Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 114 || Day13 - 14 topic @olahbersama ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 17, 2014

Chapter 114 || Day13 - 14 topic @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebab aku fail lagi dalam pengurusan masa update blog, aku buat summary lagi.

Day 13 - 5 blog kegemaran olahbersama

Tak ikut turutan tau. Aku ikut apa yang ada dalam otak aku ja. Basically aku suka blog yang santai. Yang bila aku baca tu macam dia duk bercerita dengan aku.

1. http://kasihaleeya.blogspot.com

Kak Pilla ni kalau dalam blog penuh imaginasi. Suka cerita aktiviti harian dia. Memang selalu update blog. Kalau takde cerita pun nak update jugak, Walau takde isi, ramai follower yang suka. Sebab ada originality di situ. Wakakaka...macam juri dah kekdahnya.

2. http://neenaanuar.blogspot.com

Blog neena aku suka sebab dia suka cerita travelog dia. In detail. So at least kalau aku belum dapat pergi semua tempat tu aku dah ada info dan tau serba sedikit tentang tepat-tempat tersebut.

3. dianaishak.com

Blog ni pun dah lama folow. Bahasa dia agak suka hati dia. Tapi ramai yang suka. Takde ruang nak komen every entry unless ko fren dia dalam FB. Kalau tak dapek nak fren ko follow dia je lah. Penyampaian dia simple, Lebih kepada apa yang dia pikir je. Ikut logik dia je. 

4. maribergebang.blogspot.com

Doktor. ke bakal doktor. yang pasti ke arah kedoktoranlah sebab itu yang dia belajar. bahasa agak sedikit suka hati jugak. Ikut suka hati dia je nak tulis apa.

5. Blog resipi

Blog masak-memasak. Aku teringin nak masak ape, aku gugel je. Pastu keluarlah berderet-deret blog. Aku buka banyak-banyak, pilih la or gabungkan resipi supaya aku boleh buat. Haa..itulah yang aku paling suka. Konon-konon improvise resipi. Ada jugak yang end up tak jadi. Coontoh buat pavlova..Wakakaka..tak jadi ..Baru sekali cuba. Lambat lagi la aku nak try lagi. 


Aku senang cerita suka blog yang santai. Yang berilmiah sangat tak suka sebab aku keje je dah stress. So takmo ganggu kepala hotak dengan benda yang berat-berat. Aku nak baca gelak-gelak. Takyah pikir banyak. Straight to the point.

Part-part ilimiah / berita semasa aku serah kat En. Edi. Nanti dia yang akan cerita pada aku. Lagi senang. Tugas aku dengar dan persoalkan. Ada yang En. Edi jawab..ada yang dia malas layan..hahaha..

Lagi satu, mudah je. Kalau ko rasa tak suka dengan satu satu blog tu, mudah je. klik pangkah. takyah baca dah blog dia. Aku dulu masa takde blog agak bengang gak dengan sesetengah blogger yang tak buka ruang komen utk anonymous sebab aku takleh komen. Now sebab dah ade blog even follower secoet je, aku pun for now takkan buka. Barulah aku tau kenapa.


Day 14 - Cerita kasut saya

Yakde cerita best. 

Cuma taun ni  aku takde kasut raya. So aku pakai selipar BATA yang harga RM10 je. Yang tau mesti kata baju raya boleh beli 2-3 pasang. Kasut tak beli?

Aku ni memilih beli kasut. Memang takkan beli online la...Pastu kalau outing dengan anak-anak memang aku malas nak cari kasut. Banyak nau masalah aku..Last-last padan muka raya takde kasut. 

Baju dah glamer pakai selipar orang pi kebun sayur. APTB. 

kasut aku belah kanan. Masa ni sebok memilih nak main badminton kononnya. Last last kasut masuk gobok je...reket pun simpan. APTB lagi..


ok bai. 



5 comments:

  1. boleh la terjah blog tu nanti. hehehe

    CABARAN HARI KE-17

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-lestari.html

    ReplyDelete
  3. assalam...
    alhamdulillah dah follow sini
    selamat berblogging :)
    Tiada Nama a.k.a mohd billy
    http://akusijebat.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal Jie ..Singgah dan Follow sini ,.Happy Blogging ya

    ReplyDelete

back to top