Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 183 || KITA PENDUDUK SYURGA... ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 14, 2015

Chapter 183 || KITA PENDUDUK SYURGA...

| Posting by: jie || Photo by : - | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sekadar perkongsian group whatsapp..yang sangat terkesan di hati ini. Ya Allah, permudahkanlah

Salam
Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke tempat asal,
kembali ke kampung halaman kita.

Dunia bukannya rumah kita,
maka janganlah kita terlalai mencari-cari kesenangannya.

Kita hanya musafir dalam perjalanan kembali kerumah kita.
Bukankah mereka yang bermusafir  selalu mengingati dan mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?

Lantas, apakah yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia?
Dia hanya meminta amal sholeh, keimanan, taubat serta rasa rindu padaNya yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapanNya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Rumah kita jauh lebih indah di sana.

Kenikmatannya tiada terlukis, dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.
Ada pasangan2 sholeh serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati dan mata.

Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap, menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Maut.
Bila Keluarga mereka akan pulang.

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang telah Allah titipkan sebagai pedoman musafir kita.
Jangan sampai tersalah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah, iaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan. Bermusafirlah dengan berbekalkan sebaik-baik bekal (taqwa); agar kita dapat
kembali ke rumah kita...

Wassalam..

2 comments:

  1. nice sharing.. semoga kita dapat menjadi penduduk syurga Allah..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat bagus.. TQ..

    ReplyDelete

back to top