Bismillahirrahmanirrahim,
Kami cuti. Walaupun tinggal di Selangor (pinggir je pun) tapi kami kerja di Perak. Terima kasih Sultan Perak.
Pagi-pagi bangun macam biasa. Hantar Zahin sekolah sebab dia sekolah Selangor. Breakfast kat kedai dan ambil motor kat opis. En. Edi dan Zahra pun naik la motor while yours truly escort kat belakang.
Happy ja muka dapat naik motor.
saja follow kat belakang. Bukannya apa. Takut gak kang Zahra tetiba nak turun takmo naik motor ke.. naya.. Sebab Zahra sebenarnya tak suka pakai helmet tu....
Sampai tengah jalan nampak OK.. Iolls pecut. Sebab nak amik gambo depa sampai rumah. Gigih di situ.
Yeay. Sampai dah....
Pagi lagi.. so jom kita posing dulu.
Sementara tunggu pukul 10 nak keluar. layan Upin Ipi dulu. Ada kerusi diterbalikkan . last-last atas laci juga duduknya.
Kami ke JAKEL KL aritu. Banyak nyaaa kain. Rambang mata. Iolls cari kain nak buat shawl sambil tinjau keadaan. Ingat nak bawak mak nanti. Tapi taktau bila..hahaha
End up beli kain chiffon printed 2 corak. pastu beli chiffon nak buat baju plak. First time iolls beli baju nak tempah. Rasa macam awal sangat plakk. Rupanyaaaa....
Ahkak yang lambat. nak tempah semua dah tak amik order. Padan muka.huhu...
balik tu singgah Tang Ling makan ikan bakar. Pastu balik. Singgah Tol Bukit Beruntung nak solat. Tetiba dapat misscall. Mak call berkali-kali. Mak pulak kalau ikut plan haritu nak ke Kulim. Berdebar la oit. Sebab weekend sebelumnya kami dah balik Kulim. Lawat makcik di hospital.
Bila call, mak bagitau mak jang dah meninggal. Trus rush balik rumah packing. 6.30 petang dah gerak balik ke BM.
Jenazah kebumi esoknya pukul 11 pagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Moga roh mak jang ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Kami balik Rabu petang. Kami stay sampai Ahad pagi. So lama jugak lah kali ni di kampung. nak jadi rezeki, En. Edi pun dapat balik mengundi Khamis tu.
Sabtu tu kami ke Pantai Bersih main giant bubble & ayang-layang. Best jugak dapat happykan anak-anak. Siap main kat tepi pantai lagi. Gambar-gambar nanti letak dalam entry lain.
Tata.
ok bai.
0 comments:
Post a Comment