Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 176 || Warded ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 03, 2015

Chapter 176 || Warded

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Seumur hiduo sebelum ni, 2 kali pernah warded. Sebab bersalinkan ZZ.

Malam Khamis lepas aku start tak boleh tido kul 1 pagi. Sampai lah ke pagi. Dengan laparnya.. tapi tak boleh makan. Takde selera + loya. Pagi tu mengadu dengan En. Edi sampai nangis-nangis. Dia ajak gi hospital. Tak sanggup tengok aku macam tu.

Pagi tu hantar anak-anak dan trus ke Hosp. Slim River. Check urine, darah dan masuk air sebotol. Then doc bagi mc 2 ari Khamis dan Jumaat. Suruh ke klinik kesihatan berdekatan esoknya sebab nak monitor denggi. Masa ni platlet aku 179.

Esoknya aku ke Klinik Kalumpang. Memang pening-pening ada lagi la... Pas cek darah platlet aku turun ke 139. Doc kata warning sign Denggi. Minta buat combo test. Masuk air 2 botol. Doc mintak warded. Aku pilih Hosp Slim. Sebab semalam pun dah ke sana.

Pegi sendiri. ZZ pun ikut sebab dorang pun tak sihat. Masuk air lagi. Cek darah lagi. Cek urine lagi. X ray lagi. Cek jantung lagi. Platlet dah naik balik 153. Doc still insists warded sebab nak monitor. 8.50pm officially aku warded di Hosp. Slim River.

Esoknya Sabtu, mak and Joi datang. Tolong jaga ZZ. Isnin dah boleh discharge. Doc bagi mc sampai Rabu. Seanjang mc memang tak puasa. Sebab tak fully recover.

Semalam dah start keje. Dah start puasa. Tapi tak berapa ada selera.
Petang balik keje dalam kete dah muntah balik. Lapar sangat kot.
Sakit ulu hati pun ye. Macam-macam lah.

Since dah petang, aku tahan je. Tak larat. Makanan beli je sebab aku memang tak larat. Buka puasa makan sup ketam. Order nasi pun tak boleh nak makan. Lepas solatbrehat kejap. Pastu minum MILO. Minum separuh. Lagi separuh Zahra habiskan. Rasa macam tak cukup. Buat secawan lagi. Minum lagi.

Pastu keluar balik semua. Memang tak larat. En. Edi kata takde perubahan pun. Aku diam je la. Tak larat kan. Harap-harap cepat la baik. Nak bercakap pun takde mood.

ok lah. Korang doakan aku ya. TQ.

3 comments:

back to top