Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 55 || Our 5th Anniversary ~ olahbersama® Blogger Widgets

December 23, 2013

Chapter 55 || Our 5th Anniversary

| Posting by: jie || Photo by : jie & Edy & Piiown |

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah...20 Disember 2013 yang lepas dah 5 tahun kami berurusan sebagai suami isteri.

Apa yang dapat dalam 5 tahun ni? Haha..meh aku listkan sikit..

1. Hidup yang indah. Indah dengan ertikata ada gelombang turun naik la...Baru la ada warna warni hidup...kalau satu tempo je boring plak...pendek kata En. Edi adalah kawan gaduh aku yang paling rapat...Pembimbing aku untuk aku menjadi yang lebih baik. Imam untuk aku dan anak-anak.

2. Dapat 2 orang anak. Pinjaman Allah. Kena jaga amanah ni baik-baik. Aku masih berusaha menjadi yang terbaik di mata anak-anak walaupun kadang-kadang dugaan dri mereka buat haku naik hangin je..Baru aku paham kini bilamana pepatah mengatakan 'kaulah racun, kaulah penawar'.

3. Dapat rezeki dalam kerja. Alhamdulillah...sepanjang kahwin, aku 2 kali tukar kerja yang baik dan lebih baik. 3 bulan PJJ kemudian dapat bertukar ke HQ. Boleh duduk sekali. Kemudian tukar kerja..After Zahra lahir, dapat offer kerja yang lebih dekat dan lebih mudah dimana kami boleh car pool tiap-tiap hari. Bukankah itu rezeki namanya? Ya aku sangat bersyukur.

4. Dapat beli rumah. Kami baru je dapat kunci rumah. Sekarang tengah dalam mood excited nak renovate, nak decorate dan nak planting macam2. Kami tahu kos tinggi tapi kami suka berimaginasi sebab tu semua free. Imagine tak payah pakai duit kan..hehehe...

Kami tak selalu sependapat. Paling ketara dari segi warna. Tapi banyak waktunya idea kami sama. Kadang-kadang itu pun boleh buat modal gaduh sebab masing-masing kata idea masing-masing dah kena ciplak. Ada ketikanya bila aku fikir tentang sesuatu, dia pun menyuarakan benda yang sama. SubhanAllah...Besarnya kuasa Allah di situ.

Kami tak minta jadi terlalu kaya. Cukup sekadar menjadi insan yang boleh membahagiakan orang lain dan bahagia di dalam dunia dengan mereka-mereka yang tersayang. Moga boleh menjadi manusia yang sentiasa bersyukur, sentiasa mengingatiNYA..

So tengahari tu kami pegi lunch..kejap je pun sebab kerja kan..Makan pun kat sini-sini je...

Teriyaki salmon, shrimp basket, nasi + kari sotong..2 air apple celery...

Throwback...

Muka anak teruna...Debor...wakaka

Eh tapi sibuk plak tenung-tenung ai...tak malu...

Control ayu...Ai malu..

Selamat. bernikah..


2 + 1. Zahin dalam perut.

Zahin n ibu. Zahra dalam perut.

Muhammad Zahin Mirza 

Nur Zahra Marissa


K bai.










2 comments:

back to top