| Posting by: jie || Photo by : - |
Bismillahirrahmanirrahim,
Akhirnya secara official Zahra dah wean off BF. Panjang jugak journey kali ni. Masa zahin dulu aku stop masa start pregnant Zahra. Beria-ia mak aku suruh stop. Letak asam jawa la.
Aku masa tu takde knowledge ikut je la.
Journey BF? Aku memang totally korek ilmu masa bersalinkan Zahra. Selepas bersalin. Masa pregnant just NIAT je. Padahal masa tu dah kena prepare ilmu. Huhu.
Masa 2 minggu sebelum aku balik rumah (masa tu di rumah mak aku berpantang), aku start bagi botol. Nak biasakan. Macam biasa, Zahra reject. Lama-lama mak aku give up. Fed up. Mula la bising-bising kata patutnya aku buat dari awal. Tapi aku memang sangat positif time tu. Malas nak ikutkan mood mak aku. Aku gugel macam-macam. Blajar macam-macam masa tu. Sambil-sambil cuba bagi botol.
Memang tak totally berjaya jugak sebenarnya. Last-last bagi kat pengasuh dan Zahra terpaksa redha. Sejak tu journey pun bermula. Pakai pam masa Zahin dulu SPECTRA 3. Pastu beli double pump.
Kat office pam 2 kali. Pukul 10 pagi dan pukul 3.30 petang. Aku dah bincang juga dengan boss tentang timing ni. So boss aku pun faham dan seboleh-bolehnya dia memang tak kacau aku. Best kan boss aku. Tapi 2 bulan je lah. Sebab aku hantar surat resign on the first day aku masuk keje.
Masuk keje baru rutin aku kelaut. Tetapp aku pam jugak. Dengan meeting tak tentu hala. Kadang-kadang 2 kali. Kadang -kadang sekali.
Start 6 bulan aku try bagi solid. Buat puree. Tapi Zahra macam reject. So aku discuss dengan En. Edi nak extend exclusive BF. Jadinya Zahra memang exclusively BF sampai 8 bulan. Lepas tu baru aku bagi solid balik.
Hari-hari aku masak. Mana yang boleh aku pureekan dulu aku buat. Gigih. Aku masak tu pakej dari breakfast, lunch dan makan petang. Dengan siap-siap packing 4-5 botol susu...
Nasib baik pengasuh Zahra masa tu takde baby lain. So dia pun memang tak bagi makanan lain unless aku kata Ok. Secara amnya, Zahra memang tak makan nestum ataupun apa-apa instant food lain. Memang tabah aku. Tabik diri sendiri.
Pastu sebelum 2 tahun ada company trip ke Phuket. Sebab Zahra still BF, aku je sorang staff yang bawak anak. Nasib baik ramai yang memahami. Memang aku pun kering hati je NIP. Masa ni baju nursing semua memang membantu. Zahra pun sangat behave. Lega aku. Tak cranky langsung.
Sampailah 2 tahun. Stop pumping. Dah start bagi FM. Nasib baik tak susah juga. Tapi malam still nak bergayut ngan aku la. Takmo FM. Sampailah besday dia bulan 6 aritu. Aku dah start buat macam-macam. Dan macam-macam moment juga jadi. Yang kelakar ada. Yang sedih gila pun ada.
Pastu baru-baru ni aku warded. Zahra nampak jarum cucuk aku. Dia nampak aku kena masuk air. Everytime dia datang melawat dia nampak tangan aku duk masuk air. She keep on asking. "ibu sakit?"
Now malam-malam memang ada merengek-rengek. Aku bagi susu botol settle. Kalau tanya sekarang dia memang takmo. Dia kata susu ibu ada darah.
Ada juga hikmahnya aku warded. Alhamdulillah. 3 Tahun 1 bulan. What a long journey. Tapi aku happy. Puas hati dengan journey itu. Puas hati sebab aku positif.. Sebab aku keras hati. Sebab aku kering hati.
Ko ingat senang nak menjawab dengan orang tua-tua kalau dorang tanya pasal campur susu? Kenapa baby asik jaga? Tak kenyang? Tu bab susu. Belum lagi bab solid food. Pegi kenduri ramai je yang baik hati tukang suap. Ingat senang nak tepis semua tu? Not an easy task ya. So pada yang sedang menghadapinya, sila POSITIF. ALL THE TIME !!
But Alhamdulillah. Dah lepas semua tu untuk Zahra. Hopefully lepas ni (kalau ada rezeki lagi) aku akan kuat juga.
ok bai.
July 11, 2015
Chapter 182 || Wean Off
Posted on Saturday, July 11, 2015 by olahbersama.blogspot.com
Categories: | Cerita Saja |, | Zahra |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah Jie kerana berjaya fully BF Zahra.. boleh laa menjadi ikutan kepada ibu yang lain yang ingin fully BF..
ReplyDeleteko mmg ibu yang kuat mar....
ReplyDeleteku pun tak sekuat ko...
huhuhu
Tahnia ye sebab kuat... Sha x dapat.. Susu badan memang xde.. dapat bg BF sampai umur dia 8 bulan jer tupun sha amik cuti tanpa gaji.. Memang x bergaji betol.. hehehe..
ReplyDelete