Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 135 || SYURGA ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 02, 2015

Chapter 135 || SYURGA

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Berbual dengan anak-anak syurga tak pernah menjemukan. Malah.. makin kita berbual makin kita kenal mereka. Makin kita tahu kepetahan mereka.

Malam tadi..

Kemas bilik. Tiba-tiba Zahra nyanyi lagu masa dia di taska. I know the song.. Tapi lagu kanak-kanak ni banyak version. Ada juga yang tak paham. But I knew this is song that they sang at taska. Really proud of her. 

Anak-anak aku.. Mereka takkan petah bercerita kalau ditanya. Hanya akan bercerita sendiri bila dirasakan waktu dan situasi yang sesuai. Kalau ditanya berulang kali, jawapan tu akan nampak lebih kepada dipaksa dan kadang-kadang jadi tak betul.

Being ZZ yang sebegitu, aku hanya akan tanya setiap kali balik sekolah hanya sekadar maniskan mulut. Kalau dia tak menjawab pun aku tak kisah. Penat kadang-kadang dengan situasi seharian. Sebijik macam mak dia. Kalau benda tak best tak payah tanya. Nanti aku rasa nak cerita, aku cerita sendiri.

Malam tadi lepas nyanyi Zahra ambil buku..nak baca.. Layan kejap. Dia buka page shape. Yes she knew CIRCLE, STAR, TRIANGLE, HEART, SQUARE, SEGIEMPAT TEPAT. Ye rectangle kena amik masa blajar. Tapi dia baca ni semua berdasarkan pemerhatian dan ajaran abg Long Zahin. Syabas. Paling kelakar masa sebut segiempat tepat. Zahin dulu suka sebut TEPAT TAK TEPAT. hahahaha...

Tang Zahra lagi kelakar. Sebab Zahra ni masih pelat. Even dah banyak gila vocab Zahra. Aputiputepu TEPAT !!! hahahaha...kelakar gilaaa..... Pastu sendiri tutup mulut sebab rasa kelakar dengan vocab sendiri. Haha !!

Before this Zahin duduk dengan pengasuh lama; orang JOHOR. so bahasa dia memang banyak ikut dialek Johor. Tu yang jadi kelakar tu. KL sangattttt....

Semalam juga aku bercerita dengan Zahin pasal  SYURGA. Sebab Zahin tanya.. Cerita dalam versi yang mudah paham. Syurga ada banyak toys.. boleh ambil apa saja yang Zahin nak.

Zahin : Ibu, syurga seronok tak?
Ibu: Seronok sangat. Ada banyak mainan. Zahin nak masuk syurga?
Zahin: Nak. Kalau takde duit macammana nak ambil toys?
Ibu : kat syurga tak payah duit. Semua Allah bagi percuma. 

Zahin: Ibu, Allah ada kat mana?
Ibu: Zahin rasa Allah ada tak?
Zahin : Ada.
Ibu : Kalau macam tu, Allah ada di hati Zahin. Sebab Zahin boleh rasa. 

Zahin : Ibu, syaitan direjam kan.
Ibu: YE.. Syaitan tu jahat. Syaitan suka suruh Zahin buat benda jahat.
Zahin : Zahin tak suka syaitan. 
Ibu : Kalau tak suka, Zahin tak boleh pukul adik.
Zahin : Ok, zahin tak pukul adik. Zahin tak usik adik. Zahin sayang adik.

Zahin : Ibu, syurga tu besar tak? Syurga ada berapa?
Ibu : Syurga ada 7.
Zahin : Kenapa ada 7 je? Kenapa takde ratus-ratus?
Ibu : Syurga ada 7. Tapi pintu dalam syurga ada banyak. Zahin boleh masuk ikut pintu mana yang Zahin nak.
Zahin : OK. Zahin nak masuk pintu yang ada ibu lah. Sebab Zahin nak main dengan ibu.

