Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 109 || Cabaran 30 Hari - Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak @olahbersama ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 15, 2014

Chapter 109 || Cabaran 30 Hari - Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : Edy |

Bismillahirrahmanirrahim,

Kalau takde cabaran ni jangan harap la entri macam ni nak keluar. Aku rasa apa saja yang terjadi zaman kanak-kanak semua lucu. Untuk sesiapa saja. sebab kita tak payah fikirkan masalah hidup.

Tapi kali ni nak cerita tentang kenangan zaman tadika je. Kenangan lain nak simpan dalam hati dulu.

#1.

Lorong rumah aku tu ada 3 orang yang sebaya aku. 2 lelaki 1 pompuan..dan akulah pompuan melayu terakhir ittew. Si A, si B dan aku si M. B ada basikal. Basikal ada carrier. So kami bertiga akan bersama-sama pergi dan balik ke kelas tadika yang lokasinya di seberang padang bola. umah kitorang ni mengadap padang bola..Sebab basikal si B ada carrier dan 2 orang je boleh naik at 1 time, makanya A dan M ni hari-hari berebut-rebut nak tumpang. Selalunya A yang memang sebab dia laki..Huh...Tension makk...

M akan rasa bahagia bila A cuti or takmo gi sekolah..Haha..Masa tu takyah berebut naik basikal.


# 2

Satu hari di pagi hari, kami ke sekolah macam biasa. pagi tu dalam pukul 8 kot. Aku pun dah tak ingat waktu tadika pukul berapa. Sampai sekolah haritu kabus tebal.

Si A tetiba menangis. Sekuat-kuat hati. Eh apehal hang nih? Rupanya dia menangis sebab rumah dia hilang. Kabus tebal sangat, So dia tak nampak rumah dia...Muahahaha...


# 3

Satu hari jugak. Dekat simpang nak masuk rumah tu ada batu besar. Masa umur 6 tahun rasa batu tu besar la. Budak budak duk gossip kata itu batu nisan. Takuttnye..Siap buat gaya....

Pastu A dan B komplot nak kenakan aku. Pas habis kelas, depa 2 orang lari tinggalkan aku. Aku nangis. Sampai hati depa memperlakukan aku sebegitu rupa. 

Mau tak mau terpakse jalan kaki balik sorang. Tetiba mak lalu, so ai is happy balik jalan kaki dengan mak. Sampai tempat tu tunjuk batu tu kat mak. Mak gelak je kata tu bukan batu nisan. Bila aku cerita baik kat si A da B, depa kata memang dah tau cuma saja nak takutkan aku...

Begitulah hidup aku. sering dibuli... Well, kenangan itu indah sekali. 

Tapi B telahpun meninggalkan kami selama-lamanya pada 2003. Masa tu aku kat UTM. Bergegas balik tapi tak sempat tengok jenazah. Now tinggallah aku dan si A saja. A pun dah ada anak 2. sepasang macam aku. 

** Tak sangka dah 11 tahun arwah pergi. B, aku doakan moga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



Gigih aku edit gambo ni. Sebab frenship kami special. Walaupun depa lelaki, depa la kawan2 baik aku lepas family aku.. Mind the 2 models there.. hehe


Ok bai.







Reactions:

2 comments:

  1. insahkan cerita lama..terus terpahat dalam hati...moga roh sahabatmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia..
    dan pemergiannya menjadi satu peringatan buat kita yang masih hidup,
    panggilan ajal tidak mengira usia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tini. aku tau semua tu. Aku redha.

      Delete

back to top