name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

March 12, 2015

2 Comments

Chapter 146 || US @ Batu Feringghi, Penang

| Posting by: jie || Photo by : jie & Edi's clan |

Bismillahirrahmanirrahim,

saja nak spam lagi gambar kitorang kat Batu Feringghi 21 Feb 2015. Gambar ni dari phone lain. Saja nak simpan buat kenangan. 

Gambar part I boleh tengok kat SINI

Gambar Zahra ni ambik angle macam ni sebab nak elakkan 2 minah saleh yang pakai 2 piece kat sebelah depa. Jenuh nak keluarkan. Jenuh jugak lah mata kami dijamu dengan lengang kangkung mak limah depa kat depan kami. 

Pastu duk lepak sebelah kami. menjemurkan diri. Yang sorang tu siap bukak bra. Nasib baik dia meniarap. Kalau baring kuak lentang jenuh la aku nak tutup mata En. Edi. 

Memang mat/ minah saleh ni trained untuk berbikini kat pantai. Tak kiralah yang tua ke muda ke berselulit ke berlemak sana sini ke... Tension plak aku nengoknye. 

Nasib baik Zahin tak tanya soalan macam-macam kat aku. Kalau tak jenuh gak la nak menjawab.

Jawapan kena tepat dan padat. Supaya anak-anak tak salah interprete. 






Nampak sebaya kan??? Muahahaha......

Oh haritu mak ayah tak join. Depa pi Pantai Krabi. Sebab kami tak join jadi kami pun pegi pantai jugak. Fair. 

So far semua enjoy. Cuma sebab cuti CNY, so jalan dalam Penang agak sesak. 

Balik tu singgah pekena laksa, Lai Chi Kang, ABC & ayaq kelapa. 6 orang kami kena RM50. Kalau lepas GST ni tak taulah berapa plak nak kena.

Aku memang tak paham GST. Bukan sebab tak amik tau tapi tak paham dengan konsep perlaksanaan tu. Tak nampak faedahnya untuk aku. kui kui.

Kalau diberi pilihan, SAYA TOLAK GST !!!

** Penyokong tegar GST, appreciate if u can just read without any comment. TQIA. Peace. 

ok bai. 

March 11, 2015

5 Comments

Chapter 145 || Happy Birthday Zahin !!

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

21 Februari 2015. Zahin genap 5 tahun. Alhamdulillah.

Ok. done with madah pujangga. nak happykan dia.. Kami bawak dia pegi mandi laut di Batu Feringghi. On the date itself.

He's so happy. Sampai takmo breakfast.

Keluar dari Bukit Mertajam dalam pukul 8.30 pagi. Tak masak heavy pun. Bihun Singapore, Cucur, kentang goreng, sambal bilis, kek besday Zahin. Masak pun tak banyak. Tapi tak habis pun. Semua duk seronok main dan mandi.

Sampai pun awal. Cuti kan. So banyak lah kereta di jalan. Lalu ikut bridge.

Jom layan gambar-gambar di sana.

Baru sampai. 3 orang yang tak mandi pagi. 


Hampar tikar. Awal kami smpai. Orang pun tak ramai lagi. Cuaca pun sejuk lagi time ni. 

Potong kek dulu. Nanti dah mandi lupa segala kek ni. 

Lupa bawak utensil T___T.
basuh benda-benda ni semua. Nasib baik belum kais pasir. Asalkan bolehh...

Dah start...

Kids. Happy. As they always do...




Penat mandi. Layan jajan je. Sian beno nampak Zahin tu. 

Bawak naik bot. Setengah jam app. RM100. 
Dah penat main dan mandi, duduk dalam bot, layan mata. 
Mengantuk woii....

Zahin yang happy. 


Tempat ternakan ikan. 



Tu je lah. Balik ikut feri plak. Sebab jambatan jam.

Sampai rumah layan tido.

ok bai.
5 Comments

Chapter 141|| Besday dan resipi ketam bercili

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas. Besday En. Edi. Kat rumah masa tu ada 2 orang adik ipar, mak mertua dan sorang anak sedara selain kami la...

Tahun ni beli je. Kek secret resipi. Beli 4 slice. Sebab kalau beli sebiji kek confirm tak habih. Dah jangan membaziaq.

Suruh budak-budak 3 orang ni pegang kek. Tolong nyanyi kat ayah. Duk kat dapoq jangan berjalan-jalan. Alhamdulillah semuanya mendengar kata. 2 orang gegirl tu lebih kepada excited sebenarnya. Syukur gak Zahra pun behave. Besar dah anak ibu.



Sempena besday gak, aku suh En. Edi beli ketam dan masak ketam bercili. Resipi yang dia nak sangat buat aritu. Beli kat TF barang basah. Balik rumah semua dia buat. Aku tolong tengok je. Pastu tolong rasa. Sebab dia nervous nak rasa. Ngek.



Alang-alang tu meh aku bagi resipi sekali. Ni aku bagi berdasarkan apa yang En. Edi buat aritu.

Bahan-Bahan
- 3 ekor ketam.
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- halia dalam 1 1/2 inci
- 5 tangkai cili padi
- Cili kisar (aku pakai sambal segera power ni)
- tomato/ sos tomato
- sos tiram
- gula/ garam/ perasa
- sedikit air
- telur itik (aku pakai telur ayam je)
- daun ketumbar

CARA-CARA
- Bawang putih/ bawang besar/ halia/ cili padi ditumbuk kasar. Pastu tumis.
- Masukkan cili kisar. Aku pakai sambal segera INI je. Confirm MELETOP sambal korang. 
- Masukkan ketam.
- Masukkan tomato/ sos tomato. Sos tiram dan sedikit saja air. Jangan banyak anyak sebab ketam keluar air gak nanti.
- Perasakan garam gula.
- pecahkan telur dalam mangkuk. Tuang je dalam ketam ni. Kacau-kacau tutup api.
- Masukkan daun ketumbar. Wangi u.





Rasanya???

Sebab besday dia, weolls makan semua kata sedap. Tapi memang sedap pun.
Okeh bang. Lepas ni boleh buat lagi. I lap U.


Rahsianya? En. Edi teringin lepas tengok chef 5 rempah 5 rasa tu ubat. Aih apo sonang sangat ni. Nak buatlah.

Tengah-tengah massak sat-sat cek balik recording tu takut ada bahan yang missed out. Pandai !!!

Nanti boleh record semua series tu. Pastu bagi dia tengok. Pstu teringin. Pastu gi pasar pastu masak. Kami makan. Oh I luv u too !!!! Muahahah

Sebagai kenangan, kami simpan video ni di sini. Untuk tatapan ZZ bila besar nanti. 

ok bai. 
1 Comments

GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris

| Posting by: jie || Photo by : AyueIdris |

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : marziahzakaria
instagram id : marziah81 


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 







0 Comments

GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

| Posting by: jie || Photo by : byekinrazalli |

Bismillahirrahmanirrahim,

KLIK BANNER UNTUK JOIN

hadiahnya :
1. blouse satin size L byekinrazalli x 2 pemenang
2. chiffon pant office attire (full lining) x 2 pemenang
3. storage bag x 1 pemenang
4. Tutu skirt beige color x 1 pemenang
5. Topup RM5 x 4 Pemenang
6. RAHSIA  (worth RMxx)
7. RAHSIA  (worth RMxx)
8. RAHSIA   (worth RMxx)


GRAND PRIZE is tailor made BAJU RAYA 2015 worth RMxxx byekinrazallidatailor x 1  PEMENANG
*winner can choose whatever design she/he want depend tnc


PEMENANG untuk hadiah 1-8 adalah by random.org
PEMENANG untuk GRAND PRIZE adalah by top google ranking

so, jom join sebab ada 2 minggu je untuk dapat semua hadiah yg menarik ni

back to top