Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 138 || Coretan untuk Zahra ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 11, 2015

Chapter 138 || Coretan untuk Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Zahra.
Kehadiranmu ibu tak jangka.
Tapi buat ibu rasa bersyukur.

Walau proses melahirkanmu cukup menyakitkan ibu.
Bukan salahmu
Semuanya keputusan IBU.

Sejak dari dalam rahim lagi
Ibu dah berazam dan berjanji
Pada diri sendiri
Akan memberi
Susu ibu sendiri..

Bila melihatmu,
sungguh..
IBU cukup terharu.
Besarnya kuasa Ilahi,
Membuatkan semuanya terjadi.
Kun fayakun.

Waktu itu ilmu pun tak banyak lagi
Semua ilmu tu ibu gali
Semasa dalam pantang lagi
Alhamdulillah dipermudahkan.

Cabaran?
Memang ada. Banyak sangatt...
Dari family sendiri. Dari sekeliling. Dari situasi.
Tapi
Ibu rasa happy
Ibu terus jalan tanpa menoleh lagi

8 BULAN.
Zahra hanya minum susu ibu.
Ibu selitkan makanan pejal selepas tu
Alhamdulillah atas rezeki...

Tiap hari. Ibu bangun pagi
Tanpa rasa beban lagi
Siapkan makanan untukmu
Sambil tu cari ilmu lagi
Nak jadi ibu sejati

Alhamdulillah.
Setahun 8 bulan.
Zahra full consume SUSU IBU.
Lepas tu, ibu kalah.

Tak apalah.
Lepas tu Zahra mula kenal susu formula.
Ibu pun bagi susu waktu malam saja.
Dan weekend terutamanya.

Sehingga semalam. Umurmu 2 tahun 8 bulan ++,
Apa yang terjadi sebelum tidur biarlah hanya menjadi cerita di bibir saja.
Ibu tak mampu nak coretkan semuanya.
Kerna hati ibu terluka.
Terluka dengan tindakan sendiri.

Maafkan ibu sayang. Tak sangka hatimu cukup halus.
Maafkan ibu.
Ibu tak sanggup lihat tangisanmu.



*Sesungguhnya proses wean off itu sangat sakit. Sakit macammana?
Aku yang tak pandai bermadah-madah ni pun dah keluar ayat-ayat pujangga.
Panjang gila.
Nampak tak penangannya??

Ok bai. Mode sedih. Huhu.







4 comments:

  1. dah pandai bersastera kawan aku ni..kagummmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sastera. tu dari hati.
      sedap tak sedap belakang kira..haha

      Delete
    2. bukan sastera. tu dari hati.
      sedap tak sedap belakang kira..haha

      Delete
  2. ku pun sedey nak wean off yg kecik ni...huhuhu..lagi plak dia memang xamu minum fm..huhuhu lagi ku sedey...

    ReplyDelete

back to top