| Posting by: jie || Photo by : jie |
Bismillahirrahmanirrahim,
Haritu aku ada beli kain di JAKEL. Konon first time nak tempah baju setelah berkahwin. Tapi tak siappp.. Alasannya aku hantar lambat. Aku pun malas nak sakit hati.. So aku ambil balik semua kain. Tempah untuk raya haji je lah. Kalau panjang umur.
En. Edi suggest kita takyah beli baju raya. Beli untuk anak-anak je. Aku pulak rasa "Ehhh.. mana boleh. Raya ni. Kena beli".
haritu cuti balik kampung kami ke Tesco Seberang Jaya. Mak ai ramainya orang. semua sibuk beli baju raya. Aku pun masih dalam peringkat pemulihan masa tu. So pening tengok ramai orang. Takde mood nak pilih baju. Serious. So aku bagitau En. Edi yang aku sokong cadangan dia. Maka keluarlah kami dari kedai itu dan berjalan-jalan cuci mata sahaja.
Sebenarnya aku ada tempah jubah. Tapi jubah plain saja. Yang aku boleh pakai bila-bila. Takde lace, takde manik, takde design raya.. Ok la tu. Walaupun tak glamer, kira baju baru. Kira baju raya lah. En. Edi pun ada baju melayu seakan-akan kaler tu.
Jadinya kami hanya beli baju anak-anak. Sebab malas juga nak fikir, jadi baju kami dengan ZZ tak sama warna. Boleh je. Pastu beli baju kasual anak-anak juga.
Kenapa aku jadi macam ni?
* Sebab takmau membazir.
* Sebab aku ada few jubah yang aku baru pakai sekali 2 je. Iolls bukan retiss. So orang tak perasan pun pakai baju lama. Hehehehe.
* Mood nak berbaju baru takde.
* Sebab nampak satus kat FB. Lebih kurang macam ni lah. "Puasa pun ala kadar. Raya nak berlebih-lebih pulak. Malulah kat Allah". OK mak sentap dengan statement ni. Sebab mak tinggal puasa dah 13 hari. Dalam sejarah. Sebab sakit. Jadi apa reason aku nak beraya sakan? Sedangkan puasa pun tak sebagus mana?
Sebenarnya sebab yang last tulah yang utamanya. Aku malu. Malu dengan Allah. Ni aku cerita tentang aku saja tau. Takde kena mengena dengan sesiapa saja di DUNIA ini. Wallahi.
Bila aku bukak page yang jual baju lawa, aku puji dulu. Pastu aku pangkah. Pangkah sebab takut tak kuat iman. Membeli sekadar mengikut nafsu.
So tahun ni tema iolls adalah jubah. Kita mix and match saje.
Di kesempatan ini juga aku nak mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa sepanjang aku buat entry. Tiada niat untuk berbangga diri atau merasa hebat. Hanya sekadar perkongsian untuk dibaca diwaktu senggang dan juga sebagai rujukan anak-anak bila aku tiada nanti.
ok bai.
July 14, 2015
Chapter 184 || Persiapan Raya 2015
Posted on Tuesday, July 14, 2015 by olahbersama.blogspot.com
Categories: | Cerita Saja |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sama laa mood nak raya memang ke laut jer tahun ni.. beli jer apa yang anak mintak..baju pun warna warni tahun nih.. malas nak shopping sesangat..
ReplyDeletelebih bahagia shopping baju anak2 dari baju sendiri:)
ReplyDeletesamalah kita.. mood raya ke laut walaupun Alhamdulillah dapat puasa penuh.. (sha xnormal.. hehehe).. Seronok lagi shopping baju anak2..
ReplyDelete