Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V October 2018 ~ olahbersama® Blogger Widgets

October 06, 2018

0 Comments

Chapter 239 || Throwback. BOMBA. The Unsung Hero

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Since banyak cerita pasal JBPM atau BOMBA keluar dekat newsfeed sekarang ni, meh aku nak share something. Nak share pengalaman deal dengan BOMBA ni. Cerita dan gambar-gambar ni semua tak pernah lagi aku share kat media social. Benda dah lama pun. Tahun 2008 & 2009. 
.
Tahun 2006 aku start bertugas kat Bangunan Tuanku Syed Putra, Penang. Tahun 2007 aku bertukar ke Kangar, Perlis. Ramai je yang tau kalau tengok bangunan ni. Yelah Perlis zaman tu mana ada bangunan tinggi sangat. Depan hotel Putra Palace (nama hotel dulu). Masa tu (2008) kami buat program fire drill. Aku sebagai salah seorang jawatankuasa pelaksana. 
.
Bangunan tu ada pelbagai jabatan. Jadi kena lalui pelbagai perbincangan dan mesyuarat. BOMBA pun terlibatlah dalam mesyuarat ni. Selesai semua part perancangan dan perbincangan, tibalah hari perlaksanaan. 
.
Start dengan bunyikan siren. Masa ni pagi lagi. 9-10 pagi. Maka berpusu-pusulah penghuni bangunan keluar. Technician ada yang standby di control room untuk communicate dengan BOMBA melalui telefon. Check kat tingkat dan bahagian mana bermula alarm tu. Turun guna tangga ye. Lif pun semua disable time ni. Penghuni tingkat atas sekali memang penatlah. Tapi nak buat macammana. No excuse. Oh tapi ketua aras (wakil setiap jabatan) dah ada data siap-siap penghuni bangunan yang pregnant, yang ada sakit jantung, asthma dsb. Semua data tu dah ada masa part perbincangan lagi. 

Selain BOMBA, ada jabatan lain yang terlibat juga dalam program ni. JPAM, RELA, ambulans pun dah standby tepi tu. Kira ni memang kami buat habis-habisan la. 

 Kenderaan BOMBA sampai. Anggota keluar dan buat persediaan. Ketua Operasi periksa data bangunan dan beri arahan pada anggota lain. Bukan main terjah je dalam bangunan. Walaupun LATIHAN. Korang tengok kelengkapan keselamatan pun dorang ikut. 

Pihak BOMBA periksa mangsa terperangkap. Cari mangsa. Team ni dah standby kat bawah.  Lengkap dengan hose semua. 

 Selesai selamatkan semua mangsa terperangkap. Masa ni ada few mangsa yang kitorang create untuk tambah dramatic sket.  Mangsa pun merata tingkat. Kiranya dalam bangunan dah kosong la time ni. Since demo penggunaan alat pemadam api dah selalu buat, kita tukar tengok demo ni pulak. Bagus jugak boleh cuci cermin luar sekali (OK point ni aku tambah sendiri).

Ok settle demo. Penghuni bangunan ada di luar pagar bangunan iaitu kawasan berlumpul. Aku masa ni memang perati je apa yang jadi. Nampak tu siap pakai helmet merah. Sebab jadi AJK dapatlah duduk dekat dengan BOMBA tengok dorang buat kerja. Bukan menyebok tapi ini memang aku kena tahu. Masa ni dah start gather semua report dari anggota dari mula sampai habis operasi. 

Yang depan aku tu, BOMBA yang lead Fire Drill ni. Tengah amik report timing dari start alarm bunyi, BOMBA call, BOMBA datang, waktu bangunan kosong, waktu selamatkan mangsa terperangkap dll yang aku pun dah lupa. Format yang sama aku pegang tu untuk rekod jugak. 

Semua anggota berkumpul. Masa ni sesi report mereport. Aku jadi reporter je kat tepi tu. 

 Ketua Operasi menyelamat bagi report.

Dapat semua report tabulate pulak kat whiteboard tu. Sambil bincang apa yang patut. Tu pengarah BOMBA Perlis pun terlibat  dalam fire drill ni. 

