Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 37 || Lesson Learnt 1 - Kunci misplace ~ olahbersama® Blogger Widgets

August 23, 2013

Chapter 37 || Lesson Learnt 1 - Kunci misplace

| Posting by: jie || Photo by : Edi | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi ni dekat HOT FM ada hot chat pasal ‘alasan nak tarik selimut pagi-pagi’. Macam-macam alasan orang bagi kat situ. Ada yang ok dan ada yang langsung KO. Salah satu alasan yang listener bagi adalah ‘SAKA SAYA TAK BAGI SAYA BAGUN TIDO’. Bantai FF & FBI gelak kat situ. Siap cakap lagi next time kalau ada interview kena Tanya ada saka ke tak..Adoyai..

Kes aku Rabu malam. Malam tu En. Edi tido umah kawan sebab ada ‘hal’ dia. So aku balik rumah dah siap kunci pagar kunci rumah bagai. Kunci rumah plak buat masa ni ada 1 copy saja. So kunci kete dan kunci rumah kena letak kat tempat selamat supaya tak kalut pagi-pagi esok.

Tengah-tengah main ngan anak-anak tetiba aku nampak kunci kete dah duk kat lantai. Hangin jugak la ngan Zahin time ni. So aku cari-cari kunci rumah takde.Ah sudah..So mula la mencari kat ruang tamu. Habih semua aku punggah. Tak jumpa. Bila Tanya Zahin ‘mana zahin letak?” Dia jawab “abg long letak jauhh”. Tension ibu. Nak marah pun kalau jumpa takpe la jugak..

Tengah-tengah cari tu, ntah mana si Zahra dapat mascara lama aku,  main..Habih hitam tangan dia..Satu kerja nak membasuh baju dan tangan dia plak. Pastu cari lagi..Tetiba Nampak dia dah tersungkur kat sebelah aku..tersadung kaki gamaknya..Angkat-angkat dah luka kat bibir kena gigi rabbit dia..Sian anak ibu…Masa tu rasa useless sangat..

Sampai tengah malam aku mencari dan Zahra pun dah nak tdo, aku pun dah fedup. Tdokan depa. Esok pagi aku sms staff kata ada emergency tak leh datang keje. Malas nak citer detail nanti kena gelak plak sebab terkurung di rumah sendiri.

Pastu masakkan bubur untuk depa. Nanti bangun sure lapo punya. Sambil-sambil kemas dapur. Sebelum tu lepas Subuh dah punggah kat bilik utama, tak jumpa jugak. Aku malam tu siap mimpi-mimpi pasal kunci ni..2 kali mimpi kunci tau dak…

Masa kemaskan pinggan kat sinki, terdetik dalam hati ‘ntah-ntah duk ada dalam raga pinggan ni’ Tak cari pun tapi aku pelan-pelan kemas. Tetibaaaa….aku ternampak segugus kunci disangkut di tempat penapis. Logiknya zahin takkan sangkut kat situ. Hah, padan muka aku..Nak secure sangat, aku sendiri yang salah letak. Zahin jugak jadi mangsa. Tepuk kepala sendiri. Pastu kemas-kemas rumah sikit. Budak-budak bangun mandikan, hantar ke rumah pengasuh.

Jalan…Masa zahin bangun and aku cakap kat dia “Abg long kunci rumah dah jumpa” dia pun jawab “yeay, dah boleh keluar rumah”. Sebak plak aku tengok muka dia. Pastu nak satisfy diri sendiri, Tanya dia..”abg long nak hadiah tak ibu suruh ayah beli”. Dia jawab nak. Bila aku tanya nak apa? Dia jawab “Abg long nak vitagen je”. Rasa macam nak meraung peluk anak sendiri. Drama okeh time tu…Ibu janji tak buat lagi okeh…

Janji. Harapnya taklah dicapati.

Lesson Learnt:
1. Boleh guna ke alasan terkurung di rumah kalau terlewat atau tak bleh datang keje. Kunci hilang untuk tak pegi keje. nampak macam bodo but it really happen. To me at least. haha
2. Do not underestimate your own child. Zahin sangat cerdik. Dia tak leh jawab dia letak kunci kat mana sebab memang dia tak sorok pun kunci tu..
3. Toksah duk kreatip sangat simpan kunci kat tempat pelik-pelik sebab at the end kita sendiri jenuh menggagau cari kunci. Atau mungkin peningkatan usia kot..

Cukup la tu..Buat listing banyak-banyak salah tetap kat aku jugak..Pfffftttttttttttttttttttt........



Zahin & Zahra, kamu berdua adalah keajaiban bagi Ibu. 


Ok bai. 
Reactions:

2 comments:

  1. Nanti acik tlg babap ibu tau Zahin..besa dia tu nak marah anak ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada marah..tu yg cek kata marah dia pun tak guna...hahaha

      Delete

back to top