Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 54 || Melawat pasar pagi Kulim... ~ olahbersama® Blogger Widgets

December 23, 2013

Chapter 54 || Melawat pasar pagi Kulim...

| Posting by: jie || Photo by : Edy & Jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Last Week kami balik kampung kat Bukit Mertajam (BM). Jumaat malam bertolak. Sabtu attend kenduri kahwin member En. Edi dan reunion sekolah En. Edi di Pantai Merdeka. I will blog about it later.

Ahad pagi tu kami duaorang dating ke pasar. Aak-anak tido lagi jadi marilah kita berjalan-jalan. Duk BM tapi nak jalan-jalan ke pasar pagi kat Kulim nun. Tak la jauh sangat kalau naik keta..hahah

Tujuan utama nak pi beli telur ikan. En. Edi nak suh mak dia masak asam pedas. Aku tak pernah makan so follow je lah..Bukan tak pernah makan telur ikan tapi tak pernah masak asam pedas telur tu..

Dah dapat telur ikan kami jalan-jalan. Sambil-sambil snap apa yang kami jarang jumpa di pasar Batang Kali. Enjoys.

Mission accomplish. Ni la telur ikan yang dicari. Tempat lain susah nak dapat. 
Even pasar besar BM pun payah jumpa.


Nenas ni kecik ja...cuba compare dengan tangan comel ittew. Aku memang tak bleh tgk ja buah-buah gini. 
3 bji RM2. Murah kan? Sekian...

kalau malaih sangat nak kupas sendiri, beli yang dah siap pun boleh..Aku rajin, beli yang belum kupas. 
Balik rumah suh adik ipar kupas. Pandai ai...

Ikan pun juai. Aku tak tanya plak ikan apa..Amik gambar je lah..
Unik sebab jual dalam plastik Lai Chi Kang je..Eh

Kasi besar sikit gambar. Yang kiri tu kalau tak kenal keledek memang nak kena hantar sekolah tadika balik. Belah kanan tu kalau tak tau itulah kacang poi..tak taulah bahasa orang key ell apadia..Haha..

Kalau beli buat rebus je..pastu makan..kacang rebusss....
Aku tak beli..

Kedai ni banyak jual barang harian. Gunting ni sangat rare pada aku. Masa mula-mula tengok aku duk ingat nak guna buat siang ikan je..hahah...
Macam zaman mak mak dulu kala..


Ni pun comel. Agak-agak nak panggil anak suka berjalan rumah jiran boleh la guna ni je panggil dorang. Sebelah dia tu walkie talkie. Eh zaman aku kecik dulu susah nak jumpa benda-benda gini..
Tak beli, tengok je...

Nasi lomak RM 1 je..cuba bawak KL tengok jual harga nih...

Kueh bingka favourite aku..Aku paling suka bingka ubi kayu..yang kuning kat hujung pengepit tu.. 
4 seringgit. 

Nasi lemak dan pelbagai jenis lauk. Kami beli nasi lemak default je..RM1. Ada ikan masin sikit. Sedap.
Mee goreng pun beli. RM1 jugak..kakak yang jual pun  macam cantikk je...

Aku duk tengok orang membeli, ayam/ ikan sekeltul RM2. Pada aku harga sangat reasonable.

Ni pun favourite. Pulut panggang dan lepat labu. Beli jangan tak beli. Pulut panggang tu sedap. kelapa pun berlemak. Kalau kat sini, selalu dapat inti hampass.. Hampess tul..


Ni pun pulut gak. Macam ketupat. Tapi balut comel-comel dengan daun pisang dan grill (panggang). Macam pulut panggang jugak tapi kosong je..Kalau ko nak mencicah rendang boleh jugak beli dengan pakcik tu teruss...

Ni pun aku suka..Payah jugak pada aku nak cari tauhu lembut..bukan semua kedai jual. Yang besar tu ada 2 jenis. kiri dan kanan berbeza. Aku beli yang kanan sebab lebih lembut dan lebih suka. 80sen seketoi.
Yang kecik tu 50sen kot seketoi. dia bagitau tapi lupa nak amik port. 

Taraa..dah siap. Sebab menu ni siap lambat sangat..Orang dah nak habih makan baru nak terkedek-kedek hidang jadi tak laku. Laku kat aku sorang je. Hua hua hua...

Ni tauhu lembut tadi versi goreng ye puan tuan. Yang nampak sipi-sipi tu ikan pekasam. Tu lauk paling laku..

Ni MIl aku masak. Ai is tak khatam lagi menu ni. Asam pedas ikan campur telur ikan. Sebab MIL masak, confirm la sedap kan...Muehehehe...

Ada lagi lauk lain lunch tu..Ikan keli bakar cicah ayaq asam, ulam petai + jantung pisang..Huhu..
Balik kampung memang sodap mentekedarah.

Ok bai. 




0 comments:

Post a Comment

back to top