Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak duduk rumah sendiri, semangat nak menanam pokok. Bukan pokok bunga.. Tapi pokok sayur dan ulam. suka sangat tengok daun hijau dan segar.
Tapi takde lah se GAH mana. baru je mula. Tapi sebab excited aku tunjuk la sket. Biar ZZ baca nanti ibu dia rajinnnn sangat menanam.. hew hew..
Pokok kucai. 2 kali dah tuai. tapi kali ketiga ni macam tak berapa subur macam ni plak.
haa.. cer teka.. cer teka..
Ni pokok cekur. Kalau orang jawa panggil kencur.
ni En. Edi suka. So tanamlah.
Bendanya macam kunyit. So bila dah bertunas dan tumbuh ni bukan main iolls excited.
Lompat bintang !!
Tengok.. Dah membesar pokok cekur ittew.
Pastu cucuk plak ulam raja kat tepi tu. Dah mengganggu tumbesaran cekur. Sian dia sempit.
So iolls dah separate kan pasu untuk dorang. Dapatlah ruang yang selesa..
Tapi pokok cekur yang kanan tu macam nak menguning je.
Eh awak tu cekur tau. Bukan padi nak menguning-menguning. Cepat hijau balik !!!
Aku share dekat IG. Hasilnya?? Pokok daun bawang dan daun sup mati. nehi nehi tumbuh. Takpe.. Nanti aku tanam lagi.. Tinggallah daun pudina ni .. Mula-mula macam hidup segan mati tak mahu jugak.
Aku hampir-hampir give up. Nasib baik MIL aku cakap daun pudina ni memang lambat sket. kalau tak memang aku campak dah.
Ni kira dah ok la sket. Kalau tak lagi teruk. iolls tension tengok u pudina..
Pagi tadi punya gambaq. Waaa.... dalam hati ada pudina. :)
Tak lupa juga pada pokok kunyit. Pokok masa kecik-kecik mak bagi. Balik sini tanam je lah. So far daun dah banyak kali ambik. Kunyit belum lagi. Ai is seram nak korek. takut tak berisi sangat. nanti iolls juga yang tension lagi. So biarlah dulu.
Nak tunggu bunga kunyit. Sedapnya buat ulam!! Nak tengok bunga kunyit???
Bukan bunga kunyitku. Sumber dari SINI.
Haa... tolonglah berbunga. Ku tunggu MU bunga!!
Ada la lagi yang tanam. Pokok serai dan daun kari. Oh tak lupa juga pokok cili yang diambil dari taska Zahra. Nasib cikgu baik. Cikgu tu suruh ambik banyak pokok tapi aku kata
"biarlah kat situ cikgu. Budak-budak yang tanam. Tapi nanti dah bercili boleh panggil saya kutip." Haha
Happy Tuesday Everyone.
P/S: Esok dah plan cuti. Konon-konon nak test drive IRIZ. Tapi mimpi di siang hari jugek. Staff proton pun ramai yang tak dapat naik. Nak kena ni BOSS boss depa tu. Orang dah bagi schedule depa main tukaq tukaq sama depa ja. Iolls pun nak naik jugak.
ok bai.
Iris?..hermmm..Iriz kot..
ReplyDelete