Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 107 || Cabaran 30 Hari - Day 10 - Apa ada dalam handbag saya @olahbersama ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 10, 2014

Chapter 107 || Cabaran 30 Hari - Day 10 - Apa ada dalam handbag saya @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Wow..tak sangka ai berjaya ..dah 1/3. walaupun ada entri yang dikumpulkan. Muahahaha...

Ni soalan mudah.

1. Purse.
2. Handphone
3. Pen
4. Pampers anak.
5. Basic make-up.
6. power bank.

Aku taktau nak elaborate entry ni macammmana sebab aku bukan pengumpul handbag. Lagipun dah lama aku jadikan diaper bag anak aku as my handbag.

Sebab aku boring dan aku taknak korang pun boring, meh aku selit sikit apa yang aku suka masuk dalam perut aku..Arini kita rojak sekali. Aku nak bagi satu resipi. Aglio Olio Spagetti versi aku. Muahahaha.. Tekak family ZZ sedap. Tekak ko? Aku pun tak tau.

Aku suka makan menu ni. Dulu-dulu asik la beli kat pizza hut. Sebab taktau buat. Pastu lama-lama rasa nak blajar sendiri. Sebab nak taruk rencah banyak-banyak. Aku pun tak taulah website or blog mana yang aku dah belajar. Sebab menu ni dah lama dah aku duk buat.

En. Edi suka menu ni as breakfast. Curlass ko pagi-pagi  dah melantak spagetti. Jom aku tunjuk macammana aku buat.

Bahan-bahan (ikut gambar ya sayang-sayang sekalian)

- Bawang putih didadu kecik-kecik2. Kalau malas chop dengan kejam / gunakan food processor. Goreng. kena jaga api sebab bawang putih cepat masak dan mudah hangus. Kalau hangus tak sedap.

- Spagetti. Aku suka guna angel hair sebab nampak halus sket. Kalau spagetti dia jadi gemok. Rebus. Dah masak (al dente), angkat. Toskan dalam air sejuk. lepas tu gaulkan dengan minyak zaitun. Barulah shining spagetti dan tak melekat.

- Brokoli. Rebus dan toskan. Toskan dalam air sejuk.

- Sorry yang ni tak sempat nak amik satu satu. dah lebur dalam kuali baru sempat amik gambar. Bawang besar didadu, cili kering dipotong serong (potong ikut suka), cendawan shitake, dan seafood kesukaan. Macam ni aku letak sotong dan sosej. Biasa resipi ni orang letak udang tapi nak letak ayam pun boleh.

Panaskan olive oil. Masukkan  bawang, cili kering. 
masukkan cendawan shitake.
Masukkan seafood dan serbuk lada hitam.

Masukkan spagetti. Gaul bagi mesra.
Masukkan garam dan perasa. Pak Aji aku tak letak.

Last baru masukkan brokoli dan bawang putih goreng. Gaul seminit je dan siapp...

Senang kan?? Sebab family aku suka aku dah malas nak improvise resipi ni. Dah ok di tekak weolls...
Ni aku goreng pagi-pagi sebab En. Edi nak bawak gi opis ada 'portluck'. 

Close up sikit.

Lepas ni uolls pun boleh feeling western makan spagetti pagi-pagi. FYI, En. Edi pun jarang makan spagetti sebelum ni. Tapi sekarang dah pandai berkat ajaran iolls. Haha...

Meh nak bagi tips sket.

1. Lepas angkat spagetti panas-panas jangan biar macam tu je. Nanti dia melekat. Tak cantik. Rendamkan dalam air sejuk. Tos lepas tu lumur dengan olive oil.

2. Kalau guna sotong, rebus asing dulu. So tak la keluar banyak air masa tumis nanti. Kalau udang, ayam / sosej/ balls takpe.

3. Bawang goreng tu penyedap rasa. Nak letak masa dah angkat pun boleh. Lagi rangup dan sedap.

4. Cendawan shitake tu beli yang kering punya. So amibil sikit dan rendam air panas bila nak masak. nak lagi cepat cari je yang dah siap-siap hiris. Tak payah potong bagai. Kat giant/ tesco cari je kat tempat herbs,

5. Sayur pun letak je apa-apa. tapi kalau ko tambah sawi mungki dah tak jadi oglio olio. Dia akan jadi ala-ala Spagetti Singapore plak. Hahah..Boleh guna brokoli, bunga kobis, carrot. But moi all time favourite haruslah brokoli.

6. Portion agak sendiri. kalau nak pedas lebihkan cili kering & lada hitam. Atau taburkan cili flakes masa nak makan tu. Macam En Edi suka makan dengan sos. Ai is don't like. 

tu je. ok bai. 





Reactions:

14 comments:

  1. heee...sama lah...dalam beg Nad pun mesti ada pampers anak juga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu ber'anak' memang semua macam tu rasanya Nad.. :)

      Delete
  2. Eh! Senangnya recipe tu. Nak cuba jugaklah nanti :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je Zayani.. Tak rugi cuba.. :)

      Delete
  3. wahh bestnya mar..tq dapat resepi baru hari ni..hiihih..nnti leh try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tini, ko cepat-cepat jugak upload resipi baru..nak try juga...

      Delete
  4. Me too... heheheh sedapnya makanan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi eyja. Tq singgah. Try la buat sendiri nanti...

      Delete
  5. pergh.. terliur lagi dkt makanan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan Ty, terliur je tak guna... Try...Muahaha

      Delete
  6. Replies
    1. Tq aimi. Balik rumah boleh cuba sendiri...

      Delete
  7. dah pilih awak u liebster award . bleh cek di link http://isolabellaz.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html . tahniah :)

    ReplyDelete

back to top