| Posting by: jie || Photo by : - |
Bismillahirrahmanirrahim,
Haa.. tajuk tak hagak-hagak. Aku memang suka pakai shawl. Tapi selalunya shawl yang beli ada yang terlebih lebar terkurang panjang terkurang.. macam-macamlah..
Bukan lah aku kata tak lawa. Ok je orang lain pakai. Cuma aku yang banyak songeh.
Ada shawl tu.. selai RM 45. Tapi sebab jual kat pesta konvo dia bagi harga murah sket. Beli 2 RM50. Mula-mula aku beli selai je. Pujuk dulu supaya bagi harga RM25. Dapat. Masa ni kat konvo UTP.
Pastu gi plak konvo UUM. Kedai yang sama lagi. 2 kali beli share ngan member. Means RM25 selai gak. Aku nak kaler hitam tapi dia kata takde. Kaler hitam sold out.
Jumpa plak kat Shah Alam. Dia jual shawl hitam RM 59. Oh.. idokle aku nak membeli. Maka berulang kalilah aku pakai shawl yang sama ke opis. Gigih la membasuh hari-hari.
Hari tu mak aku tunjuk dia buat tudung. Excited tunjuk ni. Pada aku, not bad la.. Untuk pakai sendiri OK sangat la tu. So dia ajak aku gi kedai kain kat Kulim. Masa tu balik kampung ye. Idokle teman sanggup nak ke Kulim semata-mata sebab kain.
End up. Aku pun beli kain 3 kaler. Beli bidang 60 @ 2 meter each. Dah plan nak buat halfmoon dah. Kedai tu pun ada mesin jahit tepi. balik rumah gigih la plak memotong kain bagi sama. nak Halfmoon amik je maa-mana shawl pastu ikut je. So dari situ aku dapat 6 helai shawl. Masa ni aku beli plain shawl.
Dah gila kain plak. Aritu cuti Sultan Perak sanggup gi Jakel plak survey. Terrbeli plak chiffon printed 2 kaler. Bidang 60 jugak @ 2 meter each jugak. Dapat lagi 4 lai shawl.
Pastu masa beli kain raya terrbeli lagi printed punya. 1 pattern je lah. 2 meter gak. dapat lagi 2 lai. Dah siap mak aku amik selai. Dia nak buat tudung dia plak.
haha.. Jangan cakap aku pandai.. Aku buat untuk aku je. Sebab aku nak jimat. Sayang duit. Dari semua shawl tu 2 lai aku dah transform jadi instant shawl. Wah suka gila.
Shawl buat sendiri dapat measurement 2m panjang dan 0,75m lebar. Cukup labuh untuk aku. Kalau pakai jubah dah boleh bawak solat sebab shawl ni dah labuh. Pas solat kita pinkan balik kat bahu supaya nampak kemas.
Yang mana ada 2 helai dah confirm adik aku akan rembat. Again.. Aku bukan tailor. Aku pun hanto kedai. Cuma aku happy la skang ni sebab if rasa nak tambah koleksi shawl aku dah tau macammana nak buat supaya laki iolls tak asik jegilkan bijik mata dia.. "Menyopping je ghojenye".
Yang #ongkaya sila beli .. Online banyak jual weii!!!
Dari yang tak berapa kaya lagi.
Ngeh-ngeh.
ok bai.
September 04, 2015
Chapter 194 || Shawl murah buatan sendiri.
Posted on Friday, September 04, 2015 by olahbersama.blogspot.com
Categories: | Cerita Saja |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment