name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama®: | Tips | Blogger Widgets
Showing posts with label | Tips |. Show all posts
Showing posts with label | Tips |. Show all posts

July 06, 2015

4 Comments

Chapter 177 || Watermelon Bread

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim, 




Aritu adik aku sibuk sangat upload gambar roti ni. Sebagai orang yang sukakan cabaran (ececece) aku pun buatlah. Esok jugak aku buat. Ni cerita sebelum aku demam dan warded aritu.

RESIPI boleh tengok SINI. Aku just nak share teknik dia je. Ni pun aku google. 

Aku buat ni guna resipi kat atas. Tapi bila nak buat khas untuk ni dan gunakan acuan aku, aku just agak-agak berat dia. Alhamdulillah, it turns out really GOOD. Takde terkurang atau terlebih.

Untuk saiz ni aku gunakan doh berat 550g in total.

Mula-mula aritu aku try buat merah 350g, putih 100g & hijau 100g. Tapi aku rasa nak cantik kena kurangkan sukatan merah. 

Merah 300g, putih 150g dan hijau 100g. Baru nampak layer putih tu. 
Selepas uli doh semua, masukkan color merah dan uli. Yang kaler merah aku uli guna mesin.

Yang kaler hijau aku uli tangan. So kalau nak tengok dari segi rata guna mesin lah rata kaler dia. Tapi ok je. Kita yang buat dia. 

Yang merah tu just bentukkan macam gambar. 
Canai doh putih. 
Sapu susu segar. 
Balut doh merah.


Canai doh hijau.
Sapu susu segar.
Balut doh tadi.

So basically jadilah 3 layer. Masukkan dalam pullman tin. 
 Nak biar terbuka boleh nak tutup pun boleh. 
Macam aku memang aku tutup. Sebab purposely aku nak roti aku 4 segi.





Tadaaa...Setelah dibakar. Masa roti dah set aku buka penutup dan bakar lagi. Nak bagi garing sket.

Setelah sejuk dan dipotong. 
Nampak tak layer putih tu tak berapa nampak. 
Oh nak buat biji tembikai aku guna kismis.

Campur sekali masa nak masukkan kaler merah tu.


RASA? Takde beza macam roti biasa. Nak bagi cantik je. So far aku suka. Dan akan buat lagi nanti. Pastu cicah dengan homemade mushroom soup. SEDAP!!!

Cubalah.

Tata. 

ok bai. 









June 15, 2015

1 Comments

Chapter 169 || Ideas part #2

| Posting by: jie || Photo by : FACEBOOK | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Idea ni kalau ikutkan untuk playdough. Aku nak amik idea ni untuk 2 benda. Satu untuk main la. Dah pernah blog about nak DIY playdough from scratch kat SINI.

Tapi idea ni pun aku nak ambil in case nak buat deco atas kek. Sebab nampak simple dan boleh buat. Tangan ni tak berseni sangat so kena cari yang simple simple gittew. Tahun bila nak buat tak tahulah. Janji aku simpan dulu.



Nemo!!

Omey sangat panda ni. 



turbo!!






P/s: Nak info atau nak beli Larome? Boleh baca di SINI


ok bai. 
2 Comments

Chapter 168 || Ideas

| Posting by: jie || Photo by : FACEBOOK |

Bismillahirrahmanirrahim,

Saja nak simpan kat sini. In case ke depan nak cari idea untuk buat kad. Untuk ZZ.. tak buat la macam ni kot. Dorang belum pandai appreciate kad. Kang lepas dapat terus berebut lepas tu koyak. 😭

Now aku rasa macam semua nak DIY. Padahal bukan semua aku tau pun. Tapi bila nak tu rasa macam nak belajar semua. Semua nak buat.

Kejap nak belajar buat baju. Kejap nak buat deco. Pendek kata idea banyak tapi tak semua berjalan. Pfttt...

Takpe. Kita mula pelan pelan. Janji ada progress dan bukan anganan semata. Doakan aku ya. Kih Kih.

























P/s: Nak info atau nak beli Larome? Boleh baca di SINI

Ok bai.

May 27, 2015

0 Comments

Chapter 158 || Kursus first aid dan CPR

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Tarikh : 23 mei 2015
Lokasi : Ibu pejabat Bulan Sabit Merah, Lengkok belfield Off Jalan Wisma Putra, KL

Kami ke sana dihantar oleh syarikat. dari Tg. Malim pukul 7.30 pagi. sampai dalam 8.45 pagi sebab sesat. Kah kah. Gelakkan diri sendiri.

Kursus ni walk-in je. kalau ikutkan kursus ni 2 hari. Tapi sebab hanya 6 orang je join kursus ni, so jadi cepatlah. Habis sesi semua dalam pukul 2 petang dan 1 jam sesi periksa.


