Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 181 || Nak masak apa berbuka hari ni?? ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 10, 2015

Chapter 181 || Nak masak apa berbuka hari ni??

| Posting by: jie || Photo by : - | 

Bismillahirrahmanirrahim,

3 hari berturut-turut dah buka puasa di luar. Malam ni kena letak kuali balik.
Nak masak apa ya?

Bukak peti ajaib keluarkan ikan cencaru belah belakang, ayam dah siap marinate, perut lembu dah siap rebus. Masukkan ke chiller.

Fikir-fikir pastu cakap ngan En. Edi.
Aku : Petang ni masak ikan cencaru sumbat, ayam goreng dan kerabu perut. Ok tak??

Dia : Mana dapat cencaru? 

Aku : Mak buat aritu. Dah siap sumbat dah. Tinggal goreng je.

Dia : Ok. Pastu kuahnya apa?

Aku : Nak kuah pulakkk.. Ok tukar buat sup perut je lah.

Dia : OK.


So buat masa ini..

Cencaru belah belakang goreng
Ayam Goreng
Sup Perut + sayur dalam peti es

Kalau rajin nak kutip kangkung sekangkang kera kat blakang opis buat kangkung belacan. 

Esok gantung kuali balik. Ada buka puasa di surau makan nasik dalam talam.

Eh, plan nak buat kueh raya kan.... Hmm.. tengoklah... 
Kalau jadi, aku UP entry. Sebab seumur hidup belum lagi buat kueh raya.
Pencapaian hebat sangat nihhh kalau buat.

Sempena Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan ni aku nak mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau terasa secara tak sengaja sepanjang aku menulis di sini.

Aku juga manusia biasa yang memang takkan terlepas dari salah dan silap.

In sya Allah aku juga maafkan korang semua. Ececece...

ok bai 

2 comments:

  1. sama laa sue pun nak mintak maaf kat Jie kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita..

    ReplyDelete
  2. Salam Lebaran walaupun dah masuk 12 Syawal.. hehehe..

    ReplyDelete

back to top