Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 52 || Makan makan review ~ olahbersama® Blogger Widgets

December 04, 2013

Chapter 52 || Makan makan review

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Nak buat riview sikit pasal tempat makan. Campur-campur je..Sebab selalu tak ambil gambar restoran.. Ambil gambar makanan je..Sapa nak terjah aku bagi link saje.

1. Easy Cafe, Tanjung Malim.
Dah selalu makan sini. Few menu dah try. Tapi sebelum ni tak berapa nak mental sangat nak ambik gambar bagai..Secara general, food dia memang menepati citarasa tekak aku dan En. Edi. Portion pun terbaik. Confirm kenyang. Kami paling suka Laksa Penang. Kat Tanjung Malim ni ada Easy Cafe, e-place dan Hitz Cafe yang mana depa in semua sama owner.

Boleh tengok FB page Easy Cafe kat SINI.

3 layer coffee. 

Almond Latte Coffee. Aku peminat coffee tapi takmau nampak bersalah sangat amik almond. 
Milkbooster jugak tu..

Laksa Penang. Terbaikkk..Portion memang banyak.

SeaFood Meehoon Tomyam. Sedap jugak..

Mee


2. The Steakhouse, Putra Height

Baru pergi sekali. Aku tau pasal Mr Food ni dari blogger famous kak Di. Bila terjah, memang tak salah lah pilihan dia.. Aku order lamb pun sebab kak Di kata sedap. wakaka...

Ikutkan kedai ni jauh dari rumah aku. Tapi haritu lepas balik dari KLIA aku terus ajak En. Edi terjah. Kalau saja-saja memang tak la...Bila dah makan, now terasa bengang jugak sebab kenapa la Mr Food ni jauh sangat. Kalau dekat sebulan sekali dah confirm repeat nih...

Untuk tak membuang masa, aku call siap-siap. Sampai je tak sampai 5 minit depa dah serve. Oihh time ni terasa best sangat..wakaka..Tips ni pun aku amik dari blog Kak Di. Thanks akak. Membantu sangat!!!

Selain ala carte, depa pun jual raw meat. Means lepas ko makan dan rasa nak masak sendiri kat rumah bolehla beli lagi. Dah siap marinate pun ada. Masa aku makan tu ada je customer datang just untuk  beli marinated meat nih..Kalau korang nak tengok details kedai ni tengok Blog Kak Di k. 

The LambLoin. 5 bintang aku bagi!! Lembut, tak liat and yet tepi2 tu crunchy lagi..
Oh sendiri terliur plak..Yang ni RM40. 

Kepada peminat lamb, memang kena cuba nih..

Sirloin steak. Ok jugak. RM 35 kot. 

Fish & Chips. Fish dia aku tak berapa favor. Harga tak ingat. 

Total burst adalah RM100 + drinks. Sekali sekala oklah. Selalu tak dapek. 


Address Mr Food
Mr Food (Butcher & Grill)
No. 8, Jalan Putra Mahkota 7/6A,‎
Pusat Bandar Putra Point
47650 Subang Jaya
Selangor.
TEL.: 03-5192 2344  
GPS Info (lat,lon) = 2.995105°N,101.573904°E


3. Pizza Hut

Pizza in a box. Nama dia Big Box. 
Portion dia untuk aku 1 family agak banyak jugak la...Buat dinner dengan breakfast lagi.
Oh it comes with soup of the day. Harga RM 39.90 exclude tax.

Boleh order online atau survey untuk delivery kat 
http://phdelivery.com.my/


4. Homemade


Beli sayur ni kat Cameron sebab unik. Tak tau nak masak apa. Malam tu lapar masak maggi tomyam campak je sayur ni. Bila upload FB ada member bgtau ni sayur kimchan. Sedap pada aku. 





Esoknya buat goreng tepung plak. Beli sepeket so macam tak cukup. Mak pak ZZ semua makan. Menyesal beli sepeket. Huhuhuh


Ni untuk zahra. Pasta goreng. Tumis bawang merah, putih..Masukkan carrot, ayam, mushroom, susu segar. Bila pekat masukkan pasta. Siap. 


Beli strawberry, oren, kiwi. Konon nak buat pavlova. Ilmu tak abih khatam buat pavlova tapi tak menjadi. Tensi ai. Last2 amik buah buat smoothie. 

Strawberry + kiwi frozenkan. Bila keras masuk dalam blender, campur yogurt + madu. Blend dan minum. Strawberry dan kiwi dah frozen so tak payah masuk kiub ais.
Kalau tak frozen dan terus blend + ais, jadilah lassi. 


Budak demok minum smoothie. Nampak kamera terus buat duckface. 

Ok bai. 


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top