Lepas register dapat ni. 
Booklet
Badge
Anduh
CPR kit
Merah yg atas tu sampai sekarang tak buka lagi. Tak tau apadia..haha


Blajar.. Teori. Then pratikal. Mula-mula dia tunjuk. Lepas tu ko praktis. Buat sampai jadi.

Ni namanya anduh besar. Untuk orang patah tangan. Hujung jari kena keluar sket sebab nak cek nanti. 

Anduh kedua tu optional kalau ada. bagi pesakit selesa sket. 



Ni anduh tigasegi. bahu jangan tutup. ibu jari keluarkan untuk cek nanti. 
Ni kalau seliuh/ patah dari siku ke bahu.

Harus diingat, first aid hanyalah rawatan awal. Bukan penentu dia sakit ke tak lepas tu. 


Anduh kecil. Ni kalau cedera di tapak tangan atau pergelangan tangan. 


ni kalau cedera di kepala. Tepek je kat situ. 2 anduh digunakan. 


Kaki terseliuh. 

 Ni kaki terseliuh kalau tak boleh jalan. Kita ikat terus both. Pastu nak angkat pun mudah. Pegang je anduh tu. 


Balutan terbalik. Tangan. Terseliuh atau luka. 


Leher. Balut paper atau magazine dengan anduh. letak di leher. 


Ni percentage untuk tentukan peratus kebakaran. Yang 1% yang cinonet itulah yang paling kecik dan paling penting. So.. JAGALAH....


CPR. Kena buat sorang-sorang. Aku masa tu geli jugak ni macammana nak buat nih. Dah sah-sah kena rapatkan mulut. 

Rupanya setiap orang ada plastik yang digunakan untuk CPR. Lega rasanya. 

After CPR. Kalau pesakit sedar, kita iringkan dia macam ni. ni namanya BARINGAN PEMULIHAN. So kalau dia nak muntah dia boleh muntah dengan posisi macam tu. Tak kena kat muka. Nampak pun rileks je.

So I dah boleh buat CPR. Ngeh ngeh...

Based on theory, kita kena tekan dada pesakit (dewasa) sedalam 1.5-2 inci. Kalau dengar tu dalam ye uolls. Aku buat praktikal tu pun rasa tekan ke dalam. 

Sebab tu kena ada 3 syarat untuk buat CPR. Pesakit tak sedarkan diri langsung, pernafasan dan nadi yang telah terhenti . Lagi 1 tak ingat. Haha..senang cerita tak sedar lah. Langsung tak respon. Then baru boleh CPR. 

Sebab kalau buat pada orang yang sedar memang SAKIT !! Kalau nak buat juga mungkin ko yang kena CPR lepas tu sebab kena pelangkung. 

CPR juga kita boleh buat 5 cycle. Lepas tu kalau ada orang lain, kita boleh pass pada partner untuk buat plak. Sebab CPR ni memenatkan jugak. Bukan boleh buat sebarangan. 


Ada exam lepas tu uolls. Open book.
as usual, open book ni SUSAH. So soalan dia pun boleh tahan tension nak menjawabnya.
Iolls in REDHA jer.

Kos untuk kursus ini RM250/ person untuk 2 hari. meh iolls bagi lagi info untuk isikandungan kursus.

- Manusia ada 206 ruas tulang.

- First aid yang sebenar-benarnya hanya WAJIB ada barang-barang yang tiada tarikh luput. Contoh, bandage, plaster, kain, gunting, pensel dsb.

- First aid di pejabat kena asingkan antara peralatan yang ada tarikah luput dan tak. 1 kotak ubat dan 1 kotak first aid. 

- Dalam first aid boleh simpan plastik juga. Banyak pun takpe. Sebab plastik boleh jadi tempat simpan bahan bukti atau anggota badan yang putus. 

- Ubat-ubatan hanya boleh diletakkan pada luka pesakit sekiranya pesakit tak mau ke hospital (untuk luka-luka terpencil saja ya). kalau letak ubat kuning lepas tu pegi klinik, ada possibility untuk doktor kikis kulit ko sebelum dia letak ubat dia.

- Untuk kesan renjatan elektrik. selain dari yang kes rentung. Biasanya luka kita akan nampak pada laluan masuk dan keluar arus elektrik. Let say u pegang suis dan kena renjatan, arus boleh keluar dari kawasan lain seperti pergelangan tangan kaki atau tapak kaki sebab secara normalnya dia akan cari earthing mengikut pusat graviti. 

