Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 226 || Korea : Day 9 - Busan || ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 14, 2016

Chapter 226 || Korea : Day 9 - Busan ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Harini kami ke Busan. Sebab lusanya akan balik dari Airport Busan. Dalam pukul 12 tengahari kami naik KTX dari Seoul ke Busan. Dalam 2.5 jam.

Teksi dari Guesthouse ke Seoul Station - 8,500 won.
Harga tiket (Seoul ---> Busan) -  59,800 won.

Tiket memang mahal sebab ni ketapi laju ye. Bukan ETS. So jaraknya memang jauh. Tapi tak rasa sangat. Sebab journey sangat smooth.


Sampai je terus amik teksi ke guest house. Then rehat sekejap. Mandi, solat lepastu keluar ke Haeundae beach.

Teksi dari Busan Station ke Guesthouse - 17,800 won.

Ni bukan Ipod Nano. Ni mini washing machine. Kami tak guna pun. 

Oh sebelum tu kami beli fishcake di sini. Again, aku nak highlight kat sini yang aku lucky sebab join dorang sebab Ipah tau apa yang boleh makan apa yang tak. Kira macam kita tanya student kat Korea la. Hahaha.. Dah kata Korea ni kampung dia kannn...  Kalau tanya ada cop Halal tak? Memang takde. Ko pepandai la baca ramuan dia semua. 


Bergambar dengan triplets. Ni kalau ko dia hard fan Korea reality show, ko kenal la dorang ni. aku tak kenal. Muahahaha...

Kat sini ada 2 tingkat. kat tingkat bawah boleh pilih dish dan ada tempat makan jugak.




Kat tingkat atas ada lagi tempat makan dan ada timing yang dia akan demo macammana buat fishcake tu.. Makan fishcake celup dalam sup tu memang sedap sangat !!! streetfood kat Seoul pun ada jual. 



Kami beli ni. Pilih-pilih dan ada juga jenis makan dengan sup ni. makan panas-panas sedap oooo.... Mostly sup sana ada seaweed. Sedap!






Jalan kaki lepak pantai.Tengok sunset sambil tengok sorang ni duk busking sorang-sorang. Bila nak amik gambar dia malu gila.

Lepas tu kami cari tempat makan pulak. Again kami follow Ipah yang lagi master.  Kami naik bas ke Cheongsapo.

On da way nak naik bas tu sempat lagi dorang layan eskrem ni. Aku malam-malam dan manis-manis gini kenot. Perut lapar dah nak dinner. 

Tambang bas - 1,010 won + 1,010 won (return)




This is what we have malam tu. First time untuk aku. Tapi since ini seafood, memang masuklah. Tambah pulak scallop ni fresh. Tak payah susah-susah resepi bagai. Campak-campak makan. Sedap!!!!!
Scallop ni sampai dalam pinggan besar tu. Lepas tu dia panaskan shell tu sekejap untuk tanggalkan scallop dari shell. Pastu masuk dalam aluminium foil tu. Dalam foil tu ada butter, mushroom, cili merah dan bawang. Itu saje. lepas tu panaskan foil atas api dah boleh makan. Makanla dengan nasi dan segala side dish kimchi tu. 

Aku boleh makan semua kecuali yang ni. Memang tak boleh masuk fear factor hahaha.. Ipah je yang makan. Kami 3 orang senyum je. Haha.. Actually banyak je jual kat tepi jalan. Tapi pada aku bau dia busuk so aku taknak makan. Pastu mintak mee jugak makan share ramai-ramai. Memang puas makan.

Dinner cost - 54,000 won.

Dah makan jalan-jalan dekat area situ. Amik gambar sket then balik ke Haundae.








Dah balik tu cari laundry pulak. sambil ke laundry sambil beli kueh ikan ni. Sedap makan panas-panas. Ada inti kacang merah, cheese dan 1 lagi tak ingat. Ko makan je kejenya kan.. Makan pastu semua sedap. Apa yang tak sedap taktaula. Harga tak ingat 2 atau 3k won. Aku amik cheese. Aritu aku nampak kat Jusco pun dah ada jual kueh ni. Tastewise tak tau. Yang kat Malaysia aku tak rasa lagi...


Balik terus ke guesthouse dan beradu..

Esok nak ke Gamcheon Cultural Village pulak. Stay tune!!

Bai.




Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top