Bincang lagi. Pengarah BOMBA yang pakai uniform tu tau. Bukan yang baju batik tu. Masa ni aku memang banyak mendengar dan ambil note. Pengalaman dan pelajaran ni weiii... Bukan selalu dapat peluang macam ni. Banyak ilmu baru dapat kaut masa tu. 

Ni antara team aku yang terlibat. Bahagian penyenggaraan bangunan. Ada yang takde dalam gambar ni ntah mana peginya. Yang pasti semuanya lelaki. 

Kes lain. Ada sekali tu tali bendera putus. Nak ganti baru bukan boleh pakai tangga. Nak sewa kren rasa macam tak berbaloi pulak. So kami mintak tolong BOMBA. 

Sebab aku POYO masa tu aku insist nak buat sendiri. Takdela tinggi mana pun. Dalam 40 kaki je. Tapi safety harness TETAP kena pakai. Masa ni BOMBA ajar and guide. 

 Whole picture. Bukan sorang je naik tau. Ada anggota BOMBA sorang yang bagi arahan pada aku. 

Mission accomplish. Peace. 


Masa aku bertugas kat Perlis ni aku memang banyak sangat bekerja dengan BOMBA ni. Nak renew Fire Certrificate pun banyak prosesnya. Kamceng macammanapun, when it comes to SOP, Uniform Building by Law (UBBL) memang dorang tegas. Nak argue pun based on fakta la. Bukan sukahati hentam kromo atau ikut kebiasaan yang kita rasa OK. 
.
Contohnya masa nak renew fire certificate, check laluan kecemasan. Kadang-kadang laluan tu menghala ke stor jadi semak sikitlah kan. Bagi kita sebagai penghuni rasa macam takde benda pun. Bila kecemasan gunalah pintu utama. Pastu cari tangga. Kan. Bagi BOMBA tak. Laluan tu ko kena clear. Hoii masa check bangunan ni memang kena banyak sabar. Bila semua teguran diperbetulkan akan ada pemeriksaan kedua pulak. Kalau OK dapatlah renew. Kalau tak OK lagi buat balik dan periksa lagi. Tapi cut short, kami dapat renew lah. Setelah beberapa episod pemeriksaan dan penambahbaikan.

So pointnya kat sini yang boleh aku relatekan dalam peristiwa baru-baru ni. BOMBA ada SOP dan perancangannya sendiri yang kita pun mungkin tak arif. Tugas dorang adalah untuk menyelamat. Aku sendiri yang memang bekerja di bahagian penyenggaraan bangunan ni dari tahun 2006-2016 (tak lama pun) memang banyak sangat berurusan dengan dorang. Walaupun berurusan dengan anggota yang berbeza, di negeri dan daerah yang berbeza, aku sendiri dari company yang berbeza (tukar company); yang pasti kalau tak ikut prosedur,  dorang BOLAYAN je. 

Kalau semua anggota tu masih hidup dan mayat mangsa yang jatuh tu dijumpai, tentu tak ada yang nak pertikaikan isu tali yang ikat tu. Mesti semua jadi biasa je. Tak jugak dianggap hero sebab tugas BOMBA memang menyelamat kerjanya. Kan. 

Tapi bila terkorban banyak sangat suara yang berbunyi. Pendapat pula berdasarkan penbacaan dan rujukan google. Tak salah semua tu. Tapi kita patut hormatkan keluarga angota yang terkorban. Jika apa yang kita nak katakan tu tak berapa sedap didengar, baik kita diam. Baik kita sedekahkan Al-Fatihah. Pihak BOMBA sendiri ada bannyakkk kerja dan buat post mortem untuk semuaa yang dah jadi. Ni keputusan apa pun takde kita yang sibuk buat conclusion. Aku berani cakap berdasarkan pemerhatian lepas. 

Kepada keluarga anggota yang terkorban, takziah diucapkan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kami yang melihat dari jauh cukup terkesan dengan apa yang berlaku apatah lagi kalian semua. Moga Allah tempatkan mereka semua dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Dipetik dari Sinar Harian:
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mereka adalah insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir.

"Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis yang bermaksud “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah,” kata beliau melalui Facebooknya.
 ----------------------------     
"Aku juga pernah merasa sebuah kehilangan".




back to top