- OK. yang ni paling best dan PENTING. Let say ko nak mintak tolong sesiapa yang ada kat situ untuk mintak bantuan (in case orang tak ramai dan ko adalah first aider) kena cakap macam ni. "Encik, minta tolong dapatkan bantuan DAN JANGAN LUPA DATANG BALIK". hahahaha... Ni bukan saja-saja ya. Sebab selalunya orang yang tolong tu tak datang balik. Silap-silap tak mintak bantuan pun sebab banyak sangat port nak singgah. 

- Masa bagi bantuan, first aider patut elakkan eye contact dengan pesakit. Sebab dikhuatiri first aider juga terikut emosi dan langsung jadi tak confident. Kalau tak confident lagi lah mangsa tak confident. Kalau mangsa stress, nanti heartbeat akan lagi laju dan masalah lain mungkin timbul.

So far untuk aku, memang berguna. Ada yang kita dah tahu tapi dah lama tak praktis. So boleh refresh. Tak la kalut bila ada masalah. Terasa macam zaman-zaman PENGAKAP SEKOLAH dulu. Eh masa UTM pun join pengakap jugak tapi tak best langsung!!

Tu je lah yang boleh share. 


Sapa nak join kursus ni boleh call 03-2141 1460. Boleh tanya bila lagi ada course ni. Harga? Ada yang RM150 (8 jam) dan RM250 (14 jam). Pilih la mana yang nak. 

ok bai. 




March 03, 2015

2 Comments

Chapter 140 || Batuk. Natural Treatment

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Batuk. Sakit tekak. Selsema. Semua cukup.

Hari tu ada update kat FB & IG pasal Chia Seed. Dah ada yang tanya khasiat la testimonial la. Pada yang tak tau, chia seed ni salah satu supplement jugak. Banyak sangat khasiat.

Macammana rupa chia seed? Macam selasih. Kecil sket. cantik sket dari selasih. Tapi tak bagi apa-apa rasa bila masuk dalam makanan atau minuman. Buat masa ni aku guna chia seed ni untuk buat overnight oats, smoothie, roti, masuk dalam air minuman..

Bila masuk dalam air, orang jarang tanya sangat.. sebab macam selasih kan... 

Cuma macam ubat dan supplement yang lain juga, jangan overdose. Ambillah sesudu sehari. Agak-agak.

Batuk dan selsema dah lama dah. Tapi lately ni rasa makin teruk. Memang tak makan apa-apa ubat. Bukan takut. Tapi aku malas nak gi klinik.

Ahad lepas suruh En. Edi belikan madu. 

"Bang, belikan madu".

En. Edi balik dengan madu asli dan biji habbatussauda. Dia suruh minum madu dan makan biji habbatussauda tu. Malam tu amik air suam, campurkan madu, titiskan minyak habbatussauda, perah lemon. Minum. Habbatussauda ni rasa dia lagi tak sedap dari ubat. Eh, aku ok je ngan rasa dia..Yang tak tahan bau dia. Cuma yang tak sedap tu lah ubatnya. 

Kesimpulannya biji habbatusauda tu aku tak makan lagi. Guna minyak je. Yang tu memang dah ada kat rumah. Aku suka campur dalam masakan especially untuk anak-anak. Tapi tak leh letak banyak sebab nanti dia akan POTONG rasa makanan.



2 hari dah pegi keje aku bawa air suam + madu + hirisan lemon + chia seed sesudu. Malam tadi sebelum tido pun telan madu. Zahra pun aku bagi gak. 

Pagi tadi bangun peritnya tekak. Eh apsal makin sakit ni. Kering gila.. Sekali nak mandi duk asik batuk.. Haa kau... keluar kahak kuning-kuning. 

So bolehlah teruskan cara ni. Jangan kata aku tak percaya ubat ke apa. Aku just nak try natural remedy.




Ada satu lagi cara .. Ni aku google je.Hiris lemon dan halia, masukkan madu. Simpan dalam peti ais. Madu akan jadi likat dan kenyal macam jelly. Nak guna boleh ambil sesudu campur air suam dan minum. Boleh tahan 2-3 bulan. OK balik ni nak buat.


Selingan.


Ini budak makan brokoli. 
" Sedapnya ibu..."    
" Apsal sedap sangat ni ibu"

Nak ambil hati ibu pun berpada lah Zahin. Brokoli rebus je pun.  T__T

Ini budak dah ok dah. Bangun pagi mandi pun dah ok. Pakai baju pun happy. Kurang dah drama. Alhamdulillah. 3 tahun dah gi sekolah.

Aku suka taska UPSI ni. Modul dan pembelajaran yang memang sesuai untuk anak-anak. Bukan setakat jaga bagi makan minum tidur je. Nanti aku share kat sini. Zaman kita dulu takde benda-benda ni weii.. Jeles kat anak sendiri.

ok bai. 

back to top