Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 140 || Batuk. Natural Treatment ~ olahbersama® Blogger Widgets

March 03, 2015

Chapter 140 || Batuk. Natural Treatment

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Batuk. Sakit tekak. Selsema. Semua cukup.

Hari tu ada update kat FB & IG pasal Chia Seed. Dah ada yang tanya khasiat la testimonial la. Pada yang tak tau, chia seed ni salah satu supplement jugak. Banyak sangat khasiat.

Macammana rupa chia seed? Macam selasih. Kecil sket. cantik sket dari selasih. Tapi tak bagi apa-apa rasa bila masuk dalam makanan atau minuman. Buat masa ni aku guna chia seed ni untuk buat overnight oats, smoothie, roti, masuk dalam air minuman..

Bila masuk dalam air, orang jarang tanya sangat.. sebab macam selasih kan... 

Cuma macam ubat dan supplement yang lain juga, jangan overdose. Ambillah sesudu sehari. Agak-agak.

Batuk dan selsema dah lama dah. Tapi lately ni rasa makin teruk. Memang tak makan apa-apa ubat. Bukan takut. Tapi aku malas nak gi klinik.

Ahad lepas suruh En. Edi belikan madu. 

"Bang, belikan madu".

En. Edi balik dengan madu asli dan biji habbatussauda. Dia suruh minum madu dan makan biji habbatussauda tu. Malam tu amik air suam, campurkan madu, titiskan minyak habbatussauda, perah lemon. Minum. Habbatussauda ni rasa dia lagi tak sedap dari ubat. Eh, aku ok je ngan rasa dia..Yang tak tahan bau dia. Cuma yang tak sedap tu lah ubatnya. 

Kesimpulannya biji habbatusauda tu aku tak makan lagi. Guna minyak je. Yang tu memang dah ada kat rumah. Aku suka campur dalam masakan especially untuk anak-anak. Tapi tak leh letak banyak sebab nanti dia akan POTONG rasa makanan.



2 hari dah pegi keje aku bawa air suam + madu + hirisan lemon + chia seed sesudu. Malam tadi sebelum tido pun telan madu. Zahra pun aku bagi gak. 

Pagi tadi bangun peritnya tekak. Eh apsal makin sakit ni. Kering gila.. Sekali nak mandi duk asik batuk.. Haa kau... keluar kahak kuning-kuning. 

So bolehlah teruskan cara ni. Jangan kata aku tak percaya ubat ke apa. Aku just nak try natural remedy.




Ada satu lagi cara .. Ni aku google je.Hiris lemon dan halia, masukkan madu. Simpan dalam peti ais. Madu akan jadi likat dan kenyal macam jelly. Nak guna boleh ambil sesudu campur air suam dan minum. Boleh tahan 2-3 bulan. OK balik ni nak buat.


Selingan.


Ini budak makan brokoli. 
" Sedapnya ibu..."    
" Apsal sedap sangat ni ibu"

Nak ambil hati ibu pun berpada lah Zahin. Brokoli rebus je pun.  T__T

Ini budak dah ok dah. Bangun pagi mandi pun dah ok. Pakai baju pun happy. Kurang dah drama. Alhamdulillah. 3 tahun dah gi sekolah.

Aku suka taska UPSI ni. Modul dan pembelajaran yang memang sesuai untuk anak-anak. Bukan setakat jaga bagi makan minum tidur je. Nanti aku share kat sini. Zaman kita dulu takde benda-benda ni weii.. Jeles kat anak sendiri.

ok bai. 

2 comments:

  1. itulah dengan cuaca sekarang nih ramai yang batuk2.. samalah sue pun.. amboi Zahin.. hehehe.. itulah pembelajaran budak sekarang tak sama macam kita dulu.. nanti bila dah sekolah lagi pening tengok homework diaorang.. lagi advanced dari kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, Zahin sekolah Pasti 5 tahun punya buku pun dah banyak... sian gak tengok...

      Delete

back to top