Bismillahirrahmanirrahim,
Entri dibuat untuk memeriahkan segmen di #KelabBloggerBenAshaari iaitu #cabaran30hari.
Gambar terbaru nan ado. Gambar raya pun boleh lah..Disebabkan Olahbersama is akaun bersama, makanya gambar pun harus berjemaah.
1. Olahbersama dihasilkan oleh kami suami isteri untuk share segalanya yang difikirkan wajar dikongsi. Perkongsian ini lebih kepada untuk info sendiri bila kami dah tak mampu nak ingat semuanya. Juga untuk bacaan anak-anak kami supaya memori waktu 'kecil' mereka boleh diperolehi. #throwback la kekdahnya. Tapi info ni lebih kepada si isteri.
2. Pernah mengganggotai kelab muzik di zaman sekolah rendah. dari zaman tadika dah diberi peluang untuk menyanyi solo. Katanya suara sedap (zaman tu taktau suara sedap tu apa). Pemain 'pianica' untuk pancaragam sekolah dan penyanyi untuk band sekolah. Aktif menyanyi semasa darjah 5 di majlis orang kahwin (huhu), expo.. Pernah juga menyanyi depan Sultan Perak. Dapat pujian lagi you..
3. Tak pernah masuk tempat karaoke.. Hmmmm...macam tak relate je dengan info no. 2 tu. Sebab sangat pemalu nak menyanyi depan orang sekarang. Tak tau kenapa. So tak perlu ajak tak perlu suruh. Saya tak kecil hati... :)
4. Masuk sekolah teknik ambil jurusan kejuruteraan awam. Sebab member cakap budak-budak course tu glamer. Full stop.
5. Kami suami isteri sama-sama belajar di UTM Skudai. Saya pernah ke rumah sewa beliau, beliau juga pernah ke rumah sewa saya (datang duk luar je ye, bukan masuk dalam rumah). Tapi kami tak pernah terserempak atau ada memori di mana-mana. Kesian kan?
Cukuplah. Entri lagi 29 hari pun jenuh jugak nak memikir. Boleh jadi soalan untuk interview. Harap-harap istiqamah.
ok bai.
merahnyer makngah
ReplyDeletesalam perkenalan dari mamamyja. jemput singgah, komen and follow
CABARAN HARI KE-3
mak ngah suka merah..hehe..
Deletedah singgah dah...moga selamat semuanya mamamyja.. :)
Ohh... yang saya ni pulak memang jenis langsung tak boleh menyanyi depan orang. Bukan suara je tak keluar... mulut pun terkunci rapat nanti! Mau kena cpr kalau dipaksa juga kot!
ReplyDeletesama la kita..huhu
Delete