Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 207 || Korea Getaway : Day 2 Part II - Suncheon Bay National Garden || ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 25, 2015

Chapter 207 || Korea Getaway : Day 2 Part II - Suncheon Bay National Garden ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Dari Suncheon Filming & Srama Set, kami zasss Suncheon Bay. Ramai orang hari ni. Weekend katakan.

Sedikit info:

Suncheon Bay National Garden terletak dalam kawasan Suncheon (South Jelloa Province, South Korea). Luas kawasan adalah 1.112 km² + 28 km² untuk Suncheon Bay. Ada 860,000 pokok dan 650,000 bunga musim luruh ditanam dalam kawasan ini.

Mula dibuka pada 2013 (baru lagi) dengan penganjuran Expo pada 20 April - 20 Oktober. Pengunjung pada sepanjang waktu tu dianggarkan 400 juta orang.
Source from HERE


Ni pun info yang aku google. Ikutkan kitorang nak pegi Suncheon Bay National Garden + Cyber Ecological Park. Tapi takde rezeki pulak, tak dapat ke ecological park tu. Ipah frust.Kami pun frust. T____T. 28 km² tuuu.. Kami cover aritu yang 1.112 km². Tu pun tak habis cover.



Kami ambil jalan menghala ke kanan tu. Trafik Ok. Yang menghala ke kiri memamng hazabedah punya jam. Selamat. Depan sikit masuk simpang kanan terus cari parking. 


Kereta sangat banyak. Packed. But Alhamdulillah manage to get a space. Tak la jauh sangat juga. Parking ni FREE.


Bangunan comel tu public toilet. Tak masuk la pulak kat dalam so tak tau bersih ke tak. Amik gambar sebab design je.

Harga tiket ke garden 4000 won. Kat sana kira macam 4 ringgit kita la... What??? 4 ringgit tapi luasnya macam info kat atas tu?? Well, kat Malaysia tak dapat la 4 ringgit tiketnya.


Tapi serious, kalau amik both package tu memang cramp kaki. sebab masya Allah luas sangat. Berjalan hokayyy...

Dalam Suncheon Bay Garden tu pun ada banyak section.
Ada Arborethum, Wetland Center, World Garden & Wetland zone. more info boleh klik SINI. Kalau korang ada niat nak pegi better terjah web ni dulu. Pastu senang la sikit pusing-pusing. Besarrr sangat hokayyy...

Tapi entry ni aku cerita pasal Arborethum & wetlenad Center Zone la dulu.. Kalau nak combine muntah plak tengok gambar banyak-banyak. Enjoyce... Jom tengok gambar...

On da way ke dalam. Tepi jalan je. Ni lampu kenderaan. Bila malam menyala la... Pada aku innovasi yang bagus.
Feeling-feeling kulit album. Album apa tak tau. 


Jalan masuk. Belum sampai entrance lagi. 

Haa... belakang tu entrance. 

Dah masuk. Kelihatan 4 orang pelancong bertudung berjalan-jalan dengan gembira. Seingat aku, takde pun pelancong lain yang bertudung. Kami je kot. 


Nampak rooftop bangunan depan tu? We are heading there. SKY GARDEN. Boleh lepak-lepak. Nampak tenang sket sebab kurang orang. Mungkin sebab leceh nak naik atas tu. 




Environmental friendly garden

Sampai dah. nampak tak laluan belakang tu? Berliku OK padahal naik atas sikit je pun. Sebab tu orang tak ramai. 



Ni outdoor aircond. Ni buat fencing sket untuk estetik. Dan kita still boleh berehat kat atas tu. Something good to share. 

Coffee shake yang dibeli masa nak masuk tadi. Masa tu baru keluar dari freezer keras. Ni panas sket dah cair boleh la sedut-sedut. Harga 2000 Won each. 

"Tolong amikkan gambar kitorang keluar dari semak ni". 
Boleh.. Haaa.. jalan je lah....

Nampak tak belakang tu ada bukit.. Haa.. lepas tu kami pegi panjat bukit tu pulak. 

Ni je lah makanan kami siang tu. Makanlah segala jajan, keropok, biskut. Sambil makan sambil selfie. 

Zita suruh candid. Ikut je lah. Kelihatan shawl si Ipah dari kejauhan. Bz amik video Ipah tu. 

Pose terakhir kat atas tu. Lama jugak kami lepak. Dalam setangah jam gitu.
tempat ni best kalau nak cari idea. Sebab tak ramai orang. 

Duk atas ni buat kerja pun best. Siap keje boleh balik. Wakakaka.. 
If only tempat ni dekat (in your dream....)


Dari atas bangunan nampak area sini. alau bawak anak-anak kena la pegi. Sebab kami semua single jadi tengok dari jauh je lah. banyak lagi misi. 


Belakang tu bangunan yang kami melepak tadi. Now heading ke bukit plak. 

Kita ke saneee.... Kata Ipah
Zita ketua selfie. Sebab kamera phone Zita paling flawless. Muahaha...
Nenot sibaju merah. Ahli jemaah yang paling muda. 

Antara flora yang sempat dicapture. 
Cantik-cantik semua. Geram iolls. 
Masa ni bateri DSLR dah habih. T___T
Jadi semua gambar flora diambil menggunakan HP Samsung S4 saje. 




Dah mula mendaki. Zita dah ke depan. Yang 2 orang belakang tu lambat sebab deme bergambar lebih dari orang lain. Wakaka.. 
Bukan aku cakap. Zita cakap. 


Tengok.. kami dah kat atas. Deme kat bawah lagi. 
marilah amik gambo dari jauh je.




Belum sampai puncak lagi. Ada dataran moh kita lepak dulu. 
Belakang ni ada Grassland Garden.

Dah nak sampai hujan pulak. Berteduh di gazebo sekejap. Ada ahjumma 2 orang duk bersembang sambil makan anggur.

Lepak kjap dalam 10 minit. Lepas hujan keluarlah pelangi ini. End to End lagi. Cantikkan???

Skycube tu kami tak dapat naik. Takde rezeki..

Korean Traditional Garden Mountaintop View

Dah sampai di puncak !!
Ni Woody Mountaintop View- a good place to get a panoramic
view of the garden.




Setiap gazebo ni atau Korean Traditional Garden ni ada 1 portable fire extinguisher. Tempat letak tu dah pudar warna dah.

Tapi... Lokasi alat ni tak berubah pun. Masih di lokasi & kedudukan yang sama. Sesuatu yang sangat bagus untuk aku share kat sini. 


Korean Traditional Garden

Korean Traditional Garden- Consisting of the Palace Garden, Noblemen’s Garden, and the Garden of Hope, the Korean Traditional Garden is the place to immerse yourself in the atmosphere of Korea’s old gardens.

Ni imej aku google. tak sangka plak sama. 


Ni kira half kami pusing. Jauh lagi perjalanan. Next entry lah pulak sambung. Jangan mareee...



ok bai.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top