Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 210 || Korea Getaway Autumn: Day 3 Part I - Muan Beach Hotel & Mokpo || ~ olahbersama® Blogger Widgets

December 02, 2015

Chapter 210 || Korea Getaway Autumn: Day 3 Part I - Muan Beach Hotel & Mokpo ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Korea: Day 1 Part I
Korea: Day 1 Part II
Korea: Day 2 Part I
Korea: Day 2 Part II

Dari Suncheon, kami ke Muan. Malam tu stay di Muan Beach Hotel. Sampai hotel pun dah pukul 10 malam. 

Malam kami sampai tu, mandi-mandi dan makanlah maggi + instant porridge. Sedap dan kenyang. Alhamdulillah. Anggap je tengah makan KFC.

Sebab penat, lepas mandi rileks-rileks dan tido je. 
Gambar dalam bilik pun tak sempat ambil rasanya. Penat. kami stay di sini 2 malam..Jom tengok gambar hotel ni.. Dari luar aku ada ada amik tapi dari dalam memang tak rasanya. 

Kalau nak search pasal hotel ni boleh klik SINI. Ni pun thru Agoda. Kami ambil Superior Room. Ada 2 single bed + 1 double bed. Cukup untuk 4 orang. 

Pagi-pagi tu bangun buka tingkap mau tengok luar. Yelah sampai pun malam mana nak nampak apa-apa. 

Pandangan dari tingkat 3. Nak buka tingkap tapi sejuk sangat masa ni. Ambil jelah dari cermin tingkap. 

Close Up sket

Ni aku ambil dari luar hotel. Dah turun. 

The other side. 




This is Muan Beach Hotel. Bilik kami di tingkat atas sekali dan paling kanan. 


Lepak kejap ambil gambar. 

Pandangan sebelah kiri dari depan hotel




Kami parking di bahagian belakang. Dah get ready nak pulangkan kereta.


Kos?? 
Malam tu kos tol + few times terlepas jalan - 11,200 won. Sorang bayar 2800 Won.

Hotel - Sebab dah charge kredit card- total 2 malam adalah RM489. Sorang bayar RM 122.25.

Lepas tu kami ke Mokpo. Pulangkan kereta di Mokpo Station.  Sebelum pulangkan, isi minyak dulu. Masa kami ambil kereta minyak dorang dah isi full tank jadi bila pulangkan balik pun kena full tank.

Kami isi 34,000 Won. So sorang bayar 8,500 won.

10.30 pagi sampai Mokpo Station. Tak jauh sangat pun.

This is Mokpo Station. Kelihatan pelancong sedang cuba memakai sweater di situ. Sejukkk..



Kat tepi station tu banyak jual buah tin/ fig. Masa tu tak terasa nak beli pun. Balik ni dah menyesal. Huhu. Kat sana banyak pokok ni. Tanam tepi rumah je. 


Sebab belum breakfast, lepak kejap kat coffee house ni. Kat korea memang banyakk sangat coffee house. 

Kitorang lepak sini kejap sementara Zita & Ipah uruskan pemulangan kereta. 

Breakfast - 10,100 Won untuk 4 orang.


Tak lupa juga banana uyu/ susu pisang. Beli kat 7E. 1,300 won setiap satu. Oh ada beli jugak onigiri.. 800-900 won satu ikut flavour. Time pilih tu kena baca sikit la. Kami hanya ambil tuna, salmon atau udang je. Yang lain tak jamin. 

Kos sewa kereta. 9 - 11 Oktober 2015. Caj sewa RM 986.86. Tapiiii... kami kena extra caj RM575.43 sebab kami ambil di Busan & pulangkan di tempat lain a.k.a Mokpo. So total yang kami bayar RM1,562.29. Sorang bayar RM 390.57. Semua ni charge to credit card. 

Sedih pun tak guna. Jalan terus je. Sambil minum sambil fikir nak pegi mana. Sebab kalau ikut plan Ipah hari ni free & easy. Last-last kami ikut je Ipah. 

Lepas tu plan asal nak ke tempat lain tapi end up pegi tempat lain. Kata free and easy. Memang redahlah. Tapi taklah easy mana journey lepas tu.

Nanti sambung plak. 

ok bai. 











Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top