Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 105 || Cabaran 30 Hari - Day 8 - Summary topik day 4-8 @olahbersama ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 08, 2014

Chapter 105 || Cabaran 30 Hari - Day 8 - Summary topik day 4-8 @olahbersama

| Posting by: jie || Video by : AKIM |

Bismillahirrahmanirrahim,

Tak agak-agak kan. Malas plak nak buat semua tu setiap entry. Sebab lambat macam mak nenek dah haku nie.

ok.

Day 4 - Buku Kegemaran Saya

Aku dah jarang baca buku sekarang ni. Haha. Dulu masa kat U suka baca novel Sidney Sheldon. paling aku suka 'tell me your dreams'. Sebab dia ada split personality. Macammana pesakit tu tak tau dia ada split personality. sampai masuk court. Dan di court jugaklah dorang hilangkan the other personality. Menarik.

Pastu suka baca buku motivasi dari Andrew Matthew. Best gila. Senang paham. Senang praktis.

Sekarang masih lagi membaca. Tapi payah beno nak khatam. Huhu


Day 5 - 3 perkara yang ingin dikatakan kepada bekas kekasih.
1. Apa khabar?
2. Keje mana?
3. Nak beli L'arome? Puiiii..hahaha (tak kelakar)


Day 6 - Apa yang anda makan hari ini.

Pagi ni nak makan mee goreng tapi tak sempat sebab meeting pukul 9.

Lepas meeting ada refreshment. Mkan mee bakso. bakso n kuah sedap tapi mee rasa kapur. nak mintak bakso lagi tapi malu..Hua hua...

nak makan nasi takde mood. Jalan-jalan cafe beli pedal ayam seketul, hati ayam seketul. Pastu 2 cucur udang. Tu je buat masa ni.

Malam ni ada pasar malam kat Antara Gapi. Nak beli kebab sedap gilerlah.


Day 7 - Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda.

Penting sebab itu tuntutan ISLAM.

Penting untuk buktikan aku anak yang berguna pada mak. Sebab arwah ayah dah meninggal masa aku 8 tahun.

Penting untuk aku dapatkan kerja dengan gaji yang berpatutan dengan kelulusan aku. Pengalaman juga penting tapi ilmu comes first.

Penting untuk aku lahirkan anak-anak yang bijak. Ada teori kata, jangan cari isteri lawa semata-mata tapi carilah yang genius sebab gen genius anak akan turun dari mak. Hah kau.

Penting untuk aku jadi contoh kepada anak-anak aku. Dunia sekarang di hujung jari. So pendidikan yang aku dah dapat tu memang perlu untuk aku berdepan dengan mereka yang semakin bijak.

Penting supaya aku dapat mengawal emosi dan nafsu dalam apa jua keadaan. Muahaha...


Day 8 - 5 lagu cinta kegemaran anda.

Payah sket nak jawab. Aku jawab lagu yang aku suka je la...Sometimes tak layan pun lirik sebab aku pentingkan melodi lebih dari lirik.tapi kalau lirik tak boleh blah tu, x koser mak.
1. Akim & the gang - Mewangi
2. Siti Nurhaliza - Wanita
3. Ezzat - Sungai Lui
4. A song for mama. tak ingat sapa nyanyi. Boys to men kot.
5. Muse - Unintended

Hah ..settle jugak akhirnya.

Nah aku bagi hadiah lagu ni. Err untuk aku dengar sebenarnya. Ye inilah lagu yang paling aku suka sekarang.

video

ok bai.









Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top