name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

June 19, 2014

3 Comments

Chapter 85 || Portluck geng motor Skudai

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Lama dah kami berempat plan nak jumpa. Tapi takpernah nye jadi.

Kami semua serumah masa di UTM Skudai. Ada lagi sorang tapi dia course lain. Masa study tu semua orang berkobar-kobar nak jadi engineer. gittew.

Perjumpaan kami adakan di rumah anak raje. Dah kata anak raje, of courselah security nya tip top. Siap dapat visitor lot parking lagi kami. Tapi kami tak jumpa bay # tu so parking kat open area. Padahal dedicated parking tu shaded lagi. Rabun. Nak buat macammana.

Aku yang paling last sampai. Depa dah makan-makan pun.

L-R ---Yours truly, Tuan rumah, Aza, Sazie
After 10 yrs graduated from UTM

Aku dukung anak tuan rumah. Adam. Muka cam sombong tapi manja budaknya. Masa nak amik gambar ni mak dia letakkan Adam kat bawah. Aku pi gatal tangan dukung. So aku sorang je lah yang ada anak dalam gambar ni..Huhu...
Tetiba sedar diri, nak perasan macam zaman belajar so letak Adam kat bawah coz weolls nak bergambar berempat. Sekali Adam xmau turun. Haaa...

Aku dukung je pastu posing gitu. Sebenarnya Adam ada kat belakang tu. Aku sorok. Wakakaka...

Aku tak kesah datang lambat sebab aku bawak ni..Dessert kan harusslah makan paling last.

Malas nak beli filling, rembat je anak punya oreo jadilah oreo cheesecake versi mini senang dimakan.


Sazie bawak nasi ayam panggang kuali ajaib, Aza bawa spagetti bolognese kambing, Raje sediakan air dan laksam.

Tu tangan sibuk je nak menapau time aku amik gambo. Time ni semua dah kenyang. Menapau sebab Sazie nak balik awal.

Jalan-jalan kat bawah. Cantiknya area sini. ZZ dah teruja gila tengok pool. Tunggu masa je tu..

kan aku dah kata. Nak tukar baju Zahra pun dah jadi drama. Huhu...






Tengok Zahin bukan main happy. Aku dah pesan awal awal dekat En. Edi suh bawak baju salin sebab dia yang kena masuk kolam. Ai is malas..





Zahra paling enjoy dengan caranya....

Kat belakang shaded area tu boleh buat event. hari tu ada birthday party. Aku suggest kat raje, boleh buat reunion kat sini..Haha


Habis main pool nak main playground plak. Cepat-cepat tukarkan baju. 


Rambut pun tak sempat sikat. 


Zahin bersama "Acik Aza". Sebab suka kat Aza, dia suh Aza yang buaikan. Ibu tak payah. Eksen ye...


Selfie dalam rumah lepas maghrib sebelum balik. That's y Sazie nan ado.

Guys, best lepak dengan uolls. Nanti kita buat lagi. 


ok bai.




June 10, 2014

0 Comments

Chapter 84 || Company Trip to Phuket (Last part)

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebenarnya cerita aku di Phuket dah habis masa Part III. Cuma entry ni aku nak cerita sket pasal Phuket dan pasal hotel yang kitorang stay tu. Perbelanjaan?? Makan pagi, tengahari, malam, GALA dinner dan accommodation semuanya disediakan oleh pihak syarikat. Aku cuma sediakan duit untuk berbelanja di sana.



PENGURUSAN KABEL/ PENDAWAIAN

Kat Phuket ni wiring dan kabel memang caca marba. dalam 1 tiang ni, ada HT dan ada LV. Siap ada excess wire yang gulung-gulung je kat atas tu..In case nak sambung amik je...Gitteww..

Macam kat Malaysia kabel-kabel besar kita tanam. Underground cabel. So nampak kemas. Cuma kalau bermasalah banyak la kerja/ duit sebab melibatkan underground cabel. Haa...kat sini lah besarnya dan pentingnya kualiti cabel serta inspection Engineer yang teliti diperlukan. 

Kat Phuket ni mudahnya tu lah..Kalau bermasalah, semua cabel kat tiang..Senang nak troubleshoot. Cuma memang pada yang pakar saja lah boleh buat. Silap pegang keras ko kat situ.



Ada satu tempat tu tiang ni located kat tengah-tengah awning kedai. Rileks je..In terms of safety, hmmm...fikirla sendiri. Kalau ko nak bunuh diri terjun bangunan especially tepi jalan, ko akan mati dalam 2 keadaan, mati jatuh ke tanah atau mati tersangkut kat kabel. itulah uniknya Phuket.

*Part bunuh diri tu aku tambah. Sila ignore...

Scaffolding antik punya. Kalau kat Malaysia memang dah kena dengan DOSH. Kalau dah beli tapi takde proper training/ certificate pun boleh kena  penalti.



Amik gambar bangunan mesti nampak wayar. Semua ni ambil dari dalam bas je..

Tesco Phuket.

