Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 163|| Cerita saja ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 03, 2015

Chapter 163|| Cerita saja

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Saya hanya ada ibu.
Ayah dah meninggal masa saya umur 8 tahun. To be exact menghampiri 8 tahun.
Kakak saya 9 tahun. Adik lelaki 5 tahun (Baya Zahin sekarang).
masa ayah ada, mak surirumah.
Mak tak kerja.

Bila ayah ,meninggal, mak lost.
Tapi sebab nak besarkan saya, kakak dan adik lelaki.. mak kena kerja.
Saya dah lupa apa yang mak pernah buat semuanya..
Tapi yang saya ingat mak kerja kilang. 2-3 kilang jugak bertukar. 
Tapi semua shift pagi.
Apa yang mak tak buat.. 
Kutip buah kelapa sawit di ladang. Naik motor panjat bukit. Jatuh motor. Kaki kena eksos motor.
Kutip buah relai di ladang sawit.
Kerja kebun sayur.
Kerja kantin. 
Kerja mengasuh budak.

Pagi kami ke sekolah.
Baik sekolah makan lauk yang mak dah masak.
Lepas tu ke sekolah agama.
Adik lelaki dijaga pengasuh.
Untung sekolah agama depan rumah.

Balik sekolah siap mandi. Pukul 6-6.30 mak balik.
Mak pesan "mak balik nanti pastikan semua dah mandi"
Tak tahu kenapa.. samada kami ni paham situasi mak ataupun takut sangat dengan mak.
Tapi apa yang mak pesan semua kami ikut.

Depan rumah ada pokok rambutan.
Mak pesan selagi tak merah semua, selagi mak tak kata boleh ambil,
Jangan ambil. Jangan petik.
Kepatuhan kami memang tahap dewa punya.
Kalau ambil pun menggeletar satu badan. 
Last-last mesti mak dapat tau punya.
Silap-silap boleh kena rotan.

Ada satu hari tu. Mak kata hari ni boleh mandi sungai.
Sungai dekat je dengan rumah. Dekat sangat. 
Tapi sangat jarang mandi. Sebab mak garang. Takut.
Bila mak ajak, excited sangat.
Kejap-kejap tanya. Kejap kejap tanya.
Mak tension. Last-last kata "tak payah mandi la. Banyak bunyi".
Kami diam. Tak kata apa.
Mandi je lah dalam bilik air rumah.

Pagi-pagi pegi sekolah naik van.
Kadang-kadang lambat.
Bila lambat van tinggal.
Balik rumah mak marah lagi. Suruh pegi sekolah jugak.
Kami jalan kaki balik pegi rumah pakcik van.
Sampai rumah dia, tengok ada lagi kami 3 beradik.
Hantar kami ke sekolah naik motor. 
Masuk kelas pastilah lambat juga.
Buatlah muka tebal + muka kesian.

Bila ada event untuk anak yatim, kami pun pasti dapat hamper.
Seronok dapat hamper.
Tapi rasa tak best bila ada yang bercerita.
"Dia dapat hamper sebab dia anak yatim".
Nampak kami kekurangan SESUATU di situ.
Sedih.

Dah panjang ni. Nanti sambung part II. Penuh emosi. Penuh pengajaran. 

Yang penting, kami semua sayang mak. Sambil baca sambil lap air mata.

P/S : Don't jump to the conclusion. Ada banyak cerita manis juga menanti. 
Reactions:

3 comments:

  1. dan anak2 membesar dgn jiwa kental. insyaallah.

    ReplyDelete
  2. huhuhu....kadang2 kenangan itu mengajar byk perkara pada kita untuk lebih matang...huhuhu

    ReplyDelete
  3. itulah pengorbanan seorang mak untuk membesarkan anak-anak..

    ReplyDelete

back to top