Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 170 || Happy Birthday Nur Zahra Marissa ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 15, 2015

Chapter 170 || Happy Birthday Nur Zahra Marissa

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

4/6/2012 - 4/6/2015. Genap 3 tahun.

Sambut birthday Zahra di taska. 4hb tu jatuh hari Khamis but En. Edi ade hal dan tak boleh half day so Jumaat la kita buat. Aku pun ingat nak keluar kerja awal. Dah bagitau boss siap-siap tapi sebab pagi tu Zahra demam dan  tak advisable untuk ke taska, terpakselah aku bercuti.

Tapi aku datang jugak office. dalam pukul 9 sampai 12.30 lah ada kat office. Zahra pun ikut. Balik baru kalut masak. Nasib baik ada assistant. Tq Kak Zuriati.

Janji 3.30 sampai tapi sebab kalut, 3.45 baru sampai. Budak-budak pun dah siap mandi. Tak surprise dah jadinya. 

Zahra dalam kete dah buka semua toys. Dia je conquer sorang. Abang Long Zahin ada di Klang so tak dapat nak join. 

Kek beli je. Ingat nak buat. Tapi banyak sangat masalah di saat-saat akhir so kansel. Nasib baik ada kek minion. Hentam sajalah. Beli kat kedai kek. 1 kg kek coklat @ RM50. 

Yang penting Zahra sangat happy dan teruja dengan kek tu.

Besday gurl. Tak bagi orang usik mask dia. Senget pun tak bagi betulkan. 

2 orang tepi iolls & En Edi tu cikgu taska. Semua baik-baik. Ada lagi sorang not in the picture.

Untuk sambutan ni aku masak olio spagetti versi budak-budak so lebih senang dan tak pedas. Skip semua item cili cuma letak sikit je black pepper. Tu pun tak rasa sangat. 

Pastu buat roti sosej goreng + dadih. Minum air kotak beli. 
then some goodies. Semua kos dalam Rm150 kot. Termasuk kek. 

Gambar Zahra aku print kat glossy paper dan tampal pada frame IKEA. Beli dah lama tapi tak guna-guna. Stand board pinjam taska punya. Jadilah backdrop yang simple. Ngeh ngeh..

Anak-anak kat sini baik-baik semua. Bila kita ada situ terasa welcomed sangat. Semua anak-anak happy. Lepas makan tolong tiup belon. Pastu main-main.


Nak suruh bergambar dengan backdrop. Btw, its not easy ya to gather them all. Pastu nak pastikan semua ikut arahan. Memang solute dengan cikgu-cikgu kat sini. Terima kasih CIKGU. 


Asalnya aku nak selfie dengan backdrop. Tiba-tiba pakat mencelah nak join jugak. Comel sangat dorang ni tau. 

Yang sebelah En. Edi tu tiba-tiba datang sebelah asik berdiri pastu pegang tangan. Suka plak dia. So meh kita bergambar. pastu semua datang nak bergambar jugak. 



Overal kami puas hati walaupun simple. Pukul 5 dah siap kemas semua. Kami happy, Zahra happy, kawan-kawan zahra pun happy. 

Tq to Cikgu Ijat, Cikgu Zura, Cikgu Zaty sebab bantu. TQ cikgu-cikgu sebab jaga Nur Zahra Marissa.

SANAH HELWAH NUR ZAHRA MARISSA!
WE LOVE U.
INFINITY.

ok bai. 








1 comment:

  1. happy belated birthday Zahra.. dah besar dia ya.. semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete

back to top