 POKOK KEMBOJA

Pokok bunga kemboja boleh nampak kat mana-mana. Kat Malaysia value pokok ni tinggi. Mahal. Kalau residental area/ business area baru, developer/ kontraktor selalu tanam pokok-pokok ni. Cuma kat Malaysia kita banyak guna bunga kaler merah/ pink/ campur-campur. 

kat Phuket, banyak jenis bunga putih. Macam kat kawasan perkuburan. lagi satu,dari dalam bas, aku boleh nampak banyak nursery. Suka. 

Aku suka pokok ni. Nak letak satu kat lanskap rumah nanti.



BAN THAI HOTEL, PHUKET

Nak tau detail boleh view kat sini. banthaiphuket

Ni husband and wife. Both located kat HQ. Cilok gambar dorang sebab gambar aku takde kat sini..Haha

Hotel lobby.

Check in/ out / reception counter.

Nak tunggu member boleh lepak-lepak sini dulu...

View dari lobby nak ke bilik aku. Pool tu banyak section. Boleh mandi ikut timing yang dorang provide. Cantik sangat. 



 Gambar -gambar bawah ni semua aku ambil dari google search. Cantikkan?

Yang ni mahal sikit. Sebab dari bilik boleh terus terjun kolam. Cantikkan...

View waktu siang. Cantik.

View waktu malam. Lagi cantik!!! Suke!!



Kalau pegi sendiri tak stay kot kat sini. Sebab superior room pun dah 6500 THB. kalau jalan-jalan sure nak cari hotel yang boleh bersih dan boleh tido. Waktu lain memang tak stay sini. Again, terima kasih boss!!!

Cuma aritu tak banyak masa nak explore kacantikan hotel ni. Geng lelaki malam kedua tu ada yang sempat terjun kolam. Seronok depa. 

Akhirnya. Habis jugak cerita aku pasal Phuket nih. Biar panjang. Sebab in case aku terlupa, boleh baca balik. Haha...

Entry Phuket:

PART I
PART II
PART III

ok bai. 








0 Comments

Chapter 83 || Company Trip to Phuket ( Part III )

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Part I dan Part II boleh refer sini.

Hari ke-3 (last day). Lepas breakfast terus gerak ke tempat cashewnut. Macam-macam jenis gajus ada...Macam-macam perisa. Rasa macam nak borong semua perisa. Ko boleh rasa macam-macam. Nak rasa sampai kenyang pun boleh. Kalau ko lalu la...

Air gajus pun ada. Sedap. Tapi aku tak beli..hahaha







Penjaga-penjaga Zahra.. haha


Bergambar dengan pokok gajus. Dalam gambar tu semua gajus tipu. Pokok ni arwah ayah tanam sebelah rumah je masa kecik dulu. Pernah panjat, pernah jatuh pokok ni. Kakak aku jatuh pokok gajus sampai patah gigi ko..haha

Time bulan puasa dulu selalu dia berbuah. Kitorang tak suka sangat buah dia sebab kelat-kelat sket. Suka tunggu biji dia tua..Pastu bakar sabut banyak2 campak je dalam tu. Nampak hangus, silakan amik abtu, ketuk dan makan. Oh masa tu sedap sangat makan biji gajus yang dimasak sendiri. Kenangan semua tu..

Yang pasti anak-anak aku takkan merasa kenangan tu. Pokok kat rumah pun dah kena tebang. Semua rumah kat lorong rumah  mak aku dulu ada pokok ni.. dalam semua rumah tu ada 1 rumah je yang ada gajus kuning. So secara psychology, gajus dia paling sedap bagi kami..Haha



Ex-subordinates. Kanan aku dah jadi Pengurus bangunan Perlis. Kanan dia dan kiri aku jadi penyelia bangunan. Kiri baju hitam jadi eksekutif bangunan Persekutuan Seberang Perai Utara. How time flies...and I'm happy it turns out good. Alhamdulillah. 



Lepas tu pegi tempat pearl plak. Aku tak berapa suka ..So beli fridge magnet je buat survenior. So jamu mata je lah ye...

keychain

Jenis-jenis tiram yang hasilkan pearls...


Pompuan suka ni..Tapi aku tak pandang..Ai is malass...
Takut berkenan..




Lepas tu pegi tempat T-shirt. Ni aku memang niat nak shopping. Memang aku main campak-campak je masuk bakul. Masa tu campak-campak allocate untuk semua. Tapi dah balik rumah macam tak cukup je. Kesimpulannya aku memang tak pandai membeli. dan lagi bagus, aku memang tak membeli untuk diri sendiri. Bravo...Last-last T-shirt En. Edi pun aku tumpang pakai jugak. Jadilah. Suami isteri kena share. Aku bagi hadiah aku pinjam balik. Boleh la tu...

Baru sampai. Diberi penerangan dulu...

Sample Design.. tengok dulu sebelum beli. 

Packaging baju pun cantik. Boleh buat hadiah bagi family/ kawan-kawan. kat sini yang bagusnya kita boleh buka packaging ni. Takde sapa nak marah. Takde pelayan atau promotoer yang duk ikut ko promote macam-macam. memang free and easy. 

Keychain dan cenderahati lain pun ada jual. 

Seluar pendek bunga-bunga tu aku beli untuk Zahin. 

