikgu tak masukkan muka aku...  T____T
Oh yang duduk depan sekali (kiri) tu mak iolls ya. 

Dalam tengah sibuk belajar tu.. Ko tengok... 

Mak aku dah macam cikgu dah kekdahnya... Ni belajar uli tangan..

Bersama sebagahgian roti yang dah siap packing. Tak muat nak letak kat meja semua. 
Roti kalau dah sejuk memang kena packing/ simpan dalam bekas bertutup. 
Nanti masuk angin. Keras. 


Sebelum balik. Lagi 2 orang missed. Tengah solat. 

Sebelum kelas..Cikgu dah pesan siap-siap.
Jaga diri. Esok guna banyak tenaga.
Pakai baju yang sesuai. Esok panas.

Haaa... memang betul. Buat kerja berdiri. Tengahari je ramai dah pancit. Aku smpai sakit tumit semua. Yang mak aku OK la plak.

Lepas tu panas sebab kipas memang tak pasang masa buat roti. Sebab nak bagi roti naik cantik.
So kalau nak buat roti tak payah la nak melawa. Mekap pun x payah pakai. 
Cairrrr...


Sampai rumah pukul 9.30 malam. Balik tu singgah RNR Guthrie solat dan makan. Ingatkan balik rumah nak mandi dan tido je.
Sekali kul 12 jugak aku tido. Apa pun tak bolehhh...

Ni sebahagian roti yang kami bawa balik.
Semua 4 kotak besar. Aku 2 kotak. Mak aku 2 kotak.

Esok pakat-pakat sedekah. Kat jiran sikit. Kat adik-adik sikit. Kat pengasuh Zahra sikit.
Mak bawak balik sikit.
Ahad petang tu roti bahagian kami yang dimakan dah langsai. 

Kesimpulannya, kelas ni sangat-sangat membantu aku.
Tak rugi pegi belajar.
Even aku dah banyak kali buat roti, banyak sangat ILMU baru yang aku dapat masa kelas ni.
Betulla orang cakap. Makin banyak kita belajar baru kita tahu banyak benda yang kita patut tahu. 
Cikgunya dah la cantik. Haha.. 

Lagi satu senang sebab semua perempuan. So kalau nak sinsing lengan semua pun OK. 
Cikgu ni bukan bua kelas roti je.. Macam-macam lagi. Gi lah terjah FB page dan blog dia.

Jumpa kawan baru lagi.

Nanti aku update details roti dan harga sekali. Sapa nak order BOLEH ORDER kat iolls k. 

Homemade. Dijamin lembut.

Ada 1 website aku terjah haritu.. omputih punya page la..

Ayat dia lebih kurang gini lah..

bila dah rasa sendiri roti yang dibuat sendiri especially yang baru keluar dari oven, kita takkan nak beli roti di kedai runcit dah. Gittew.

OK bai. 













Reactions:

12 comments:

  1. Waah bestnye..sy mmg tringin nk attend class wt roti ni gak tp kat area sy ni still xdak yg wt klas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena banyak google faranina. Mesti ada tu... hehe

      Delete
  2. kita pun teringin jugak nak belajar buat roti..tpi takde masa lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Siti.. pelan pelan. Kat google dan youtube pun banyak :)

      Delete
  3. Seronoknya! Untung sapa pandai buat ni.

    ReplyDelete
  4. Teringin sangat nak belajar buat roti ok....
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  5. azney singgah BW dari segmen Emas Putih :)

    http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
  6. Best kan belajar ramai2..

    Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat bealajr buat roti. time bosan dk rumah blh buat roti. buat-2 makan. so jimat duit kat situ :D

    Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

    Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

    ReplyDelete

back to top