Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V November 2014 ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 17, 2014

4 Comments

Chapter 122 || Sambal Ekspress Super Sedap !!!

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,


Ok nak cerita pasal produk lagi. Ni produk makan plak. Yelah dah sapu L'arome maknanya boleh la makan macam-macam. Hahaha..

Aku jual pun main-main je mula-mula. Tapi eh banyak plak permintaan. So jual je lah. Sikit-sikit pun lama-lama jadi bukit.

Apekebenda ni yang ekspress ni? Well, produk ni produk biasa saja. Masak pun di rumah je. Masak dalam periuk je. Tapi dimasak dengan penuh kasih sayang. Cheewah..

Semalam baru je bawak ke seminar Estart di Casuarina Meru. Sold out. Tu pun tak abis promote sebab bawa sikit je. Mudah nak sold out sebab aku jual murah je. Bawah RM10 je tau. Cuma kalau nak dipos tu berat sikit la sebab sebotol pun dah 430g. 

sambal ekspress ni pendek kata boleh jadi pengganti cili kering kisar/ cili boh di rumah anda. Sebab sebelum dibotolkan, memang dah dimasak lama (lebih kurang 3 jam) so memang mudah la kalau nak masak benda lain lepas tu.

Berdasarkan pengalaman dan skill memasak aku, memang aku banyak buat sambal tumis je. Sambal ikan, udang, sotong, daging. semua.

Lepas tu ada member sekolah buat ikan bakar campur sambal ni. Sedap gila dia bagitau. Aku pun tak pernah buat. So trylah guna ikan pari. Siap lapik daun kunyit. Oh memang marvellous gila. Tak sangka mudah gila..

Ni aku tunjuk je lah gambar testimoni member member yang dah beli. So far memang yang kenal je lah beli dengan aku. Yang belum kenal takde lagi. tapi kita boleh pos ke semua tempat. Takde masalah. Dijamin sampai dalan keadaan baik.


1 botol . 430g. RM 6.50 SAHAJA. Tidak termasuk kos pos.
Kandungan : Cili kering. Bawang merah. Bawang putih. Gula. Garam. Asam.


TQ beli Pn. AY. 


TQ beli Pn. N.A.B. Mula-mula beli 4 botol. Lepas tu nak repeat 5 botol.  


TQ Pn. NN. Paling banyak beli. Beli lepastu sedekah kat pengasuh and family members. 
TQ juga Pn. ER. Pn Y.A.T.


TQ Cik AAM. TQ juga Pn HAS. Tak habislagi dah repeat order nak buat stok. 


Sapa nak order boleh PM iolls di 012.597.7398. Setakat ni yang dah order memang semua repeat order. Terima kasih. 

** Nama sengaja di shortform. U know who u are. TQ guys!!!

Ok bai. 



November 13, 2014

0 Comments

Chapter 121 || Resipi roti - basic dough.

| Posting by: jie || Photo by : Jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku memang guna basic dough. Lepas tu bentuk la ikut suka hati. Nak buat bulan bintang bagai, isi filling atau topping apa, ikut suka.

Bear in mind, ini resipi basic ya. Kalau uolls nak adun, perap dan bakar guna breadmaker better guna resipi provided for breadmaker. Takut tak jadi.

My experience, derhaka sangat untuk breadmaker ni payah. Aku dah beberapa kali dulu try n error derhaka..memang tak jadi. Mostly roti aku bantat dan padat, surface yang tak smooth, macam-macam lagi la..kalau nak bentukkan ikut suka, inilah resipi paling mudah sekali.

Haa...dah bagi resipi ni.. silalah buat sendiri.

Resipi. Basic dough.

500g tepung protein tinggi*
120g gula castor*
5g bread improver*
15g tepung susu*
7g garam*
1 biji telur
225g air sejuk/ kiub ais
11g yis
80g marjerin

Cara-cara (guna pengadun)
1. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam mesin pengadun dan adun kering.
2. Ketika putar, masukkan yis, telur, air. Teruskan mengadun.
3. Apabila sudah menjadi doh bulat, masukkan marjerin. Apabila doh sudah elastik dan tidak koyak ditarik, keluarkan. Bulatkan doh. Perap selama 2-3 jam dalam suhu bilik hingga kembang.
4. Kemudian tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin, seterusnya timbang mengikut besar dan berat yang dikehendaki.
5. Sedia untuk diadun untuk aneka jenis roti.

Cara-cara (guna tangan)
1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin dalam dalam bekas. Campur semua. Uli sikit. 
2. Apabila sudah menjadi doh bulat, masukkan marjerin. Uli lagi. 
3. Apabila doh sudah elastik dan tidak koyak ditarik, keluarkan. Bulatkan doh. Perap selama 2-3 jam dalam suhu bilik hingga kembang.
4. Kemudian tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin, seterusnya timbang mengikut besar dan berat yang dikehendaki.
5. Sedia untuk diadun untuk aneka jenis roti.

** Untuk dapatkan doh yang elastik, selepas diuli, cari plastik yang bersih dan masukkan doh dalam plastik. Picit-picit dan uli-uli doh dalam plastik lebih kurang 10 minit. Keluarkan dan uli lagi dalam bekas. sambung balik langkah 3.


Doh yang sama. Satu buat bun kosong. Satu isi sosej. 

Sandwich loaf guna pullman tin.

Cadang nak buat roti sarang lebah. Tapi karamel terhangus plak. 
Nak buat lagi gula perang dah habis. So makan kosong je la...Habiss jugak..
Roti cheese. Bulat-bulatkan, bila kembang sapu susu cair 
kat permukaan roti. Lepas tu sagat cheddar cheese dan 
tabur gula kastor. siap. 

Tips #1: Bahan doh ini boleh digunakan untuk membuat beraneka jenis roti dan pizza.

Tips #2: Kalau takde pengadun atau breadmaker dan teringin nak homemade bread, gunalah tangan. Aku mula mula buat guna tangan je uolls. Banyak kali. Menjadi jugak roti dan pizza.

Tips #3: Google dan carilah info banyak banyak pasal resipi dan tips meroti. Aku dan mak aku yang dah ada basic dough ni pun masih lagi beli buku dan refer youtube.

Tips #4: Kalau nak lagi efektif, pegilah join class buat roti. Aku pun pegi tau. Mak aku pun pegi class. So kalau nak ilmu, usaha. Try.

ok bai. 

November 12, 2014

0 Comments

Chapter 120 || Wordless Wednesday

| Posting by: jie || Photo by : Edy | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Kata wordless. So tepek gambar banyak banyak. Untuk kenangan. 

Bunga kat rumah mak iolls. Taken masa kenduri aqiqah Zahra. Masa dia 6 months young tak silap. Now dah 2 tahun 5 bulan. Gila peram. Nak upload sebab cantik.

Bunga. Pagi. Embun. Lebah. Cantik. Subhanallah



ok bai.





back to top