Bismillahirrahmanirrahim,
RESIPI boleh tengok SINI. Aku just nak share teknik dia je. Ni pun aku google.
Aku buat ni guna resipi kat atas. Tapi bila nak buat khas untuk ni dan gunakan acuan aku, aku just agak-agak berat dia. Alhamdulillah, it turns out really GOOD. Takde terkurang atau terlebih.
Untuk saiz ni aku gunakan doh berat 550g in total.
Mula-mula aritu aku try buat merah 350g, putih 100g & hijau 100g. Tapi aku rasa nak cantik kena kurangkan sukatan merah.
Merah 300g, putih 150g dan hijau 100g. Baru nampak layer putih tu.
Selepas uli doh semua, masukkan color merah dan uli. Yang kaler merah aku uli guna mesin.
Yang kaler hijau aku uli tangan. So kalau nak tengok dari segi rata guna mesin lah rata kaler dia. Tapi ok je. Kita yang buat dia.
Yang merah tu just bentukkan macam gambar.
Canai doh putih.
Sapu susu segar.
Balut doh merah.
Canai doh hijau.
Sapu susu segar.
Balut doh tadi.
So basically jadilah 3 layer. Masukkan dalam pullman tin.
Nak biar terbuka boleh nak tutup pun boleh.
Macam aku memang aku tutup. Sebab purposely aku nak roti aku 4 segi.
Tadaaa...Setelah dibakar. Masa roti dah set aku buka penutup dan bakar lagi. Nak bagi garing sket.
Setelah sejuk dan dipotong.
Nampak tak layer putih tu tak berapa nampak.
Oh nak buat biji tembikai aku guna kismis.
Campur sekali masa nak masukkan kaler merah tu.
RASA? Takde beza macam roti biasa. Nak bagi cantik je. So far aku suka. Dan akan buat lagi nanti. Pastu cicah dengan homemade mushroom soup. SEDAP!!!
Cubalah.
Tata.
ok bai.
waahh.. buat roti sendiri.. menariknya..cantik plk tu.. :D
ReplyDeleteTak susah Fatin. Ikut je resipi in sya Allah jadi...
Deleterajinnya jie buat roti sendiri.. cantik dan menarik tu..
ReplyDeleteRajin sebab guna mesin Che Sue. dah buat beberapa kali dah.. So teknik in sya Allah dah belajar sikit-sikit.
Delete