Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 195 || Lawatan Taska ke Farm in The City, Bangi ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 08, 2015

Chapter 195 || Lawatan Taska ke Farm in The City, Bangi

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Isnin lepas taska Zahra buat lawatan ke Farm in The City.
2 kelas. 2 bas.

Actually ni kali kedua Zahra ke sini. Pernah blog pasal ni kat SINI [klik]  tahun lepas. 

Gerak dari Tanjung Malim dalam 8.30 pagi. Zahra memang seronok sangat sebab dapat naik bas. Dengan kawan-kawan plak tu.

Dalam trip ni salah seorang ibu-bapa / penjaga kena ikut sekali. Yelah nak jaga budak 3 tahun. Jenuh la cikgu.

Jom tengok gambar je lah.


Sebenarnya Zahra sangat happy. Cuma bila kata nak ambil gambar terus jadi statik. 
Aku plak yang nampak terlebih happy. Belasah ja lah.

Dah sampai. Wajib bergambar beramai-ramai dulu.
Bagus planning. Sebab kalau amik gambar last sekali confirm tak cukup korum. 
Belum kira tantrum budak-budak 3 tahun ni lagi..


Sebenarnya tempat ni tinggi jugak. Tapi Zahra gigih nak feed jugak. Berjaya akhirnya.  Bagus nak...


Tengok itik-itik tu makan. Menonggeng2. 
Katanya itik tak suka membazir. Dia akan makan semua yang ada.

Comel kan?

Timing yang just nice. Merak ni tengah nak ngorat 2 ekor betina kat kiri kanan dia tu. 
Memang cantik...

Cubaan menangkap ayam. 

Kambing. Zahra selagi kambing tu tak makan kangkung dia selagi tulah dia kejar kambing tu.

Rusa. Badan dia vibrate. Haha.

Sibuk nak kawan ngan ayam. 

Rabbit. Pun sama. Kejarlah Zahra selagi tak dapat. Dia geram sangat tengok semua ni. Memang kalau dapat tak taulah kena picit macammana. haha. 



Feed ikan plak. Yang ni pun sampai 3 round. Tu pun nak lagi sampai penat hakuu....





Anak ayam. Yang ni pun dia pegang pastu picit-picit. Mati jugak anak ayam ni. 
Tapi bilangan anak ayam dah tak berapa banyak macam DULU.


Zahra asik pegang je. Geram la tu..












Sampai Tanjung Malim pukul 5.00 petang. Dah turun bas Zahra nangis sebab bas tinggal dia. haha.

Overall, kids enjoyed the trip. Tak taulah next year macmmana.

ok bai. 



8 comments:

  1. zahra tak reti takut ehh... smue die nak pegang... bagus laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Ibu dia doa je lah masa sibuk pegang ular tu..
      Eh tapi ibu dia pun ok je.. Hahaha

      Delete
  2. Alahai comelnya Zahra.. Tak takut langsung ngan haiwan2 kat situ.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy Julia, Thaks. :). Tempat ni seronok untuk anak-anak. At least kenal la ayam itik ..Dapat pegang plak tu...

      Delete
  3. ishh..ishh..memang berani tulla zajra ni..ular pun dia berani pegang ye...ku tgk pun geli...huwaa..huwaaa..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binatang kat sana semua jinak Tini.. Tinggal kita je berani ke tak...

      Delete
  4. haiii....yayac singgah sini blogwalking dari BW UZU.... NO.5 - www.yayacendana.com ^_^ done follow

    ReplyDelete

back to top