Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 69 || What SPM makes me today.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

March 20, 2014

Chapter 69 || What SPM makes me today..

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ni keputusan SPM untuk 2013. Dekat Hot FM pagi ni chit chat pasal tajuk sebab SPM ni lah aku...

Aku sekolah Teknik. Ambil Engineering. Masa nak SPM memang berkobar-kobar. But being me, subjek yang aku tak suka memang aku tak fokus. Belajar pun macam tak masuk. Contohnya Fizik dan Sejarah. Zaman aku kira aggregat. So yang tak elok tu bukannya orang nampak pun. itu kelebihan pengiraan aggregat. Pada aku, pada hemat aku.

Disebabkan tak fokus, subjek tu memang tak score. Tak score langsung!! tapi Alhamdulillah masih pangkat 1 sebab aku ambil 10 subjek. Yang dikira 6 subjek je. disebabkan aku terlebih bijak aku fokus 8 sahaja.

Ni kelas aku dulu. Form 5. Pretty sure takde sapa boleh cam aku..Even En. Edi pun..wakaka

Ni lah hari aku amik result SPM. Geng aku time tu 6 orang. Geng tak berapa betul. Banyak memori ngan depa nih..Sebelah kanan aku dah meninggal. Eksiden. Rindu Nad. Al-Fatihah.  

Lepas tu isi borang UPU kena pilih 5 course dan 5 Universiti. Zaman tu aku fikir terus nak ke U saja. takde matriks bagai. Alhamdulillah, dapat pilihan pertama ke Universiti di selatan tanahair. Kawan aku yang 5 orang tu 2 orang masuk UITM, sorang UPM, sorang UMS dan sorang Uniten. 

Lepas 4 setengah tahun (gatal nak extend 1 semester) habislah pengajian. 6 bulan takde keje tetap. Keje promoter celcom, keje KUMON, keje makan tido. 

After 6 month, pi walk-in interview kilang semiconductor di IPOH. Jadi assistant superintendent (AS). Masuk kilang punyalah ramai nak interview. Moral dah down di situ. Yang lelaki siap smart bertali leher bagai. Aku? dengan kasut lama, tak mekap. Kalau tengok rupa memang tak dapatlah. 

Kena pulak isi borang dan jawab beberapa soalan termasuk buat essay nak hantar emel pada customer. Punyalah buruk tulisan. Mengunggu pulak berjam-jam lepas lunch bau dapat turn. Masa interview si tukang interview plak provoke macam-macam kata course yang aku ambil ni salah la..tak relevan la untuk aku..well, memang keje yang aku apply tak sama langsung dengan apa yang aku belajar. Tapi takkan nak tunggu ye dak? Aku memang dah hangat hati so selamba badak aku sound je tukang interview tu. 

"Dengan muka bengang aku tanya dia nak interview aku ke tak? mana tau course yang aku ambil tu salah? kalau tak interview mana tau aku ni bagus ke tak? kalau tak keje macammana nak nilai aku ni bagus ke tak?" Sesedap rasa je nak mengata aku ye..Aku memang rasa tak dapat keje dah tapi aku tak peduli sebab lepas ni aku tak jumpa dia dah. 

Lepas kena sound dia senyum je dan start tanya soalan pada aku. Almost 1 hour jugak la interview. Masa nak keluar aku cakap " I don't mind if I don't get this job but I enjoy this session a lot".

Sekali..haa kau..aku diterima. 2 orang je dari seramai yang interview. dan rupanya dialah department manager aku!! Padan muka. Lepas tu dia cerita kat semua klik macammana dia interview aku dulu. Malu mak. 

Lepas 2 tahun, aku move on. Masuk company B  building maintenance plak. Kerja di Penang, Perlis pastu ke HQ di KL. Lepas 3 tahun, move on lagi ke company C. Buat construction di Shah Alam. 3 tahun lebih jugak. 2 orang anak lahir masa duk company C. End 2012, move on tapi masuk balik ke Company B. Nampak macam main-main kan..Tapi rezeki dah tertulis begitu. Terimalah dengan hati terbuka dan masih lagi di sini. 

So moral of the story:
- SPM is just a start. Matriks ke U ke itu 2nd step and it doesn't guarantee u to get a very good or your favourite job. 
- Also don't look down on SPM. It doesn't mean SPM tak penting. Kalau SPM tak penting, takboleh masuk U. So tak dapat degree.
- Pada yang tak dapat SPM bagus, Jangan susah hati. keep on motivated. Ramai yang tak dapat masuk U tapi berjaya.
- Nak mintak keje jangan ganas2 sangat macam aku. Be polite. 

1 of my friend decided untuk join satu syarikat makanan segera lepas SPM. so dia tak sambung belajar pun.  Dia kerja dari dulu sampai sekarang. Dari kerja biasa sampai dapat scholarship untuk sambung belajar dan sekarang dah jadi manager. See, semua orang boleh berjaya. Jangan jadikan SPM sebagai ukuran. Yang penting, DOA. sentiasa minta kepadaNYA. 

ok bai.




0 comments:

Post a Comment

back to top