| Posting by: jie || Photo by : Edy & jie |
Bismillahirrahmanirrahim,
Masa school holiday Zahin kerap bagitau nak sekolah...Pengasuh (zahin panggil babysitter dia nenek + Ayah mat) pun selalu bagitau Zahin cerita benda yang sama juga.
Zahin suka berkawan. Suka dikelilingi kawan-kawan. Suka suasana meriah. Itulah Zahin. Aku pun mulalah survey dan Alhamdulillah dapatlah yang berdekatan juga.
New year 2014, aku cuti. En. Edi kerja. So kami ke taska register. Zahin looks so happy. Try uniform. Suka lah dia.
dah try baju terus aku suruh ambil gambar. Whatsapp En. Edi..
Lepas tu pegi ambil gambar passport plak. Aku risau je Zahin ni tak boleh duduk diam masa nak ambil gambar nanti. Mau berkuntau aku kat situ. But Alhamdulillah, Zahin manage to do that.
The very first passport picture.
Isnin haritu, kami bergilir-gilir amik half day. Zahin punya kelas start 12.00 tengahari sampai 3.30 petang. Tengah kerja, En. Edi hantar gambar ni..pastu siap halau ayah suruh go work. Sabo je lah..
Nampaknya Zahin sangat happy. Gambar yang kanan tu tengah mewarna. Oh lupa nak ambil gambar pensel warna dia. Aku bagi pensel kaler LUNA. Balik sekolah, check case dia sume dah hilang. Pense warna duk kat poket tepi beg je..huhu..first day tu...
Then aku plak gi ambil dia. Before 3 petang akudah ada kat area taska. Time tu takde sapa pun..pintu gate berkuci, bermangga lagi. So yakin sikitla safety budak-budak kat dalam tu. Pukul 3.15 mak bapak start ramai balik. Nak pick up anak kekdahnya. Aku tak bagitau pengasuh aku nak datang. So petang tu Ayahmat dengan Pakcik Leman (Zahin punya pak supir ke taska) datang ambil. Aku tunggu je dalam kereta nak tengok gelagat dia..
Yang baju kuning tu Pakcik Leman. Baju merah Ayahmat.
Sekali dia nampak akuuu....Terus takmo naik ngan depa. Nak naik kete dengan ibuuu...
So aku bawak la Zahin terus ke Tanjung Malim gi amik ayah. Singgah jap pasar malam. Sempat kena 'pow' helicopter. Pastu nak puyuh goreng. Apa sajalah nak..
The next day aku tak ikut dah. So far Alhamdulillah. Hari ni hari ketiga.
Zahin masih tak kenal nama kawan dia. Aku tanya dia kata kawan dia nama abang.haha
ok bai.