Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 68 || Masak-masak mentarang.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

March 03, 2014

Chapter 68 || Masak-masak mentarang..

| Posting by: jie || Photo by :  Edy & jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas balik dari Teluk Senangin kami lalu ikut Kuala Selangor. Sampai Sekinchan nampak mentarang. Dah lama tak pekena nie..

Suruh En. Edi beli. Dia beli sekilo.  Mentarang ni duk dalam lumpur. So masa beli tu memang agak berlumpur. Balik rumah kena cuci..Kalau tak cuci bila makan rasa makan lumpur juga kekdahnya. Cuci bersih-bersih.


Balik google nak masak apa. First time beli dulu masa pregnant Zahin. Buat masak lemak. Malam tadi balik terus google, fikir, timbang tara..After all those process, weolls decide nak masak 2 style. Dah la jarang-jarang beli dan makan. Nak makan pun 2 orang je..so divide 2 lah...

 Lepas tu aku didihkan air, masuk halia, bawang merah, serbuk lada hitam dan serai . Rebus sekejap. Pastu  angkat separuh. Separuh lagi biar dalam periuk. Masukkan garam dan perasa. Siap 1 resipi. Yang ni aku duetkan dengan sedikit air asam.



Resipi lagi satu kita guna alumium foil dan magic pan. Resipi ni En. Edi yang buat. Cara dia pun mudah je. Kitorang memang nak masak yang mudah. Yang susah kita tolak jauh-jauh. Janji rasa ada.

So, ni resipi En. Edi..Aku tukang rasa ja...

Mentarang bakar.

- 5 sudu besar pes sambal. (kami guna sambal segera. Kalau takde guna je la pes sambal apa yang ada)
- 2 sudu besar sos tiram.
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos nandos hot peri peri (takde pun takpe)

Kalau nak tambah sayur/ bawang pun takpe..Kami malas.

1. Campurkan semua item di atas. kacau sebati. Perasakan.
2. Ambil mentarang yang direbus sebentar tadi. Gaul-gaul dalam pes sambal dan letakkan dalam aluminiu foil. Buat sampai habis.
3. Baki pes tuang je atas mentarang tu.
4. Balut alumnium foil kemas kemas. Lubangkan sikit bahagian atas aluminum foil dan letak atas non stick pan. Bakar lah sampai masak.

Weolls bakar dalam 10 minit gitu. Sebab tadi dah rebus sekejap. Tinggal nak bagi pes dan mentarang tu mesraa saje.




Siap 2 resipi campak-campak.



Oh satu lagi tips. Masa nak makan tu aku buang ada benda bertali tu. Macam suun skit rupa dia. Sebab ada setengah orang yang tak tahan takut perut meragam. Aku takmau jadi setengah orang tu so aku buang. Safety first katanya.


En. Edi makan dengan nasi. Aku ratah gitu aja. Dan inilah hasilnya.
Alhamdulillah. 

Untuk makluman, mentarang ni memang banyak kat kawasan Kuala Selangor. Kalau malas nak masak, boleh makan mentarang bakar kat kedai tu je..dorang bakar macam kerang bakar dan ada sos pencicah...

ok bai.






Reactions:

2 comments:

  1. wife ada makan mentarang ni kat umh fmly biras. dorang masak mentarang bakar. wife kata sedap makan dengan sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. En. Mat Nor, sekali sekala makan, memang sedap!!

      Delete

back to top