Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 201 || Korea Getaway Day 1- Part I || ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 05, 2015

Chapter 201 || Korea Getaway Day 1- Part I ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

9 Oktober 2015 - Jumaat

Kami sampai di Busan (Gimpo International Airport) dalam pukul 8.00 pagi waktu Korea. Untuk info, waktu Korea adalah sejam kehadapan dari Malaysia. Maknanya waktu ni Malaysia dalam pukul 7.00 pagi lah.


Lepas settle imigresen semua rest sekejap. Basuh muka, gosok gigi semua. Pastu layan susu pisang. Dah semua kata sedap harusslah dicuba. Ternyata sedap. Kalau banana smoothie pun aku suka apatah lagilah yang ni. Harga susu 1300W setiap satu.

Kemudian settlekan untuk sewa WIFI. Kami ambil portable WIFI. Sharelah 4 orang. 1 hari caj 8,000 W. So untuk 10 hari kena dalam 80,000 W. Caj ke kad kredit. Kalau convert dalam RM setelah dicampur tax kena caj RM 372.84 untuk 10 hari. Maknanya sehari dalam RM 37.30. Kalau guna beramai-ramai lagi jimat lah. Rombongan Cik Ipah ada 4 orang.

* kos WIFI 10 hari - RM 93.20.

Lepas tu settlekan kereta sewa. Terus ambil di Airport. Settle & GO !!




Inilah kereta kami. Kia K5.  Zita yang drive. Dia pun dah jatuh cinta dengan ini kereta. Katanya sangat stabil. Kami ambil kereta di Busan dan pulangkan kereta di Mokpo. Caj pun terus ke kad kredit. Nanti hari pulangkan kereta aku cerita pasal kos sewa kereta ni. Baru boleh nampak worth atau tak. Untuk reference sendiri atau orang lain dimasa akan datang.

Dapat je kereta terus drive ke Suncheon. Kalau tengok map dia just tunjuk perjalanan by train. Dalam 3jam ++. Nak jadi rezeki kami, Jumaat tu public holiday la pulak kat Korea. Jadinya bersusun-susunlah kereta di atas highway. JEM GILA ! Takpe. Sambil jem sambil menikmati keindahan awan dan langit yang biru. Lama kan tak nampak awan sebab Malaysia asik jerebu.



Sepanjang Highway ni banyak kali jugak lalu terowong. ...Ada 1 terowong tu panjang 2.5 km. ZZ kalau kat Malaysia memang suka sangat kalau lalu terowong. Kalau dorang ada ni rasanya mesti sampai jemu kot. Kejap-kejap terowong. kejap-kejap terowong. Ha gittew.



Kami singgah kat 1 RnR ni. . Kat Korea ni paip air memang takde dalam cubicle toilet. Jadi standby lah siap-siap botol mineral nak membasuh apa yang patut. Cumanya kalau nak membuang lebih, masak lah sikit. Aku memang berdoa supaya membuang yang besar-besar ni di Guesthouse saja. Hahaha..



Singgah membuang apa yang patut, basuh muka. Touch up sket, beli rotiboy dan zasss terus ke destinasi.


Masa jam tu tetiba ada pulak jet duk terbang-terbang di angkasa raya. Taktau lah duk buat pertunjukan atau sedang rehearsal atau apa. Tapi macam-macam lah yang kami nampak. Kira pertunjukan jet berirama gittew. Menarik sebab asap jet pun ade kaler. Kejap merah kejap biru. Adala hikmah jugak stuck dalam jam di hari Jumaat yang penuh barokah ittew.

kalau ikut itinery awal kami akan ke Suncheon filming Set & Suncheon Ecological Park then baru ke Guesthouse. Tapi disebabkan jam teruk petang baru sampai Suncheon. Jadi kami decide terus ke Guesthouse.

Kos tol : 8700 Won. 

Lagi satu, mostly kenderaan di Korea mostly ada siap GPS. Ini berdasarkan pemerhatian aku sepanjang highway yang jam itu. Kami guna 2 GPS. Satu phone dan satu GPS kereta.


Berpusing-pusing jugaklah mencari Guesthouse. Maklumlah first time datang. Jumpa juga. Kalau ikutkan bilik yang kami dapat tu untuk 3 orang. sorang tido lah atas lantai berlapikkan comforter 2 lapis malam tu.

Next entry aku tunjuk bilik dalam guesthouse ni. Dan of course akan share harga sekali.

ok bai.
Reactions:

2 comments:

  1. Hai. 1st time aida terjah sini dari fb GMBM :-)
    Memang suka bab travel ni.
    Just lom ada rezeki ke korea hu hu...
    Best nyer nampak gambo uolls dlm tu.
    Seronok masing2.

    ReplyDelete
  2. Assalam..sy sarah...salam perk3nalan...bestnya...teringin gak nak g korea 1 hari nanti 😊

    ReplyDelete

back to top