Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 190 || LIFE UPDATE ~ olahbersama® Blogger Widgets

August 17, 2015

Chapter 190 || LIFE UPDATE

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Rarely checked my blog account lately.
Macam-macam dugaan & ujian.
Kawan-kawan, doakan aku. 
Doakan moga segalanya dipermudahkan.
Samada baik atau sebaliknya, aku mohon dipermudahkan.

Jangan Risau.
Bukan sebab sakt kronik ke apa ke. 
Ni dugaan penyakit hati je.

Banyak plan dalam kepala. 
Sampai tak tahu nak deliver mana satu dulu.
Confuse mana satu yang patut diberi priority.
Takpelah doakan segalanya baik-baik saja.

Syawal dah habis Tapi penghujung syawal paling banyak makan-makan.
Banyak juga yang aku attend. Banyak juga yang aku makan. :(
Pastu sekarang rasa baju ketat. Kah Kah. 
Disebabkan banyak dugaan, mood makan bertambah dan #larome [KLIK] pun tak sapu.
Bajet kebal sangat. 
Amik koo...Padan muka aku.

Sekarang cuba untuk amalkan pemakanan sihat.
Sebab tubuh badan ni amanah. Kena jaga sebaiknya.
Kalau nak kena apa-apa pun, sekurang-kurangnya aku dah cuba jaga.
Yang lain terserah pada Allah.

Oh semalam Zahin ada pertandingan Kalam Jamaie peringkat Negeri Selangor. 
5 tahun dah pandai cakap bahasa Arab. 
Aku sendiri 6 tahun baru pegi sekolah.
Bila tengok Zahin dah membesar, rasa sebak.
Mak Mak sangat. Nanti aku up entry tu dalam minggu ni jugak. Buat kenangan. 

1 gambar dulu. Full Entry nanti aku karang. 

Biarpun dapat saguhati, Zahin dah menang di hati aku.
'Bias' sangatt.
Bukan nak riak.
Tapi hakikatnya, kita ada banyak resources kalau nak dalami agama.
Juga ada banyak resources kalau nak jadi sebaliknya.
kat sinilah peranan kami sebagai ibu bapa.

Macammana nak titipkan istiqamah dalam mendidik.
Disamping mendidik diri sendiri.

Takmau bagi anak bz dengan dunia siber.
Tapi duk layan handphone depan anak-anak.
Aku la tu.

Tak bagi anak main game online.
Tapi mak duk main candy Crush.
Aku la tu.

Tak mau anak-anak terjerit-jerit.
Tapi mak kalau naik angin dah macam singa.
Aku la tu.

Astaghfirullah. 




Reactions:

1 comment:

  1. insaf ku baca konya ayat-ayat kat bawah tu...huhuhu
    tapi skg game candy crash tu mmg xlayan dah sbb nak muntah tgk...
    cuma kadang-kadang dok layan whatsapp time anak2 dok buat latihan tu yang anak2 pun pandai bg ayat setempek kn kat muka maknya...huhuhu...anak-anak yg bijakkan...huhuhu

    ReplyDelete

back to top