Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 191 || Zahin & Kalam Jamaie ~ olahbersama® Blogger Widgets

August 26, 2015

Chapter 191 || Zahin & Kalam Jamaie

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku bukan pelajar aliran Bahasa Arab. Belajar Bahasa Arab masa sekolah agama je masa sekolah rendah.  So Bahasa Arab memang kelaut.

1 hari aku hantar Zahin. Lepas tu ustazah kelas dia bagitau Zahin terpilih untuk ambil bahagian Kalam Jamaie. Zahin tak berapa nak join tapi Ustazah duk pujuk suruh masuk jugak. Few days la jugak ustazah pujuk dia.

Ustazah Tanya ada tak Zahin bagitau kami. 
Pastu dengan muka tak bersalah aku Tanya ustazah.
“Kalam Jamaie tu apa Ustazah?”.
Huhu. Sian aku.
Rupa-rupanya Choral Speaking dalam bahasa Arab. 
Pastu terus sembang ngan Ustazah nak cover malu. Haha.

Peringkat Kawasan dan Daerah menang tanpa bertanding. So peringkat Daerah just jadi persembahan terakhir je lah. Masa tengok tu aku rasa macam “ memang takleh menang kalau macam ni”. 
Next weeknya akan bertanding peringkat Negeri di Bangi.

Masa ni di Bukit Beruntung. Dekat sikit.


Lepas perform.



Yeay ! menang ! Tanpa bertanding ! Haha.

So hari-hari berlatih kat sekolah. Sabtu pun berlatih. Ahad  pukul 6.30 pagi dah hantar Zahin naik bas nak ke Bangi. Sob-sob. Besar dah anak Ibu. 5 tahun dah pegi bertanding Bahasa Arab peringkat negeri. Aku masa 5 tahun main je kot. ABC pun tak tau. Yelah. 6 tahun baru gi kelas tadika.

Kitorang pegi sendiri. Gerak kemudian. Pukul 10.30 gitu sampai. Sempat la tengok daerah-daerah lain jugak. Kecut jugak aku tengok Daerah lain ni hebat-hebat. Senang cerita hebat sangat bila aku compare ngan life aku dulu. Haha.

Kawasan Hulu Selangor dapat giliran last sekali. No 16. Aritu berdoa moga-moa ada 3 team je jadi kalau kalah pun dapatlah no 3. Sekali 16 team kooo…

Tuan tanah bersama anak teruna. Bagi can la ...

Kumbang dari 5 orang tinggal 4 je atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 



Ustazah tu guru kelas Zahin. Before perform, ustazah ni ada sembang ngan aku pasal Zahin. Ada yang buat aku rasa bangga. Ada jugak yang buat aku sentap. Sentap sebab aku kurang beri perhatian pada pelajaran dia. Terima kasih Ustazah tolong ingatkan aku. 




Saja tunjuk gambar ni banyak-banyak. kalau dari gambar aku dapat rasakan bukan mudah nak handle dorang. Kesabaran kena tinggi. Tu sebab aku tak jadi cikgu. Eh !

Bila tiba giliran zahin & team, Serious.. Aku kagum. Kagum dengan anak sendiri mula-mula. Tapi sebenarnya kagum dengan tenaga pengajar dorang sebenarnya. For me, its not easy to teach and educate 5-6 years  old kids to do all that. Sebab memang totally berubah dari minggu sebelumnya.





Lepas performed, aku mintak nak bawa Zahin balik sebab nak pegi kenduri. Masa tu baru 11.45 pagi dan keputusan akan diumumkan lepas Zohor. Memang tak boleh la tunggu. Tambah plak mengenangkan keaktifan zahin. Memang tak la nak tinggalkan di situ. Penat ustazah nanti.

Keputusannya. Tak memang. Hanya dapat saguhati. Tapi semua ibu bapa yang tengok kata semua anak-anak ini dah menang di hati kami !! Yang penting pengalaman.
Untuk Zahin, pengalaman dia yang paling best adalah naik bas dengan kawan-kawan ke Bangi. Normal. Kids.

Pagi itu. On de wey ke Bangi. 

Bergambar di sekolah. 

We love u Zahin.


Ok bai. 
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top