Bismillahirrahmanirrahim,
1. Nak bawa mak gi haji. Kalau ikut turn aku memang lambat lagilah. wishlist ini beserta doa supaya aku dipermudahkan dan dipanggil olehNYA. Kalau tak dapat pergi Haji pergi umrah pun boleh.. Bawak mak dan ZZ sekali. Ongkos tak cukup lagi..
2. Nak panjat Gunung Kinabalu. Tak taulah boleh ke tak tapi nak tunggu anak-anak besar sikit. Bila dorang dah besar, ibu boleh plan dah. Korang takmo join pun takpe..Ibu cari geng lain..Muahahaha
3. Nak punya bisnes sendiri. Macam yang pernah diberitahu sebelum ni, nak buat online business more to bakery. Bestnya dapat buat cheesecake hari hari.
4. Nak dapat anak kembar. Yes saya tau boleh huru hara hidup kalau datang angin si kembar cranky..Tapi aku nak sangat. Doakan aku. Bila, selepas balik percutian bersama kawan-kawan ujung taun depan. haha.
5. Nak wujudkan lanskap yang best untuk rumah baru aku nanti. Hujung tahun ni baru nak pindah. Tak sabarnye.....sekarang dalm proses menggoogle, merefer, merujuk lanskap yang best-best. Konsep mudah saja. Nak yang simple, redup mata memandang, tak jemu dan mudah jaga. Now suka view dalam houzz.com. Sebab sangat simple dan cantik!!
Source : www.houzz.com
Banyak lagi wishlist. Tapi yang lain tu mungkin melibatkan manusia. So payah nak jadi wishlist sebab kita tak tau hati orang. Biarlah wishlist itu duduk dalam hati je. Wakaka..
Mak. Yang telah susah payah lahirkan dan besarkan aku.
ok bai.
0 comments:
Post a Comment