Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 136 || Roti sarang lebah simple ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 02, 2015

Chapter 136 || Roti sarang lebah simple

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Entry pendek-pendek je. Janji ada isi. 


Ahad lepas buat roti sarang lebah. Kali kedua. Sebab kali pertama tak cukup. Tak cukup sebab aku bagi adik aku bawak balik banyak. Kuah karamel tu pun tinggal sket je kat rumah. Tapi biasalah..yang sikit tulah yang sedap.


Aku punya resipi roti senang je. Tak gugel dah. Amik je basic dough yang selalu buat. Sapa nak tengok boleh refer sini..


RESIPI ROTI BASIC DOUGH (klik sini)

Roti sarang lebah ni ada topping.


Aku timbang seketul-seketul ni dalam 25g. lebih kurang je..

Bulat-bulatkan dan susun. Nanti kembang dia naik cantik lah.

Aku topping dengan almond flakes, kuaci.. pastu takmau letak bijan hitam sebab aku tak suka rasa dia. Zahra pun tak suka. So tukar letak CHIA SEED. Lebih halus.. lebih cantik tanpa affect rasa. Pastu tamak lagi tambah lagi grated cheddar cheese.


Sementara masak bolehlah buat kuah karamel dia. Aku ambil resipi dari blog azlitamasammanis.



SOS KARAMEL

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter


Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.





Cubalah. Untuk aku, memang sangat sedap. Tapi aku takleh makan banyak. 

Aku asingkan kuah. Tak letak sekali. So sapa yang takmo kuah karamel atau nak makan ngan sardin boleh je.


Aku minum dengan air kosong je. Sebab  sos dia dah manis. 


Cubalah buat. Tak rugi.


ok bai. 



Reactions:

2 comments:

  1. sekarang nih glamer roti nih.. nanti nak cuba laa (ntah tahun bila laa tuh).. hehehe..

    ReplyDelete

back to top