Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V April 2014 ~ olahbersama® Blogger Widgets

April 29, 2014

0 Comments

Chapter 77 || Mimpi Nabi Muhammad SAW sebelum Israq

| Posting by: jie || Photo by : None | 

Bismillahirrahmanirrahim,


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”.



Moga kita semua mendapat manfaatnya. Aku pun bukanlah yang terbaik di mata semua. Tapi aku rasa terpanggil untuk berkongsi sebagai peringatan untuk diri sendiri khasnya dan aku mahu semua orang turut mengingatinya. 

TUHAN itu sangat pemurah. Sangat kasihkan hambanya. DIA mahu semua orang masuk syurga. Jadi Allah dah beritahu awal-awal tips untuk masuk syurga. Kira soalan bocor la ni.

Tuntutan itu juga tidaklah sesusah mana. Cuma Tuhan beri sikit dugaan, ujian, nafsu dan keseronokan dunia untuk pastikan kita istiqamah. 

Aku pun lalai. Selalu. Sebab tu aku share supaya aku pun selalu kena ingat.


ok bai. 

April 25, 2014

0 Comments

Chapter 76 || Sukan Pasti Zon Serendah

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas ada sukan. Sukan untuk Zahin. Dapat baju sukan baru. Purple lagi..

Ni besfren Zahin, Fateh. Kawan pertama Zahin. Nampak Fateh baru nak senyum.

Dah start ramai. Duk sembang apa tu tak tau lah..

Ni beratur nak masuk berbaris...

Kawan Zahin, Aniq. Friendly Aniq ni...Nampak tak pipi zahin dah tembun?? Haha

Bersenam pagi...

Ni dah start game. Tunggu member ..Tarik bola golf dalam gelung rotan..

In between games. Main dulu kat luar..Kuatkan otot tangan...

Berkumpul untuk sesi penyampaian hadiah.

Yeay..Tadika Zahin juara..!!

Jenuh cikgu nak susun semua orang..Yang 4 tahun ni lagilah..Ikut suka depa ja...

Zahin bangga gila dapat medal tu. Balik rumah dah siap gantung. Petang tu ayah balik dari Cherating terus ambil nak tunjuk. Bangga sangat..haha

Ni video Zahin main second game..comel je baju purple lompat-lompat gitu..bola pun tak jatuh..
Mak pun bangga..haha


ok bai. 

April 24, 2014

2 Comments

Chapter 75 || ZZ ke Rivercruise Putrajaya

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Sabtu lepas kami ke Putrajaya. Bawa ZZ pusing Tasek Putrajaya.
Ni kali ke-2 Zahin naik. Zahra of course first time.
En. Edi takde dia ke Cherating gi treasure Hunt Proton.
So aku import adik aku dari Gemas untuk jadi Pak Supir.

Berapa fee? Normal untuk Malaysian. Adult RM30. Kids RM20. Package 2 adults 2 kids RM 84. Sebab Zahra tak payah bayar so ambil ala carte (ala carte ke??) package.

Jom tengok gambar je lah...



Sementara menunggu cruise berlepas..Makan jajan dulu..

View dalam cruise. Ada air cond. Boleh juga naik duduk luar. 

Ada aircond but tak boleh nak expect sejuk sangat lah. Sebab cahaya matahari still ada. Just nice ai kata..

Dah macam aneroxia plak Zahin ni..Sebenarnya pipi dia dah tembam sket.
Aku selalu kata "zahin tembun". Pastu dia jawab 'ibu tak baik la cakap macam tu'..Haha

Zahra with Ateh.

Wat lek Wat peace. Zahra kat belakang macam misteri nusantara...

Panas..sepet-sepet mata Zahin..

kalau feeling nak buat titanic boleh duk depan tu. 

Tengok..Mata kami pun sepet-sepet juga..




Balik singgah Alamanda. Lunch. Pastu balik rumah. 


Ni gambar lain. Just nak bagitau aiskrim ni pada aku sedap!! Bukan nak tunjuk brand tapi nak bagitau perisa banana & cream tu. Memang rasa pure pisang. 

Zahin punya favourite aiskrim is coklat. cacamarba gila manglish aku.haha
Tapi bila bagi rasa yang ni terus aiskrim bertukar tangan..Sedap letteww....


ok bai. 


April 15, 2014

2 Comments

Chapter 74 || Makan-makan di Ikan Bakar Tanglin

| Posting by: jie || Photo by : jie & Google |

Bismillahirrahmanirrahim,

Lepas keluar planetrium aritu kami cari port makan. Sebab kawasan tu dekat dan aku pun memang dah lama nak makan ni, so ke ikan bakar Tangling lah kita..

Aku tau pasal ikan bakar ni pun sejak keje kat Dayabumi dulu..tengah taip ni rasa teringin lagi..hoih sedapnya..

