Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 193 || Sedekah ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 04, 2015

Chapter 193 || Sedekah

| Posting by: jie || Photo by :- |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ni cerita last week. Haha.. Lambat gila nak publish. Belasah la labu. Ni week last di UPSI sebelum bertukar ke HQ di Taman Melawati.

Pagi Isnin  try minum kopi Hi-O. Nak try test tengok. Sampai office bedal plak #Redslim. 
Lepas tu tak berapa lapar. Makan lepat labu je sebungkus. Mula-mula tension jugak sebab aku nak makan. Memang bernafsu nak makan tapi tak berapa lapar. Acaner tu?

Tapi taktaulah sebab Hi-O ke #redslim ke. Makan tengahari pun lambat. Dalam 2 lebih baru keluar pegi kafe. Makan dengan tokey kedai. Dapatlah makan free. Siap tambah sayur & sambal belacan. Oh air pun upgrade dari air mineral ke limau ais. Tak tahan godaan tengok dia minum teh O limau panas. Tapi dah makan nasi rasa nak makan lagi plak. Jeling-jeling minimart.
Nampak kerepek bawang, keropok ikan. Oh my.. Rasa nak beli. Tapi kutahan jebattt…
Malu le iolls dengan orang yang belanja tadi. Kang dia kata aku bela hantu raya plak.

Balik opis bancuh MILO. Cicah biskut Hup Seng 3 keping.
So malam jadi kenyang. Sebab makan overdose. Ratah sup daging je. Tu pun sebab kalah dengan nafsu. Padahal tak lapar pun.

Semalam.
Pagi minum lagi kopi Hi-O.
En. Edi tapaukan  nasi goreng. Dia masak. Haha.
Sampai opis nak bancuh air panas. Tapi tak rasa nak minum air manis plak. So amik air panas kosong.
Buka nasi goreng. Makan separuh dengan keadaan separuh hati
Lagi separuh takde hati nak makan.
Tension lalu whatsapp tukang jual kopi a.k.a kakak sendiri.
Meluahkan rasa hati. Tension sebab tak selera. Kah Kah kah.
Lalu adik beradik lain syak aku sedang berdiet. Siap bagitau mak lagi.
So kesimpulannya nasi goreng secoet tu aku paksa diri habiskan jugak sejam berikutnya.

Pukul 4 baru turun kafe cari makan.
Nak order. Nampak NASI GORENG SARDIN. Eh tak pernah try.
So order. Siap cakap nak pedas gila!
Mati lah kalau suapan pertama dah berlinangan air mata.

Tapau je. Bungkus nak makan kat office.
Sampai office ada pulak technician bawak cempedak goreng.
Bedal  4 ketul sambil makan nasi goreng. 30% je luak nasinya.
Oh masa nak bayar tu, pekerja tu kata “arini saya belanja. Jumpa lagi lain kali. Moga murah rezeki”.

Sebenarnya aku pun tak tahu apa tujuan aku cerita semua ni. Tapi bukan nak bagitau aku ni bagus sangat atau hebat sangat sampai pegi mana-manapun orang nak belanja. Cuma aku nak ringkaskan cerita bagi 2 orang yang belanja aku ni. 

Isnin – Kakak ni tokey kedai. Lately ni dia ada masalah kewangan. Kena tipu. Big amount juga. Tapi dia OK. Biasalah bisnes ada turun naik. Positif je all the time. Sambil makan sambil cerita how to survive dengan nak bayar gaji pekerja.. Berapa yang tinggal untuk dia.
Dalam keadaan dia tak berapa berduit.. Tapi tak kisah nak belanja aku. Dia tau masalah aku juga. Dan banyak bagi kata-kata positif. Even jarak umur kami jauh.

Selasa – pekerja tu belanja Nasi Goreng sardine. Bila bukak polisterin tu, penuh membumbung. Ni kalau bayar RM3.50 memang berbaloi. Rasa macam dia letak ikan sardine setin dalam tu. Pedas pun boleh tahan. Tak la bercucuran ayaq mata.

Tapi. Dia hanya pekerja. Kalau bos lainlah sukahati nak belanja. Ni pekerja. Gaji dia pun dibayar.
Point uatamanya dekat sini. Aku sangat bertuah sebab dikelilingi orang-orang yang baik-baik. Yang suka besedekah. Yang dah sedekah dan tetap mendoakan aku murah rezeki. I am so blessed.

Ok bai.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top