Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 34 || Raya 2013 ~ olahbersama® Blogger Widgets

August 16, 2013

Chapter 34 || Raya 2013

| Posting by: jie || Photo by : Edi |


Bismillahirrahmanirrahim,

Entri panjang..Aku malas nak buat part I and II bagai so kita masukkan semua sekali...

How's your raya? Aku rasa semua orang suka raya..Sebab cuti..boleh makan best2 tak kira dirumah sendiri ataupun saudara mara..Budak-budak plak boleh collect duit raya..

Kami punya plan nak balik Sungai Siput after 12 malam Selasa. Kira esoknya hari Rabu..Sahur atas jalan la kononnya..Nak elak jam..Wah sangat bagus perancangannya. Tapi perlaksanaannya?? Aku tertido la plak..Pukul 3 pagi En. Edi yang kejut aku..siap-siap, mandi , terus gerak dalam 4.30 pagi. Dah siap semua, baru angkat Zahin & Zahra. Pastu boleh plak dua-dua ni bangun...haiii...

Pi beli burger KFC di Tanjung Malim, sahur dalam kereta and zass to Sungai Siput. Alhamdulillah, jalan kurang sesak dan kami sampai dalam 8.00++ am gitu..

Pukul 11 gerak ke Ipoh untuk shopping tudung and barang2 utk juadah esok. Sekali bila tengok kat Mydin Jelapang..Ya ampun..ramainyaaa orang. Terus cancel somemore 2 panglima panglimi tu pun dah mula menjerit-jerit sebab mengantuk..

Balik singgah TF beli kat situ je..Aku duk dalam kete sebab anak-anak tido. Memang ngantuk habis depa ni sampaikan mak aku dah balik membeli pun depa masih tido..Kalau waktu biasa, bila kete benti, off aircond ja mesti terjaga..

Tema kami tahun ni kaler kelabu..Last minit tukar..but ok la..Ramai plak aku tengok yang pilih kaler ni tahun ni..Enjoys da pics...Maapla kalau banyak sangat gambar..Tapi ai suka nak share..Maka maapkanlah ai ye..

Inilah saja family kecik aku...Arwah ayah dah meninggal masa aku 8 tahun..sob sob..
From left - mak aku, En. Edi, Zahra yang tersepit, yours truly, Joi adik aku, Intan adik aku, Zahin yang happy, Yana kakak aku..


Posing tempat lain plak...


dan lagi....


Budak-budak beraya..Zahin tu jadi tukang pantau kueh raya merangkap tukang layan tetamu budak-budak..hahaha


Tahun lepas lagi lawak. Dia boleh duduk sekali dengan budak-budak beraya..mak aku dah siap kira 8 orang. Amik duit raya, mak aku bagi tetiba duit tak cukup..bila tengok muka, lahhh..rupanya dia elok je landing skali di tengah-tengah tu...sebab dia diam je mak aku tak sedar rupanya cucu sendiri..patut lah duit tak cukup..







Anak ayah..

Zahin pakai selipar pinjam..sedap sangat makan kerepek sampai tipuware pun takmo lepas..

Yang ni sebok nak naik kete..tak sabo..

 Esok sambung raya di Perlis..dapat la 3 rumah then ke Pendang plak..pastu ke Guar Perahu dan pukul 12 mlm jugak teman sampe rumah di maktab bainun. Sian tok kat Perlis kami tak spent masa sangat dengan dia..sob.sob...takpa tok..nnti kami mai lagi noo...


Boring tunggu mak pak bersiap...main batu bata dulu...
Panggil geng plak..
Ipar aku..Well, En. Edi anak sulung dari 5 beradik...

Jarang jumpa tiang..so jakun..ni versi anak-anak aku..

Ni versi sepupu ZZ..Anak adik ipar aku...

Dalam kete...nak pi raya lagi....


Alamak..kantoi Qisya dan pacifiernya...siap berebut dengan Zahra lagi..

Gaya Mutu Keunggulan. Mainan pun takpe janji gaya ada...





Menggedik kat rumah orang...Depa duk bersembang the other side, kami duk berposing...


Ni pun rumah orang...Zahra and Qisya pakai baju sponsored by Mak Nek.

Ahad, duk melepak2 di rumah..Lepas asar baru gerak ke rumah makcik aku di Kulim....Plan asal nak ke Balik Pulau pagi tu tapi rumah yang nak dikunjungi tu nak ke KL la plak..Ok takde masalah...Kita jumpa lain kali..FYI, aku pun lahir kat rumah Kulim ni..So agak derhaka jika tak melawat tempat kelahiran aku setiap kali hari raya..hehe

Plan asal nak pegi sekeluarga and MIL. Tapi bila petang MIL aku dah tak larat sebab memasak and melayan tetamu yang berkunjung so dia nak rehat. Zahin pun tinggal sebab mentido setelah amukan yang berpanjangan. 3 beranak je la beraya kekdahnya. Sebab aku ada sepasang je baju raya baru so marilah kita kita Qada' kan baju raya hari pertama..hua hua hua..

Isnin dah siap2 nak balik..Sebelum balik singgah juga rumah makcik di BM merangkap rumah arwah tok nenek. makcik aku ni tinggal sorang sebab dia takde anak..lepas ziarah balik rumah dan bersiap2 ..Pukul 3 petang kami gerak balik..

Haa..disinilah bermula hazabedahnya. check Twitter..katanya dalam terowong menora ada lori rosak jadi sequence dia Juru- Kamunting, Changkat Jering- Menora, Kuala-Ipoh..ipoh-Tapah, Sungkai-Slim River..ciss...Cerita sebenarnya dari Penang ke Slim River la jam jam jam...So kami ikut jalan lama..Sama jugak..pffffttttttt.....Cuma yang bagusnya  bila lalu jalan lama kita boleh sukahati nak benti mana-mana..Nak terkucil ke..Nak makan ke..Sukati..

Kami maghrib di pekan Salak, Kuala Kangsar...Yee..Maghrib masih di Kuala Kangsar..Jamak siap-siap and dinner di KFC Tasek, Ipoh. Pastu shoot jalan lama juga sampai Slim River. Masuk hiway dan keluar kat Tg. Malim..Cam main-main je kan masuk Hiway...Aku dah ngantuk tapi risau kat driver jugak takut dia pun ngantuk...So bulatkan mata sambil tengok driver jugak..

Alhamdulillah pukul 2.00 pagi sampai rumah...Penat toksah cakap la...Nilah namanya raya atas jalan. Aku sampai EL esoknya sebab kepala dah berong. .

Minggu ni marilah kita bersama-sama menyambung ziarah menziarah...Akhir kata terimalah gambar gedik family kami..muehehehe...


Gambaq full family belah En Edi takdan nak amik, InsyAllah nak balik bulan 9 ni dan lagi... hehe
ok bai.




Reactions:

2 comments:

  1. Zahin macam mandur la kat pic 4..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa....kalau tengok lagi lawak...takleh ingat!!!

      Delete

back to top