Bismillahirrahmanirrahim,
Pause jap citer Korea. Tengah busy sampai lupa cerita Korea. Dah tak tau nak start balik. Haha..
Nak update cerita baru sat tadi. Lunch dekat Restoran Pegaga.
Aku dah banyak kali bagi hint kat Officemate ajak makan sini. Dorang semua dah pernah makan dah. Masalahnya lunch hour sejam je. kang abis masa atas jalan je. So sempena gaji bolehlah makan best sikit.
Dari apa yang aku baca, lepas order makan masa gakla nak tunggu. So kami amik pendekatan call je dan book je apa kami nak makan. By the time kami sampai terus dorang serve. Cuma ikan bawal je la lambat sket sebab nak goreng fresh kot. Tapi kesimpulannya takyah tunggu lamalah. Agak save masa jugak lah di situ.
So kalau korang memang dah tau nak makan apa..dah tau pukul berapa nak makan.. better call dan order siap-siap. Tak lah berjanggut menunggu.
Pegi berlima. Lagipun hari ni rehat lama sikit. Yang lelaki makan jap lepas tu dia pegi masjid. Tinggallah kami berempat mengabiskan makanan.
Jom tengok menu. Cakap banyak pun tak guna.
Kami order set. 5 orang so 5 set. Setiap set akan dapat 1 nasi + lauk pilihan + sirap selasih. Nyaman je lalu kat tekak.
Set 1. Gulai kalut @ ikan kembung. RM 15.69
MUla-mula sampai nampak kuah macam sikitt je. Takpe nanti kita mintak tambah lagi. Seee.. agak ketamakan di situ...
Ayam Claypot (set) - RM 18.87
Daging Salai masak lemak cili padi (set) - RM 20.99
Popedem - complimentary
Ulam - also complimentary
side dish yang diorder. 4 queen - bendi/ terung/ labu/ peria digoreng rangup. Ini sedap !
RM 11.45
Gambar from Choyaya's blog.
Aku ada amik gambar tapi taktau kenapa takde dalam phone. Yang ni kami amik 2 set.
Sekor confirm tak cukup. 2 set pun linceeennn kami makan.
RM 22.05/ set
Lepas tu tambah lagi 2 air sirap selasih. lepas tu topup lagi air pegaga.
Kat sini air pegaga dia guna daun pegaga fresh ok. Campur sket mint + garam. Boleh minum suam atau ais.
Total untuk 5 orang makan - RM 133.75. Kira sorang RM 26.75. Kira ok la makan kenyang sengkak perut semua ada tapi lagi murah dari kedai resipi rahsia. Muahahah
Jus pegaga yang aku minum kat Restoran Sawa kat Perlis memang hanya pegaga dan gula. Suka minum suam. Sedap ! Ada yang tak suka kata macam minum rumput. Hahaha...
sama jugak macam jus celery. Aku suka minum campur epal hijau. Ada yang trauma bila minum kata macam minum sayur. Sian kome. hahahaha..
Restoran PEGAGA,
No. 12-G & 13-G, Ukay Boulevard,
Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2),
Hulu Kelang, 68000 Ampang.
Tel : 03-4161 6569
Ok . Tu je lah. Babai.
0 comments:
Post a Comment