Zahin : Ibu, apa lagi ada kat syurga? 
Ibu, Ada makanan sedap-sedap.. Ada baju cantik-cantik. Ada binatang. Zahin pun boleh kawan dengan binatang. Semua orang baik-baik dalam syurga. Zahin boleh buat apa saja. Tapi Zahin kena ikut cakap Allah. Kena dengar cakap ibu ayah.
Zahin : Seronoknya syurga ibu.
Ibu : Memang seronok. Zahin kena selalu doa supaya Zahin masuk syurga. Doakan ibu ayah adik juga tau.Doakan semua orang yang Zahin sayang.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi tulis ni pun dah rasa nak nangis.
Masa cerita ni aku iron baju. Zahra duduk dalam buai pasang video kat phone. Zahin baring kat tilam sambil sembang dengan aku. Sangat santai. Zahra pun behave. suruh slow down phone pun dia ok.

Banyak perasaan yang aku rasa semalam. Sambil bercerita sambil terdetik macam-macam.

1. Tugas aku sebagai ibu. Bukan sekadar siapkan dan hantar ke sekolah. Bukan sekadar bawak jalan-jalan. Bukan setakat masak untuk family, kemas rumah, basuh dan lipat baju, mandikan anak.. Tapi lebih dari itu. Kena kenal anak sendiri.. Kena duduk diam dan fokus pada anak. kena selalu berkomunikasi. Kena bagi anak rasa dihargai.  T___T.

2. Bercerita tentang keindahan syurga. Syurga yang aku sendiri tak tau macammana. Aku nak bagi Zahin teruja.. Tapi hakikatnya aku yang teruja. Teruja dengan syurga. Sebab tak terbayang hebatnya. Nak masuk syurga.. Nak masuk syurga.. Nak masuk syurga. Sambil cerita dengan anak-anak, indirectly aku pun kena tarbiah gak. Tarbiah dengan diri sendiri. 

Tapi.. sedar diri masih belum layak. Allah dah bagi jawapan bocor macammana nak masuk syurga. Tapi aku ni selalu tewas dengan nafsu sendiri dan godaan syaitan. Jadi.. AKU NAK MASUK SYURGA JUGA !!!

3. Untuk masuk syurga... aku kena buat item 1. Sepenuh hati. Bila dah jadi ibu, kena tunaikan tanggungjawab pada Allah, pada suami, pada ibu, pada anak-anak... Kena tunaikan tanggunjawab yang dah diamanahkan kepada aku...

Balik rumah tak boleh mandi dan rehat tengok TV ambil bukak FB di phone. Ye.. aku tau. Amanah Allah dah bagi depan mata. Jadi tunaikanlah seikhlas hati.

Bila anak buat perangai, Allah sebenarnya menduga kita. Nak tengok kita sabar ke tak. Kita ajar anak mengaji.. 10 minit je pun. Tapi kita yang terlebih mengamuk. Rasa tak boleh sabar. Cikgu kat sekolah ajar anak kita dari pagi sampai petang. Lagi kesian. 

Cerita semua ni untuk aku. Yang buruk dari aku. Yang baik dari Allah SWT.

Masa join ESQ, apa yang baik aku dapat? Rasa cinta pada Allah dan Nabi Muhammad. Sebab Nabi Muhammad pun sangat-sangat sayangkan kita. 

Cuma istiqamah selepas program tu yang berat. Berat sangat sebagai seorang aku. Sebenarnya, keputusan di tangan aku. Aku yang decide nak masuk syurga atau tak.. Jangan persoalkan kenapa Allah begitu dan begini ye Marziah....

P/S: Tak caya cuba buat. Ceritakan kehebatan syurga pada anak-anak. Dengan sepenuh hati dan buat anak rasa teruja. Pasti korang pun akan rasa begitu. 

T___T. 


OK bai. 

3 comments:

  1. Aputiputepu TEPAT..hahaha Zahra2..

    ReplyDelete
  2. mar ko buat mata ku berair dari awal ku baca teks kt ats tu....
    skang xtau nape senang sangat airmata nak gugur..
    kadang-kadang xperlu sebab pun meleleh dia kuar...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tini.. Tak salah nak menangis untuk sebab agama. Menangislah. Aku pun banyak belajar dari ko..

      Delete

back to top