Kat Tanglin ni pelakon utama dia harusslah Ikan bakar. Ikan ada macam-macam jenis. Kemudian ada nasi putih, variety of sayur dan masakan ayam, daging..cuma tak banyak sebab orang kalau datang sini tak ambil ikan kan memang buang masa je la...

Since sampai lewat, nasi pun tengah dimasak semula..Lauk pun dah tak banyak. Pendek kata kamilah pelanggan terakhir. So amik ikan bar dulu. Ratah-ratah sket. Ikan kembung ni besar tau. 
 
Biasa aku suka ambil keli/ kembung dan sotong..waktu datang tu dah memang agak lewat so yang tinggal janggut sotong je..Janggut pun janggutlah..janji sotong..

Biasa kalau makan stail dia terus jirus atas ikan tu je..tapi sebab ZZ nak makan jugak kita asingkan..

ZZ makan sikit je. Sebab nampak burung..Sibuk duk kejar bird..Nampak pulak kawasan ni luas lagilah suka..Berkejar kejaran ZZ di situ..

Zahin..lepas makan jangan lupa cari kayu api..hua hua hua...

Kayu api sangatttt...
Gambar ni terrrsnap..Pastu tengok eh lawa plak...Cuma sampah di rumput tu dah rosakkan sikit permandangan..

Sedap tak ikan bakar Tangling ni? Pada aku, sedap dia pada air asam. kalau ada kesempatan memang aku singgah lagi la...Sotong bakar..hmmm...sedapnya...

Kalau nak tau kat mana lokasi ni sila refer kat sini..

Location:
Ikan Bakar Pak Din
Medan Selera Tanglin
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur
GPS: 3.144292,101.690622

Sebelum berundur, aku hadiahkan diri sendiri gambar ikan bakar ni...Ish, tempting betoi..Ni bukan gambar aku. Aku gugel je cari gambar gini. Credit photo to these 2 blogs. 

Tokey dia. Pakdin. Source: Klurbanite.



Normal style. Terus je sira atas ikan bakar. Source: AyuDenira



ok bai. 
2 Comments

Chapter 73 || Lawatan ZZ ke Planetarium negara

| Posting by: jie || Photo by : Edy |


Bismillahirrahmanirrahim,

Ni cerita lama...Bulan 2 aritu..Punya la lama peram...

Saja nak bawa anak-anak ke planetarium negara. Bajet sangat kids friendly. Mak bapak pun excited sebenarnya.
Baru sampai. Jalan nak masuk. Lanskap cantik dan terjaga. Wahh gitu..

Pas masuk ada cinema. Cinema ni ada few session. Aku tak sempat baca kat luar tu sampai-sampai terus masuk. Kat dalam ni agak menarik sebab skrin dia bentuk kubah. kalau nak tengok the whole skrin mendongakla ko.

Bila dah mula story, aku rasa macam tak best. Sebab cerita ni macam tak kenaaa je...Nasib baik Zahin tak berapa nak faham. Kalau tak sure dia tanya apsal yang dia tau tak sama dengan cerita tu. 

Cerita pasal comet. Pas tu dewa kebaikan, kejahatan...ish seriously tak suka. So aku pejam mata je dalam tu tunggu cerita habih..Zahra?? Dia TAKUT...So sepanjang wayang tu dia peluk je aku..Tu je la waktu dia duk diam pun..

Ni naik kat atas sekali. Ada teropong. Boleh tengok Bandar KL. Time ni sorry Zahra dah tak diam. 

Pandangan Timur

Pandangan Barat

Pandangan sisi. Jenuh kempiskan perut. 

Kat bawah ni semua aku amik dalam Planetarium tu. Generally lebih kepada info pasal angkasawan..apa yang dia buat kat atas tu..How did they survive in space. Facilities yang digunakan. Makan apa kat sana. Err jamu mata je lah...



Yang ni ZZ suka. Lama membelek sambil tekan sana sini. Main panel dalam roket. 

Seat angkasawan dalam roket. 


Aku dah turunkan. Sibuk nak naik lagi. Lepas tu kaki sangkut tak boleh naik atas. Haha...Amik gambar dulu baru tolong anak..

Makanan

Al-Quran


Zahin in space..

Ni toilet. Zahra kalau part memanjat memang favourite dia. Pastu takmau turun gak. 


Gambar ni tak senget. Memang area ni dibuat senget for us to feel how to balance yourself. 
Zahra suka. First bulatan tu macam ko tengok dari dalam spaceship nampak segala bintang. 

Second bulatan yang ada railing tu ko boleh slide ke bawah. Zahra duk ulang main ni je. Berusaha dia stabilkan badan dia jalan kat situ. 



Sebelum keluar. nak jadi astronout lambat lagi kot. Kita amik feel dulu.

Overall, aku rasa tempat ni tak sesuai untuk ZZ. Kena tunggu dorang boleh baca dulu. Sekolah Rendah is the best kot. Barulah ada knowledge transfer.


ok bai. 

back to top