Pelbagai saiz tuk tuk. Aku tak beli. 

Bersih dan kemas. Kitorang datang serbu dah macam garuda. Haha


Dah settle semua membeli, naik bas. Zahra pun dah penat gila. Mana taknya dah pukul 1 masa tu dan Zahra dah bangun kul 7 pagi tadi. Alhamdulillah tak mengamuk. Bf je trus lena.


Dah lena, depa ajak turun plak bergambar..Aku memang tak turun...So gambar beramai-ramai muka aku takde.

Sempat la dalam setengah jam lena, sampai airport. Pun masih senyum dan tak mengamuk. sebab kami check in lambat, so proses menunggu tak la lama. Sampai waiting hall, duduk dalam 10 minit terus panggil boarding. Aku sebab bawak Zahra so dapat laluan special. Laluan OKU + warga emas. hahaha..Terasa emass sangattt...

sesi perabihkan duit Thailand. Dunkin Donut kita. 

Salah seorang penjaga setia Zahra. 

Naik flight pun dapat window seat. Alhamdulillah. 5 minit bf terus sambung tido. Qada' kekdahnya. Makan minum semua aku bedal. Tapi roti dia keras. Tak mampu nak menggigit.

Zahra dapat baby's puree. Tapi sampai sekarang duk ada kat rumah tak buka-buka. yelah aku kan tak pernah beli benda tu. Nak makan pun macam seram.

Sampai airport pukul 5 petang waktu malaysia. Selesai semua, keluar, dah nampak Zahin and En. Edi menunggu. Senyum lebar abg long Zahin nampak kami.

Masa dah sampai Serendah, ada member call kata beg aku tertukar. Kena gi airport balik tukar. Terus berhenti kat tepi, check beg. Ya Allah memang sah tertukar. Masa ni tension gila dengan diri sendiri apsal la tak percaya pada instinct sendiri. Sebab masa ambil tu aku ada terdetik beg ni macam kecik sket. Tapi identiti beg memang 100% sama. Cuma aku tak tengok tag nama kat beg tu. Ngok betoi.

Tak berani nak bincang banyak dengan En. Edi..Hahaha..tau takut ko...Bila call balik staff MAS dia kata kitorang tertukar beg dengan orang sama. Kira aku amik beg dia, dia amik beg aku. Dia yang amik beg aku dulu..Staff MAS bagi aku no phone dan suruh settle sendiri. Lepas call rasa lega sikit. Balik rumah rehat kejap, pastu mandi and keluar balik gi bangsar. Kebetulan Isnin kami bercuti so tak kisahla jalan-jalan malam tu.

ZZ pukul 10 dah tumbang dalam kete. Both penat. So apa yang aku boleh simpulkan dan belajar dari percutian ni (pandangan personal ye, tak setuju tak apa)..

1. Phuket bukanlah tempat pilihan untuk aku bawa family. I mean dengan keadaan umur anak-anak aku sekarang. Memang tempat nak bersuka ria. Aku masa sampai tu dalam bas duk berdoa moga-moga takde bala timpa aku. Haha..Bukan apa masa belum pegi aku banyak google nak gi Phi Phi Island je. Masuk je bas tour guide terus cerita pasal kabaret show, tiger show, Ladyman show, massage bla bla bla..Maunya aku tak takut. Doa je lah.

2. Phuket sangat open. Semua show2 tu open. Teaser katanya. Nak lebih-lebih kena bayar, masuk dalam. Haha..Display pun banyak. Sexy man la..Eii geli mak. Nak amik gambar pun mak tak sanggup. Oh spa untuk gay pun ada. Selamba je tulis kat depan kedai. Gambar lagi la tak boleh blah.

3. Zahra jenis yang boleh dibawa jalan-jalan. Mudah dalam ertikata umur Zahra sekarang. Semua tak banyak bunyi. Semua tahan lasak. So next trip boleh lah consider to bring along Zahra. Dah confident.

4. Penggunaan SSC iaitu babywearing sangat praktikal untuk Zahra. Aku memang buat keputusan yang tepat dengan guna SSC instead of stroller. Nak tau lebih-lebih boleh baca entry kat SINI.

4. Aku tak pernah tinggalkan Zahin untuk berseronok. Lepas bas gerak je Jumaat pagi tu terus sedih. Nangis dalam bas. Kah kah...mak-mak sangattt....

5. sentiasa check luggage. Possibility untuk tertukar memang ada. padahal dah ada nama dah kat tag MAS tu..APTB.

Walau apapun, terima kasihlah kepada syarikat yang telah membawa kami ke sana. Wakaupun ada kekurangan here and there, usaha anda semua amat dikagumi. Terima kasih Boss. Terima kasih juga sebab hadiahkan 500B kepada saya masa luckydraw dinner ALOHA. Hew hew hew...

* Jangan tanya aku kos ke sana. Aku tak tau. Cuma segala mak nenek show semua tu 1000B setiap show. Massage full body boleh dapat 500-600B.

Nanti aku cerita sikit pasal hotel dan apa yang aku nampak sepanjang kat Phuket k. Last entry.

ok bai.
back to top